Thursday, May 17, 2012

*tersenyum kelat*

Assalamualaikum..
Yaya hanya mampu tersenyum kelat.. Yaya rasa tak bermaya sangat hari ni.. Bukan sebab keputusan semester 2 PASUM.. Keputusan tu belum confirm pun lagi... Yaya sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat bimbang pasal isu degree yang menjadi dilemma dalam diri Yaya.. Yaya yang kaki TV ni pun x de keinginan nak tgk TV.. Sangat2 xde mood...
Maaf la membebankan para pembaca.. Membuang masa berharga para pembaca... Tapi Yaya nak tulis kat sini pasal apa yang menghantui yaya sekarang ni.. Yaya risau sangat pasal degree ni.. Yaya tak tau nak pilih ape.. Terperangkap antara minat, keinginan ibu bapa, kemampuan yaya, dan peluang pekerjaan bidang yang yaya bakal pilih.. Perasaan ini sangat membebankan.. Seluruh masa depan yaya bergantung pada pilihan yaya sekarang ni.. Tolonglah.. Yaya mohon jasa baik semua mendoakan ketenangan jiwa yaya.. Jiwa ni tak tenteram.. Gabungan pelbagai masalah serentak. Dada ni dicengkam rasa bimbang.. Letih dengan perasaan ni..

Hanya kepada Allah sahaja tempat yaya bergantung harap.. Yaya yakin rezeki Allah tu ada di mana2... Yaya... Yaya.. yaya risau yaya tak mampu.. Yaya ni lemah nak suarakan pendapat yaya pun yaya terpaksa mengerahkan seluruh kekuatan.. Yaya ingat lagi, masa yaya pegi kem kat sekolah dulu.. Yaya nak bangun jadi orang pertama yang meminta maaf pada para guru pun Yaya takut.. takut sangat, sampai yaya dapat rasakan rib cage ni ditendang sang jantung.. Sangat kuat.. Macam nak pitam pun ada... Yaya takut yaya tak mampu nak bersaing... tolonglah, doakan yang terbaik buat yaya.. Please...

Allahuakbar... Kurniakan aku kekuatan ya Allah... Bantulah aku.. Aku hamba-Mu yang jahil.. Aku lemah.. Hanya kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan...

Doakan yaya ye... Yaya hanya mampu tersenyum kelat sahaja.. Memendamkan semua bebanan ni.. Tarikh akhir untuk borang kemasukan UM esok.. *tersenyum kelat*

Hidup Berani, Jadi Berani...  :)

Friday, May 11, 2012

Feeling helpless, I am

Someone.. Help me please... I am drowning in my own confusions.. My doubts... and my dilemma... This is stressful!!! I cannot cope with this.. Please.. reduce the burden that i bear at this very moment... :(
I am stressed out for my degree programme.. I've decided on mathematics.. But today, i've decided to do some research on what is the job opportunity if i had a degree in mathematics.. I found nothing!!! Except the job as lecturers...
O Allah, help me.. Show me the way.. Show me the right decision..
I am feeling helpless day after day.. The deadline i approaching, but i haven't yet make up my mind... The thoughts of the results, upu, and degree programme send shivers down my spine.. I got butterflies in my stomach..
To whom should i talk to? I am all by myself.. This is my future and my parents want me to decide it all by myself... I am afraid.. Help me...
Ya Allah, kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan.. Aku manusia yang jahil.. Masa depan terhijab dari penglihatanku.. Aku tidak tahu apa yang terbaik buatku.. Tidak juga aku tahu ke mana hala tujuku.. Kau bantulah aku dalam membuat keputusan.. Aku buntu memikirkan masa depanku.. Bantulah aku ya Allah, tuhan sekalian alam.. Tunjukkanlah aku jalan yang sepatutnya aku ambil.. Jalan yang engkau redhai dan boleh diterima oleh keluargaku.. Jalan yang bebanannya dapat aku tanggung.. Semoga dengan petunjuk dan hidayah-Mu, aku mampu berjaya,berbakti kepada kedua-dua orang tuaku.. Bantulah aku ya Allah.. Sesungguhnya kepada-Mu aku menyembah dan kepada-Mu aku memohon pertolongan..
Till then,
Live Brave, Be Bold..

