Wednesday, December 19, 2012

MATLAB~ MATLAB~

Demam peperiksaan mula melanda.. Yaya yang jarang2 nak menghadap MATLAB kat laptop ni pun dah mula rajin nak menghadap.. Bagi yang tak tau matlab tu apa, cube google kejap..
Well, normal la kalau ada exam kan? yang penting kita semua buat sehabis baik*macam mana nak buat sehabis baik kalau x study?-pesanan untuk diri sendiri..*..
Tujuan yaya buat entry kali ni adalah untuk berkongsi lagu yang yaya sering nyanyikan apabila teringat kat MATLAB.. Hehe.. Terimalah,
MATLAB (4x)I'm the MATLABLoaded up with things and nick nacs tooAnything that you might need I got inside for you.MATLAB (4x)YEAH!
Nyanyi guna rentak lagu backpack citer Dora the Explorer ek.. Hehe.. Kalau lepas abis lab komputer je yaya mesti nyanyi lagu ni.. Hehe ada lab intro computing, so boleh nyanyi lagu ni... Plus, petang ni ada perkampungan assignment MATLAB kat bilik Aiman...

Sampai nanti,
Hidup berani jadi berani,
MATLAB~ MATLAB~

Friday, December 14, 2012

Stay Still

Dear butterflies in my stomach.. 
          
            Please cooperate with me and stay still.. I hate it when you move about in my stomach.. I need to be focused and relaxed for my presentation.. Please don't move around so much.. It give me an uneasy feeling..

Yours sincerely
FATIN NUR NADIA
*This is a computer generated letter. No signature necessary.*

Sunday, December 9, 2012

Kembara Ilmu:

Hujung minggu yang padat.. cukup padat.. Semuanya bermula dengan panggilan telefon daripada Afdhal, pengarah projek 1Step2U(OSTU) pada malam hari jumaat yang sunyi.. Ketika itu, aku sedang mengadu nasib kepada Ainul kerana aku x dapat balik rumah kerana keluargaku telah berada di kampung.. Ainul juga senasib denganku..
Kembali semula ke panggilan telefon.. Aku cemas, maklumla, pengarah telefon, selalunya beliau berhubung dengan ketua biro sahaja.. Hmm.. nak tak nak aku kena jawab..
"Assalamualaikum," aku membuka bicara
"Waalaikummussalam, Fatin ada kat mana ni?"
"Ermm, Fatin ada kat bilik.."
"kat kolej ek?"
"yep, kat kolej.. "
"Sabtu ahad ni free kan?"
"Ye, saya free.. "
"Fatin jadi fesi(facililtator) ek.. Turun bawah sekarang, kat tanjung, terima kasih,"afdhal memutuskan talian...
"...."
Beginilah caranya yaya terjebak dengan program ini.. Walaupun sejak hari rabu lagi Yaya dah bagitau Fazri yang yaya nak tarik diri sbb nak balik rumah, Afdhal macam tau2 jer yang yaya x dapat balik rumah.. Yaya bidan terjun jer.. So segala kekurangan maafkanlah yaya.. Yaya akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik untuk program OSTU nanti..

