Monday, March 28, 2011

Kyaaaaaaa BSB!!!!

Masa on the way ke Korea aritu, naik vietnam airlines.. Sungguh best skali menatap majalah heritage march 2011 edition... Ada gambar BSB... This Is Us Tour.. nak pergi, tapi masa show, dah ada kat Malaysia.. Shownye pun dah lepas.. 24 mac n 26 mac yang lalu.. Kyaaaaa kenapa??? Kenapa?? Kenapa?? nak tengok... nak sangat tengok.. Masa transit kat vietnam, lalu kat stadium apa ntah kat Ho Chi Min City, ada gambar BSB besar punya, kalau ikutkan kata hati, nak suruh An, tour guide kitorang berhentikan bas, n Yaya nak amik gambar kat gambar tu... nak sangat.. Kenapa mesti 24? masa tu tgh bwh pengaruh adrenaline akibat daripada perasaan cemas yang melanda tatkala tangan cuba menggapai result yang diingini... Satu hari nanti, Yaya beli album This Is Us.. Album ni dah masuk dalam to buy list... insya-ALLAH ada rezeki. Yaya beli..

Ni la gambar2 yang ada kat stadium kat Ho Chi Min City aritu..


Ni gambar yang paling penting, My favourite Howie Dorough...


Aku Menjadi Cikgu n Beastmaster

Hari ni, seperti biasa, Yaya teman adik Yaya ke sekolah.. Hari Isnin, ada perhimpunan rasmi, Yaya menemaninya di dewan.. Yaya berdiri di sebelah sebuah tiang, macam cikgu disiplin... Bila dah bosan berdiri, Yaya pun keluarkan buku dan memulakan aktiviti menconteng... Cotengan x bermakna memenuhi satu muka surat buku... Then, its time to return to classroom.. Yaya jalan bersama-sama budak darjah satu menuju ke kelas diorang.. Aku terfikir untuk memakai tanda nama KRS semasa menemani adikku esok, sekadar untuk tidak kelihatan suspicious... Then, suddenly, seorang pengawas berkata kepadaku, "Assalamualaikum cikgu"... Ha? What? me, a teacher... Lepas tu, seorang lagi pengawas memberi salam kepadaku... Ok, fine, maybe sebab ketika itu aku membawa buku contengku.. Jadi, diorang ingat aku seorang guru.. Apa, diorang x dengar pengumuman yang mengatakan bahawa guru2 dikehendaki tunggu di dewan perhimpunan? Mana mungkin seorang guru boleh terlepas daripada perjumpaan itu.. Apa2 pun, lain kali fokus ye adik2...

Next, i DRAG my lil bro into his classroom... But he refused... Selepas beberapa siri memaksa dan menarik, akhirnya, Cikgu SHahrim berjaya mendudukkannya di dalam kelas, tetapi dia masih menangis... Aku dan abangku, membuat keputusan untuk ghaib dan menunggu di kantin in case of anything... Lama menunggu, aku memulakan kerjayaku sebagai BEASTMASTER... Aku berkata-kata dengan sang gagak... Memintanya agar tidak menyelongkar tong sampah... Aku main2 jer... Kemudian aku membaca buku Nafas Terakhir karya Murad Arshad... Aku baca dengan agak kuat satu line ni, ada perkataan "menGAGAK" then suddenly, the gagak berbunyi... Hehe dia faham apa yang beastmaster cakap.. Kemudian, penantianku, diserikan lagi dengan dua ekor ayam.. Jantan dan betina,, mungkin mereka suami isteri.. nampak macam mereka sudah lama bersama... Doakan mereka bahagia ek.. Anyway, is ayam n gagak a beast??

Dah nak dekat rehat tahap 1, baru Yaya n abang decide untuk balik.. Rumah, i'm coming....

Moral of the story:-
Penantian boleh membawa kepada kebosanan.. Kebosanan boleh mmbawa kepada macam2 perkara yang x masuk akal... Perhatikanlah alam, banyak yang boleh kita pelajari daripadanya...