Saturday, May 5, 2012

3 dalam 1

Dua minggu yang lalu, Yaya, Ella, n Zaid telah keluar bersama-sama ke tempat lepak kegemaran zaid.. Aktiviti ini diadakan kerana kami bertiga boleh dikatakan dah kemaruk nak berjumpa, namun masa sering x mengizinkan... Khamis, 26 April 2012, kami bertiga bertemu enam mata, okay, 8 mata, memandangkan masa tu Yaya pakai cermin mata...

Dari rumah, pukul 10 pagi, dan bas tiba pukul 10:30 pagi... Sampai kat tempat lepak kegemaran Zaid, kami ke A&W.. Yaya ngan ella beli root beer... Zaid x beli sbb dia x bleh minum air gas.. Hehe.. Pastu, kami beli lunch kat McD.. Asalnya, kami nak beli lunch pd pukul 11:00 pagi, tp, McD cawangan tersebut xde apa2 lg yg bleh dibeli... Tambahan pula, kalau beli pukul 12 tgh hari, dapat murah sikit.. Jadi, kami pun menunggu selama 1 jam.. Zaid menceritakan mengenai Paranormal Activity.. Kenapa la cerita pasal benda2 seram ni?? Yaya dah la penakut...
Setelah bosan menunggu, Yaya membuat keputusan singgah ke kedai buku Easy Excess.. Yaya tinggalkan Ella ngan Zaid berborak berdua.. Banyak giler buku on sale kat sana... Buku John Grisham pun ada.. Ketika yaya sedang melihat buku2 yang banyak itu, yaya terlihat ella berdiri di pintu masuk bersama-sama seseorang yang agak familiar... Orang tersebut ialah Elyasha!!! Kawan sekolah rendah yaya... Ely x ingat pd yaya.. Huhu.. xpe la.. Yaya memang x menonjol pun masa kecik2 dulu.. Hehe dari kecik sampai sekarang x reti nak menonjolkan diri..
Akibat kebosanan, Zaid dan Ella pun menyertai Yaya di kedai tersebut... Yaya membelikan ella sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya dan Yaya juga membeli sebuah buku John Grisham untuk diri Yaya sendiri..
Setelah sekian lama menanti, akhirnya pukul 12 pun tiba.. Kami membeli makanan tengah hari kami... dan mula menuju ke tempat lepak kegemaran Zaid..
Kami berseronok di sana.. makan-makan.. Aktiviti ini diadakan sebagai sambutan untuk Hari Jadi Ella yang baru berlalu, menyambut kebebasan yaya dari belenggu peperiksaan dan untuk Zaid yang bakal menyahut panggilan PLKN... Ni la punca nama 3 dalam 1... Zaid sgt hyper... Dia nyanyi kuat2 sampai naik atas meja.. Dia stress kot.. Nasib baik x ramai orang kat situ...
Kami bertiga mencipta kenangan agar dapat dikenang di masa hadapan kelak.. Pukul 2:30 kami gerak balik ke rumah, tp sebelum tu, pegi solat dulu... Pukul 3, dah abis solat, singgah Popular.. Yaya ngan ella terpaku melihat buku2 yang dijual separuh harga manakal Zaid pula sibuk membelek buku 'abangnya', Lee Chong Wei... Kesian Zaid.. Asal keluar dgn Yaya jer mesti kena singgah kedai buku.. Lama lak tu tersangkut kat situ...
Sebelum balik, Ella belanja kitorang ais krim... Yummy... Perbualan menarik Ella ngan Zaid berkenaan dgn perisa ais krim..
Ella: Zaid, kau nak ais krim ape?
Zaid: Strawberi..
Ella: Strwberi ape?
Zaid: Strawberi cinta...
dan kami pun tergelak bersama-sama... Huh, x terjangka langsung Zaid bagi jawapan camtu..
Asalnya yaya nak ais krim flavour twist coklat, tp coklat xde... Jadi Yaya pun beralih ke Strawberi cinta juga.. Hehehe.. Ella je beli air krim choco top...