Kembara ilmu ni satu program yang dianjurkan oleh badan NGO yang mempunyai hubungan dengan alumni kolej.. So, kami sbg warga KKTK memang akan membantu mereka dengan sepenuh hati..
Program ini disertai oleh 38 orang pelajar yang berusia antar 12 hingga ke 18 tahun.. So, ada sesetengah tu, xyah nak "akak" sangat la.. Namun, yaya merahsiakan usia yaya yang masih muda ini dari mereka..
Program ini berlangsung selama 2 hari, jam 1200 sabtu sehingga jam 1400 hari ahad.. Perasan jadi PM sekejap, walhal x layak pun.. At least yaya berjaya menimba pengalaman yang precious...
Overall seronok la.. Hari sabtu bermula dgn ice breaking dgn group masing2.. Kami x kekal sebagai fesi group2 tersebut pun, so, masa tu kami cuma assist sesi taaruf tu.. Yaya dapat group 2 dgn PM Zul.. Budak2 tu nak nama group Big Bang.. So, macam biasa, kami kena buat cheers.. pm Zul ada sumabangkan idea, namun mereka x leh nak synchronise.. so, yaya cadangkan cheers Boom Shakalaka kolej ketiga sebab big bang, dalam lagu fantastic baby, diorang ada sebut boom shakalaka...
Selesai taaruf, mereka ber-LDK.. Kami fesi tak terlibat sangat.. tengok2 jer..
Kemudian, mereka ber-explore race.. Yaya x lari dgn diorang, Yaya jaga checkpoint.. Checkpoint Yaya Pokok Tanjung.. Keju(Cheese)!! Ingatkan jauh2.. Yaya jaga checkpoint dgn pm Amin, pm yang juga merupakan fesi, merangkap pengurus pasukan sofbol, dan merangkap presiden kolej.. Yaya x tau lak yang checkpoint Yaya ni check point last.. SO memang berzaman lah kami menunggu.. Lebih sejam la jugak.. Yaya dah buat banyak origami swan dah.. ada 5 ekor semuanya.. tu pun sebab kertas dah x ukup, baru yaya stop.. Apa2 pun, kat checkpoint tanjung ni, task kitorang ialah radio rosak.. teks untuk radio rosak ni ada 2.. yang pertama bahasa melayu, yang kedua, bahasa inggeris.. Yang bahasa inggeris ni sebenarnya, teks tongue twister.. so memang agak mustahil la kalau diorang nak berjaya.. Entah kenapa, semua orang pilih no2.. No 1 x menarik bagi diorang.. Maka terbeli lah lidah mereka.. Teksnya ialah:
Mr. See owned a saw,
And Mr. Soar owned a seesaw.
Now See's saw sawed Soar's seesaw
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Sebenarnya, panjang lagi tapi kami dah potong.. Actual text:
 Mr. See owned a saw,
And Mr. Soar owned a seesaw.
Now See's saw sawed Soar's seesaw
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Had Soar seen See's saw
Before See sawed Soar's seesaw,
See's saw would not have sawed
Soar's seesaw.
So See's saw sawed Soar's seesaw.
But it was sad to see Soar so sore
Just because See's saw sawed
Soar's seesaw!
Basically, memang diorang x dapat la.. Nasib baik xde yang cakap sarsi.. hehe.. Ada satu group ni, diorang dah xde idea sangat, ahli kumpulan diorang cakap kat ahli yang lain, "yang penting ada see, saw, seesaw.. tu je.. " Nampak tak keterdesakan mereka.. Yaya denda group yang yaya handle nyanyi lagu negeri melaka dgn buat cheers kumpulan.. Akhirnya, dapat gak yaya dengar lagu melaka.. Kumpulan yang Yaya handle ni kumpulan teletubies.. Comel kan nama..
Malam, ada LDK lagi.. Budak2 lelaki buat ikrar, dan budak2 perempuan ubah suai lirik lagu Kalau Berpacaran supaya bertepatan dengan kembara ilmu ni... Kumpulan big bang gabung dgn kumpulan awesome(kump 5), ubah suai lirik.. So, yaya tau lirik diorang jer la sbb yaya ada la assist sikit2.. Diorang kena ubah suai bahagian chorus..:
Mari kawan-kawan,
Kita bina azam,
tingkatkan pegangan,
demi masa depan..
biar susah dulu,
senang kemudian,
bentuk diri, menjadi, insan terbilang.. 
Dah selesai LDK, minum malam, pastu tido.. Yea!! Patutnya la, tapi yaya join debat.. buka join dgr jer.. Seronok mendengar.. Memang membuka perspektif.. Jam 0045 baru balik bilik, walhal 2300 dah boleh tido dah.. Kami diingatkan agar mengejutkan para peserta pd jam 0600 hari ahad..
0600?? Maka, yaya pun bangunlah jam 0500.. Maklumlah, nak mandi, gosok tudung.. Yaya siap pukul 0545.. Siap pakai tudung, yaya tido jap.. jam 0559 yaya terbangun dan 5 saat lepas tu, kak fatimah call, suruh kejutkan budak..
Lepas solat subuh, kami beriadah.. Menari 11 lagu yang secara total berdurasi 32 minit.. Dah macam Minggu Interaksi Kurshiah dah.. Tapi seriously, memang macam MHS.. pm2 semua post kat fb yang diorang tgh mini MHS kat Istanbul, Turki.. Pastu siap tag Yaya.. Sejak bila lak yaya join diorang gi Turki ni..
Lepas riadh makan.. Pastu kami naik bas dan meronda seluruh UM.. bermula dgn akademi pengajian melayu(APM), akademi pengajian Islam(API) dan Rimba Ilmu, Fakulti Undang2, dan DTC.. Patutnya kami singgah ke Fakulti sastera dan sains sosial(FSSS) dan jug fakulti Sains, tapi dah overrun.. X sempat nak singgah, just lalu jer.. Penat giler berjalan, walaupun naik bas, tapi seriusly memenatkan.. kat fac law, jumpa vending machine yang ada air yang mampu menghilangkan dahaga... Namun Yaya ada duit rm10 jer.. sabar jer la.. Pastu, bila naik bas, pihak penganjur belikan kami fesi2 air.. Yeay!! Alhamdulillah, thanks datin.. I really x10 appreciate it.. I am sure i am not the only one who appreciated it.. each and every one of us were really thankful..
Selesai lawatan, majlis penutup.. Girls nyanyi lagu Kalau Berpacaran *remake* boys lak baca ikrar yang terbaik.. Pastu ada penyampaian sijil utk peserta, penghargaan buat kolej, dan lain2.. Bila majlis dah bersurai, fesi2 buat menari lagu tema(lagu gemuruh Faizal Tahir) dan Xi Shua Shua.. Extra, persembahan cheers kolej.. Yaya buat sekali dgn diorang, tapi bukan atas pentas la.. Tergamam budak big bang tengok cheers boom shakalaka.. Apa yang diorang buat tu x terbanding dgn apa yg pm2 buat.. Cheers yang kitorang buat ialah, Boom shakalaka ngan hakka kurshiah, anak sejati, kurshiah pantang kalah, dan terima kasih..
Next, lunch dan menghantar mereka menaiki bas.. Tata... See you next time..