Sunday, March 27, 2011

Lee DeWyze


Lee DeWyze merupakan produk american idol 9... Amarican Idol terakhir yang mempunyai Simon Fuller sebagai judge... American Idol yang pertama Yaya tengok dengan konsisten.. Semuanya sebab Lee Dewyze ni la... Suara die best skali, dan setiap kali dia perform, mesti arrangement lagu tu dia ubah.. dah tak macam asal.. Buat macam lagu sendiri jer.. Persembahan die dalam american idol yang yaya paling suka ialah, The Letter, That's life, You Still The One, Fireflies.. Suka sekali... Lips of an Angel pun best gak... Masa hari american idol final ni nak on kat 8tv, yaya tunggu depan tv walaupun bukannya live, satu dunia dah au pemenangnya, tapi Yaya x tau... Ryan Seacrest belum umumkan pemenagnya lagi, my friend Ellanie text me, "Lee menang..." Yaya pun bergembira sakan... Then, Yaya tengok pengumuman pemenang, n Lee is the winner...

Sebagai peminat Lee, yaya nak beli la album Live It Up.. So Yaya pun pegi Speedy di MidValley, nak ushar2 harga la.. Yaya jumpa albumnyer.. Tapi harganya.... Agak mahal.. Almost 50 ringgit. Nanti ek Lee.. Kalau Yaya dah ada duit, dan Yaya x kberatan untuk membelanjakan duit tu, Yaya beli album Lee...

Walau apa pun, Lee tetap best..

Yang sedihnya, yaya terlepas persembahan dia kat american idol 10, top 12... Kenapa? Kenapa??? Kenapa? dah la dia perform lagu beautiful like you.. Lagu favourite Yaya dalan album Live It Up!! Kenapa Yaya terlepas?? Semalam Yaya tengok American idol, dah top 11, Lee xde, tapi Hulk Hogan ada... hehehe...

Friday, March 25, 2011

Keseronokan

Keseronokan ialah kata terbitan yang terbit daripada kata adjektif seronok yang ditambah dengan imbuhan apitan ke-...-an. Post hari ni nak citer pasal seronok..

Apa yang terbayang difikiran korang bile terdengar perkataan seronok? Jawapan up to the individuals.. But since this is my blog, so i wanted to tell you all about what is seronok for me...

Kalau sebut perkataan seronok je, aku akan terbayang seorang manusia yang menaiki roller coster dengan rambut yang ditiup angin kencang ke belakang.. Wajahnya menunjukkan kegembiraan, bukan ketakutan.. Pernah tengok x iklan Jack n Jill roller coaster? Iklan pasal budak tu makan snack tu, then die macam tngah main roler coaster, hakikatnya, die cume duduk atas gelongsor je... Macam tu lah imaginasiku.. The main point is the roller coster, n the rambut.. Inilah apa yang aku bayangkan mengenai seronok sejak aku kecil lagi... Walaupun aku terbayangkan orang yang menaiki roller coster, tapi, i admit that i never be on a roller coster.. not even once.. masa kecik2 dulu, pernah la nak naik, tapi ketinggian x cukup..=( Sekarang ni, dah tua2 ni, dah xde guts...

Akhir kata have a day yang seronok okay... =)

Thursday, March 24, 2011

Holiday In Korea

Akhirnya, ada gak kesempatan untuk post mengenai korea..

Perjalanan Yaya ke Korea dengan menaiki kapal terbang Vietnam Airlines transit sebentar di Ho Chi Min City.. Then we continue our journey to Korea around 1:30am… We have our supper in the flight.. I sleep for 2 hors n I woke up to see the sunrise. It was beautiful… Very2 beautiful… I can see green linings at the sky.. Lepas tu, ada cahaya orange muncul dari hujung bumi… ingatkan magma muncul dari bumi, tapi rupa2nya sang matahari melimpahkan cahayanya ke segenap dunia 5 minit kemudian, Yaya dah tak bleh nampak apa2 coz silau sangat.. I continue my sleep..

