Maafkan aku.. Memang ditakdirkan kita tidak boleh bersama...
Walaupun kita sering bertentang mata, berjalan beriringan. bersentuhan.. Namun, aku tidak berdaya untuk menentang takdir..
Masih kuingat saat kita bersama-sama.. Bergembira, bergurau senda.. Jari-jemariku memegang tanganmu yang lembut... Tidak kita hiraukan pandangan orang lain...
Memang sudah ditetapkan yang takdir kita sentiasa bersilang.. Ke mana sahaja aku pergi, pasti aku menemuimu, namun hakikatnya, takdir kita hanyalah persilangan yang tidak akan terjalin..
Maafkanku Encik2 Kucing kerana tidak dapat bermain denganmu.. Aku tidak sanggup mengalami kegatalan mata dan terbersin-bersin setelah bermain denganmu... Tsk.. Tsk.. Aku tak tahu mengapa aku tubuhku bertindak balas sedemikian rupa terhadapmu... Aku akan mengenang saat kita bersama-sama tatkala aku masih kecil dahulu...
P/s: Tiba2 je Yaya rindukan Tamteh... Kucing jantan yang paling manja dengan Yaya masa yaya tinggal kat bangsar dulu.. Huhuhu =(
No comments:
Post a Comment