Yaya nak amik kesempatan ni nak cakap thanks kpd pm afdhal sebab call yaya, n pm fazri yang sudi ajak yaya join.. Kpd semua yang terlibat, pengalam yang yaya dapat memang x ternilai..

Sampai nanti,
Hidup Berani, jadi berani..

Wednesday, December 5, 2012

"Ikut abang tuuu.."


4 disember 2012, dalam kenangan.. Kelas petang pukul 5-7 cancel.. so kami balik awal!! Alhamdulillah.. Sebaik sahaja kuliah kalkulus tamat, kami, Yaya, Zulaikha, dan Hidayah(Dayah) mengorak langkah menuju ke kolej.. Aiman x join sebab dia ada kelas lagi.. sampai pukul 5.. Macam biasa, kami pulang ke kolej melalui jalan pintas, atau nama inggerisnya, shortcut.. Mendahului kami, dalam perjalan itu ialah seorang senior kolej ke-3, x tau amik course ape.. Yang pastinya, kami berkongsi shortcut..  Sedang kami bergelak ketawa dalam perjalanan pulang ke kolej, kami terdengar anjing menganjing(woofing atau dalam bahasa melayunya, menyalak..)
Cis, kau masih di situ wahai sang anjing
Abang yang mengetuai perjalanan kami itu, rileks jer.. Kami bertiga pulak dah agak ketakutan.. masing2 berpegangan tangan.. Yaya pegang tangan zu ngan dayah, dayah pegang tangan yaya dgn zu, zu pegang tangan Yaya dgn dayah.. Dapat bayangkan macam mana bentuk segi tiga yang kami buat?? Gunakan imaginasai*nada spongebob*... Yaya menarik tangan 2 sahabat yaya tu agar berpatah balik.. Namun, tarikan yaya ditentang oleh Zu yang berkeras agar kami terus mengekori abg tersebut.. Zulaikha menarik kami sambil berkata
Ikut abang tuuu
berkali-kali.. Baiklah, yaya mengalah.. Sebaik sahaja abang tu memijak rumput tempat shortcut tersebut, muncul seekor lagi anjing hitam.. Jeng3.. Abang tu masih mengekalkan ke-macho-an.. sedikit pun tak terkejut dgn kehadiran anjing tersebut.. Yaya dah start tarik tangan Zu sekali lagi... Zu kemudian berkata lagi..
Ikut abang tuuuuu...
Kali ni yaya x mengalah.. Sebabnya, abang tu dah agak jauh meninggalkan kami dengan dua ekor anjing.. Cis!! x gentleman langsung.. Keju!!! Perlahan-lahan kami berpatah balik.. ikutkan desakan hati, dah lama yaya buka langkah seribu.. Namun, dayah berkata perlahan,
Jangan lari, jangan lari..
Kami berjalan menuju ke bangunan blok A jabatan fizik.. Yaya menggumam
Rileks, rileks...
Cukup sekadar didengari telinga yaya sahaja.. Sebaik sahaja kami dilindungi oleh bangunan, Zulaikha terus membuka langkah seribu.. Genggaman tangan yang sebentar tadi erat dilepaskan begitu sahaja.. Cis, nak ikut abang tu sangat tadi, sedar2 dia lari dulu.. Yaya menyusuli Zulaikha, meninggalkan dayah sendirian..
Dah memang style dayah jalan rileks2.. Tapi lepas rasa dah selamat, yaya dgn zu tunggu dayah.. Kami bersama-sama masuk ke bangunan jabatan fizik dalam keadaan tercungap-cungap sambil ketawa.. Mesti staff kat jabatan fizik tu pelik tengok kitorang.. Hehe merekat x mengalaminya..