Kemudian kami tiba Incheon International Airport sekitar pukul 7 pagi. Kami turun daripada kapal terbang n cold breeze blew… so cold… We went to W.C for nature’s call and put on our sweaters.. We passed the immigration and get our bags.. We leave the balai ketibaan..

Kat luar, ada seorang lelaki, Korean, lengkap dengan sut, memegang kad yang tertulis, “POTO Travel” nama agensi pelancongan kami.. Kemudian muncul seorang lagi lelaki yang lebih berusia memakai jaket berwarna kuning.. Kami mengikuti mereka menuju ke bas.. Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke luar airport, it was freezing cold… Asap berhembus keluar tatkala kami bercakap.. Hehehehe, dah lama nak buat camtu.. Kemudian, kami memberikan encik driver beg2 kami untuk diletakkan ke dalam bas lalu kami menaiki bas.. Pada badan bas tersebut tertulis perkataan HANA.. So officially, it’s name is Hana… Encik Driver bernama Mr Kim.. Mr Kim memandu Hana dan membawa kami ke Muzium dan Istana(Palace).. Ketika dalam perjalanan yang mengambil masa selama ±2 hours, lelaki berjaket kuning sebelum ini, memperkenalkan dirinya sebagai Jack.. Beliau menceritakan serba sedikit mengenai Korea..

Ketika Hana menghampiri muzium Jack menunjukkan kami Blue House (dalam cite Athena: Goddess off War ada) Blue House merupakan kediaman presiden.. sayangnya, kami x berpeluang utk melawat tmpt tu.. Kami turun dari bas untuk ke Muzium.. Ada laman yang basar dan luas sebelum tiba di muzium.. Ada sepasang patung penjaga di jalan menuju ke Muzium.. Patung tu identical dengan patung yang ada di Pulau Jeju, honeymoon spot.. Mengikut kepercayaan mereka, pasangan yang berbulan madu di situ akan memegang hidung patung tersebut agar dikurniakan ramai anak

Kami tiba di Muzium yang menceritakan serba sedikit mengenai Korea.. Drpd dinasti yang memerintah, hinggalah tradisi masyarakat tempatan.. Antara perkara yang diketengahkan ialah, tradisi perkahwinan, sambutan hari jade ke-60 ibu bapa, tembikar2 korea, bentuk2 rumah korea(Rumah Ijime pun ada) baju2 tradisonal, upacara kematian, dan lain2.

Next, we went to the nearby palace.. There is no one lived in the palace, it is for tourist to visit.. The name of the palace is Gyeongbok Palace… Giler luas kawasan istana tu.. Ada tasik yang cantik gak… Seronok la bergambar.. abang nak amik gambar Yaya melompat, so Yaya pun lompat tinggi2, but an unfortunate event happened, My phone fly out of my sweater pocket as I jump due to inertia… Huhuhu..

Then we off for lunch. Kitorang lunch @ restoran Halal, Wazwan, yang terletak di bukit yang x bleh dinaiki oleh Hana kerana jalannya yang sempit… Setelah jauh mendaki, kami sampai akhirnya… They serve rice, n some sauces, n chickens, n magi… Very delicious… Kat kawasan sekitar Wazwan, ada banyak kedai halal, so Muslims can live here… There is a mosque there too.. But for us, we did not solat there on that day..

Lepas tu kitorang naik Hana untuk ke famous shopping place.. Famous kerana tempat tu merupakan lokasi shooting cerita winter sonata Mama beli buah strawberry yang besar punye.. Teringat lak iklan Korean Strawberry pd bas yang lalu lalang kat Malaysia.. Ingatkan apalah yang specialnye, rupenya, die besar gile.. Sepanjang ibu jari ni saiznye.. Rasanya pun sedap.. Yaya x beli apa2 kat sana coz quite expansive n Yaya blom tgk bnyak benda lagi yang sesuai nak di jadikan sourvenir..