Seronok sangat hari tu... Berseronok sampai kepenatan.. Masa naik bas, bas tu berayun-ayun, seolah-olah mendodoikan Yaya agar tertidur.. Nasib baik Yaya dah biasa berperasaan camtu masa kat dewan kuliah.. Jadi xde la terkesan sangat... Sayu pulak rasanya nak melepaskan Zaid ke PLKN... Apa2 pun, Yaya doakan yang terbaik buat Zaid...

Sampai nanti,
Hidup berani, Jadi Berani..

Friday, May 4, 2012

T2: Menjejak Sisa-sisa Perjuangan

Huh.. Nama yang gempak untuk ekspedisi kami.. Nama ni yaya amik drpd interview yang bebudak lelaki buat.. diorang kata, nama rancangan ni menjejak sisa2 perjuangan.. so, yaya amik je la nama yang gempak ni..
Dalam ekspedisi ni, kami budak2 T2 nak jadikannya sebagai aktiviti kami bersama-sama yang terakhir... Huhu sedih... Kami akan memanjat bukit konkrit di Akademi Pengajian Islam(API) dan menyaksikan matahari terbit bersama-sama...

11 April 2012
Yaya bangun seawal 4:30 pagi hari tu... Nak tengok matahari terbit la katakan... Hehe sebenarnya, yaya nak download anime memandangkan internet teramatlah laju pagi-pagi buta.. Sementara encik lappy mendownload, yaya bersiap-siap nak menghadiri ekspedisi tu.. Janji pukul 6:15 pagi, so, 6:10 pagi, lepas solat subuh dan shut down lappy, yaya gerak dari bilik..
Kat foyer D, xde sesiapa.. so yaya amik kesempatan ni gi cucuk duit.. Tetiba, dgr lak suara Musab.. "Ha, sorang..." Oh, mereka dah ada di sini rupanya... Namun demikan, yaya seorang je perempuan dalam kalangan mereka.. So yaya merayau-rayau jap..
6:30 pagi, gadis2 T2 masih belum muncul.. Kemudian, Azmina tiba dan menemani Yaya.. Farhana menyusul..
Ni nak tengok matahari terbit ke nak tgk matahari terpacak atas kepala ni?? apa2 la...
6:45, kami gerak dari KK-12... Yaya separuh berlari-lari anak nak mengejarkan matahari terbit tu.. Dah la  API agak jauh dari KK-12... kalau Yaya berlari-lari anak, Farhana lak berjoging.. Yaya jalan dgn shaqina...
Dalam perjalanan, yaya ditegur Naim... "Fatin.." sengaja yaya x menyahut.. Bukannya apa, takut dia panggil Fatin Amanina.. Setelah pasti dia memanggil yaya, maka yaya pun menyahut..
Naim: Fatin..
Yaya: Yep..
Naim: Kenapa bawak beg?
Yaya: Saje...
Naim: Nak jadi Mr Z ek, ke hulu hilir bawak beg...
Yaya: .....
Huh, Yaya tau la yaya sorang jer yang bawak beg, salah ke??? Hmmm bawak beg ni memang dah menjadi identiti yaya.. Seronok kot bawak beg, xde la berat poket seluar... Masa naim cakap pasal Mr Z, terbayang di minda imej Mr Z masa paper Algebra kat dewan peperiksaan.. Stress sebab x dpt jawab soalan... Huhu...
Sampai je kat API terdetik di hati yaya.. "Mak aihhh, tinggi betul bukit ni.." Apa2 la..
Perlahan-lahan, kami daki bukit konkrit tersebut.... Dengan harapan dapat la tgk sang mentari menerjah bumi, walaupun hakikatnya bumi dah disinari mentari.. Kadang2 berjenti seketika untuk mengambil nafas.. Memang tak cukup nafas la mendaki... Tercungap-cungap..
Setelah beberapa minit, akhirnya sampai gak di puncak... Ada bendera Malaysia terpacak kat situ.. Huh, dah macam gunung dah.. nampaknya, rakyat Malaysia dah conquer bukit tu...
Kami duduk di tebing bukit.. sekadar nak melepaskan lelah. masing2 terdiam. cuba mengembalikan nafas kepada normal... Masa tgh kepenatan tu, terbayang la anerobic respiration, lactic acid, dan segala-galanya yang sewaktu dgnnya...
Kitorang amik gambar kat situ.. seronok.. Walaupun kempunan nak tgk matahari terbit, dapat tgk pemandangan dari perspektif itu pun dah cukup menggembirakan.. 19 tahun yaya kat KL ni... tak pernah yaya tgk tmpat yaya membesar ni dati perspektif yang macam tu... Pagi tu mendung sikit... so matahari x berapa nak mencucuk mata.. oaky la tu...
Yaya terdengar Pa'an cakap... "Nama bukit ni bukit cinta..." X tau la betul ke tak.. Tp yaya rasa yaya tau kenapa namanya macam tu.. Ada 2 teori yg bleh dikemukakan:

  1. Bukit ni dah menyaksikan banyak sumpah setia pasangan kekasih
  2. BerCINTA nak naik bukit ni...
Bagi yaya, teori no 2 lebih masuk akal
Tgh bersantai atas bukit, mama yaya mesej... "seronok tgk sunrise atas katil??"
huh, mama yaya x percaya yg yaya bangun awal nak tgk sunrise.. Apa2 lah...
Tak berapa lama lepas tu, hujan mula turun.. renyai2... Harap je bawak beg, tapi payung x bawak.. So kami rushing nak balik kolej... Namun begitu, ada je yang buat tak endah... Yaya bukannya apa, yaya nak kekal sihat untuk paper statistics keesokan harinya... Nasib baik la hujan renyai2 tu sekejap-sekejap jer...
Sambil turun, yaya mengira bilangan anak tangga.. lebih kurang 198 anak tangga.. Tapi yaya rasa yaya salah kira sebab kepenatan.. Labih kurang la ke...
Sampai jer kat kolej, kami makan sarapan sama2... Terlupa pasal exam kejap... Berseronok.. release stress yg diakibatkan oleh paper algebra yang epic...

Petang tu, yaya study cam biasa... Masa yaya kat toilet nak amik wuduk nak solat asar, yaya rasa macam bumi ni bergegar.. Perasaannyer sama macam masa yaya kat Langkawi masa tsunami dulu... Hati yaya dah menjerit suruh yaya tinggalkan bangunan.. Yaya tau bangunan kat Malaysia x dibina untuk menahan gegaran gempa bumi.. Jadi, ada probability bangunan tu boleh runtuh (huh mentang2 la keesokan harinya exam stas & probability, nak cakap pasal probability lak..).. Tapi yaya tgk orang lain yg kat toilet tu rileks jer..So yaya yakinkan diri yaya yang kaki yaya lenguh sebab mendaki bukit pagi tadi dan kelaparan sebab tak makan tengah hari.. Kemudian, roommate yaya balik bilik.. Wani berkata,
"Awak ada rasa apa2 yang pelik tak tadi?" Jeng jeng jeng... Nampaknya betul la gempa bumi dah berlaku.. Memang mendebarkan.. Hilang mood nak study... Lama gak la mood tu nak datang balik...

Apa2 pun, Yaya berseronok giler hari tu... Mengenangkan soalan algebra & calculus yg teramat susah, ekspedisi ni memang membantu nak release stress... 

So, masa untuk gambar...
Me... Early in the morning

Subuh yang Hening.. Mengimbas kenangan MHS

It was dark





The sun is rising

The road that diverged

Yaya: Mak aihhh, tinggi betul bukit ni!!

On the way to the top.. Pa'an felt like Superman in this pic

Take 5.. Out of breath

Ijat... Musab.. Min.. 

Musab

Amal n min.. Way to the top


Looong way to go



almost there

peace :)

Finally, i am at the top

New Perspective

Fatin n Wani

Paying oxygen debt


It's going to rain.. Hope nobody set fire to the rain..

On the way down the hill 

Take five..
Wani, Nadia, Fatin

The drain that we have to cross

Yeah!!!




Makan berdamai




Okay... Seriusly, dah malas nak captionkan gambar2 ni... Tengok jer la ek.. Kalau latar belakang dia gelap, maksudnya sebelum mendaki bukit.. Kalu terang, sama ada tgh daki atau dah kat atas bukit atau tgh turun.. Enjoy..

































Teringin nak bergambar di Rumah Pengetua Kolej.. :)