Dari semalam lagi yaya dah terserempak dgn anjing tu.. Masa tu yaya dah selamat menggunakan jalan pintas dah.. cuma nak melangkah ke jalan tar.. kemudian, sang anjing menyalak kpd yaya.. tergamam sekejap.. Mata melilau mencari punca bunyi.. Rupa2nya sang anjing meyorok di dalam semak.. Terpaksa la yaya ikut jalan jauh sikit, sbbnya, kalau nak gi audi fzik kena lalu depan anjing tu.. Ntah apa2 ntah anjing tu.. dah menyorok tu menyorok la diam2.. Jangan la nak menyalak pulak.. kalau dia x menyalak, dah banyak dah manusia yang dia dapat gigit.. dia gi menyalak kenapa?? Nama jer tinggal kat universiti..
Masalah anjing ni dari masa yaya kat PASUM dulu dah berleluasa dah.. Masih segar dalam ingatan, nak ke audi, tapi jalan dihalang oleh 3 ekor anjing yang besar2.. Dari jauh lagi, nampak kami mendekat, mereka menyalak.. Memang x berani nak mampir langung la... Tak tau la kalau abang tu ada, dia lalu ke tak jalan tu..
Rasa2nya la kan, abang tu cover macho kot, maklum la, ada kami 3 gadis yang mengekorinya.. Lebih2 lagi bila dia dengar zu merengek-rengek..
Ikut abang tuuuu..
Bayangkan, kalau dia x cover macho.. Sekali dia pun join kitorang berpegangan tangan ketakutan disalak oleh sang anijng... Apa2 pun, yaya respek dia la.. berani kot.. anjing hitam tu muncul dekat dgn dia kot.. x sampai 5 kaki dari dia.. Anjing hitam tu menyorok disebalik tangki air.. tu yang x perasan kewujudan dia tu.. Abang tu pulak sikit pun tak goyang...

Live brave, be bold..
Don't let dogs bite..

Saturday, December 1, 2012

Terkilan

Just nak luahkan rasa yang terbuku di dada ni.. Walaupun tatkala mata bertentangan, bibir ini pantas menguntumkan senyuman.. Walaupun bila mereka berkata pasal hal tersebut, aku masih membalasnya dengan senyuman.. Hakikatnya, diri ini terkilan.. Aku kesal yang 3 bulan aku luangkan mempunyai pengakhiran sebegini rupa.. Sedih.. Namun aku x mampu untuk menyuarakannya, takut2 ada yang tersentap lak nanti.. Aku sedar di mana kedudukanku..
Yep.. X dinafikan, perkara yang penting ialah komitmen.. Tapi kalau kita bagi komitmen yg x berbelah bagi pun, kalau rasa macam x dihargai, sapa yang x sentap.. Org yg jarang2 ada, lebih dihargai.. Nak buat camne.. Mereka individu2 hebat.. Aku x mampu bersaing dgn mereka..
Just nak bagi tau.. Aku ni manusia.. Flawed in many ways.. Aku pun ada hak nak tersentap..
The three months i've spent is not nothing.. The memories are meaningful.. However, i regret the way it ended.. I hope it'll be better next year..
*fakesmile*
Till then..
Sorry to take your time..
Live brave be bold..