Then naik Hana lagi, untuk ke Pulau Nami.. Tempat shooting Winter Sonata gak… Kitorang naik feri untuk ke sana… We went the art gallery there to Solat… The water is freezing cold.. I can’t barely feel my legs n hands after ablution… Then we walk around the island.. Very beautiful place… Trees everywhere.. Ketika malam makin menghampiri, unggun api dinyalakan.. satu2nya tempat yang hangat kat situ… Sungguh selesa.. Kami menaiki feri terakhir untuk ke Hana.. Ketika kami menapak menuju ke Hana, Yaya bgtau adik Yaya, irdaus yang nama bas itu Hana.. H A ha, N A na, Hana… Then, ada akak yang satu group dengan kitorng, pandang kitorang.. Only later I know that her name is Ana, Syazana…

Then we have our dinner in a Korean restaurantKorean style dinner..

While we on our way there, Jack explain about the Korean food.. They eat Sticky rice, and kimchi(Yang Jun Pyo buat dgn keluarga Jandi dalam Boys Over Flower) with chopsticksJack said, “We(Korean) cannot live without kimchi”. Our meal for dinner is sticky rice, with plenty of veggie such as cabbage, mushrooms, n many more.. There was also seaweed soup… Kat dalam restaurant tu, tersedia meja dengan kuali di atasnya.. dalam kuali tu ada sayur2an.. Windy, the guy in suit, helped us to cooked our food.. Die goreng sayur2 tu kejap, then tambah sticky rice n gaul, gaul, gaulKitorang makan dinner dengan happy sekali… =) Yaya berusaha untuk menghabiskan seaweed soup tu.. yaya cakap, “Sekali sehelai rumpai laut, lama2 habis gak” tapi unfortunately, Yaya x berjaya habiskan… Then ayah yaya beli coffee daripada coffee machine..

Finally, we make our way to hotel for some rest.. Very nice n comfortable place… Lantai die panas coz memang ada system pemanasan kat umah2 di Korea seperti yang diterangkan oleh Jack ketika di Muzium.. Aircond, x tau mane, so Yaya gune aircond style Cameron Highland.. Tingkap… The air is sooo nyaman…

End of the First Day

Wednesday, March 23, 2011

Face The Reality

Enough of 3 months of playing... Now its time to face the reality... The SPM result is out n i don't get straight =(... It bended a little bit right at the end as the last subject in the slip is Biology.. I got B+ for that subject... Before Bio, there is Physics n I got A- for it...

Although it bended a little bit, i am so shocked that i got A+ for my English Language... My rival in school, Put got 10 A's... My best friend Ellanie got 6A's n I got 8A1B... No matter what, i have to be contented with my result... To other candidates of SPM 2010, congratulations for your braveness to face the truth.. Congratulations for those who succeeded, n manage to achieve their target... For those who didn't achieve their target, be proud of your result as u know that u have struggle a lot to get to your goal but it just not enough..

At this opportunity, i would love to change my speech in the older post... The new one is:

"Thank you very much to all my teachers.. Mrs Hanisah Jusoh, my Malay Language teacher... Miss Shahrini Nadarajah, my English Language teacher who had transfer to other school... Mr Khairul Anuar my Pendidikan Islam teacher... Mrs Maimon, my History teacher... Mrs Rosni, my Mathematics teacher... Mr Zahrin, my Additional Mathematics teacher... Mr Abdul Halim, my Physics teacher... Mr Shamsulikram, my Chemistry teacher.. n Mrs Faizah, my Biology teacher... For Mrs Faizah, i would like to say sorry as i didn't get A+... very2 sorry... It was my fault, not yours.. U don't have to ask for apology from me, but the fact is I am the one who should... Please forgive me... Thank You very much n this is me..."

Finally You Are Here

Assalamualaikum... Nampaknya, trip to korea has to wait... The most important thing is the Result... Finally, it here... It will be out today... n i am afraid...

Mungkin bukan Yaya seorang je yang mengalami perasaan ni, Yaya tahu, kawan2 Yaya pun afraid gak... Tapi ada satu moment tu, Yaya x tahu nak rasa apa... So Yaya dengan rileknyer, main game.. hehehe, betapa x concernnya Yaya...

Anyway, buat teman2 yang berkongsi rasa dengan Yaya... Jom, pagi ni, buat solat sunat duha, then solat sunat hajat... Mungkin ada yang fikir dah terlambat semua tu coz slip tu dah dicetak.. Tapi Yakinlah... Kalau rase macam dah xde daya nak ubah keputusan tu, doalah mengenai penerimaan orang lain...
Kalau ada masa bersisa, bacalah Yassin...


"Ya Allah, bantulah kami, calon2 SPM... Kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ini.. Andai terkandas, janganlah ada walau satu nyawa pun yang menghina kami Ya Allah... Redhailah diri ini... Kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang, dan masa depan yang gemilang.. Agar kami dapat memartabatkan diri, keluarga dan agama kami di mata dunia.. Agar kami dapat menggembirakan kedua-dua orang tua kami... Agar tiada sesiapa menuduh guru2 kami x mengajar kami... Agar tiada sesipa pun yang menghina kedua-dua ibu bapa kami kerana kegagaln kami mencapai sasaran... Ya Allah, jadikanlah keputusan kami ini memuaskan hati semua pihak yang meletakkan harapan di pundak kami... Mudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat... Ampunilah dosa2 kami, redhailah diri kami, kurniakan kami rezeki yang halal dan ilmu yang diberkati..."


Friday, March 18, 2011

I'm Back

Hannyong Hamnida,
Annyong Haseyo Yorobun...
I'm back, in one piece.. Alhamdulillah... Ikutkan hati, nak tulis berjela-jela pada blog ni, tapi, kelajuan internet tidak membenarkanku berbuat demikian, so untuk post kali ni, Yaya cuma nak bagi tahu yang Yaya dah balik... Banyak pengalaman Yaya timba.. Sungguh seronok sekali.. Nanati, bile internet dah okay, Yaya kongsikan pengalaman Yaya ek... Assalamualaikum
Gamsa Hamnida....

Saturday, March 12, 2011

Holiday

Untuk cuti kali ni, Yaya x dapat nak post entry.. Yaya n family nak pegi bercuti ke Korea... Doakan semuanya selamat ok... sebab baru2 ni kan gempa bumi kat Jepun, risau gak...

Nanti Yaya amik gambar banyak2... So till then, see you later...
Assalamualaikum...

Friday, March 11, 2011

Cuti dah Datang!!

Akhirnya... boleh jugak bersenag-lenang... x payah nak hantar adik for a week... Kalau hantar je xpe gak, sampai nak iring dia ke kelas... Kalau mood dia x baik, Yaya akan dipaksa menemaniya di kelas tersebut... Semalam Yaya dah teroka kerjaya baru, jadi nazir... Perhatikan cikgu mengajar... Semuanya sebab adikku yang seorang nie... Kitorang belajar Pend Jasmani, yang diajar oleh Encik Shahrim.. Teringat pulak mase darjah dua dulu beliau ajar PJ dan Bahasa Melayu... Paling segar di ingatan, semasa beliau bergaya dengan kain pelikatnya semasa kami belajar mengenai kain batik... =)

Nasib baik hari ni dia x buat hal, die bagi Yaya duduk tunggu luar kelas... tak macam semalam... He made me sit in the classroom in the front beside the fire extinguisher.. Yaya dah berkenalan dengan pemadam api tu, maklumlah, dekat 2 jam duduk bersama, Die bagitahu Yaya yang dia sebenarnya haruslah ditukar kerana pinnya telah dicabut... Fire Extinguisher merupakan teman yang setia... Dia sentiasa di situ...

Walaupun Yaya disuruh stay, tapi Yaya lari tugas.. Dah tu, dia duduk senang2 kat dalam kelas, Yaya nak kene berdiri kat luar kelas macam nobita? Sbab tu la, bile dia dah leka, Yaya pun cabut... =)

Nasib baik ada pintu belakang.. Pintu tu jadi blindspot pada adik Yaya dan jalan untuk yaya menyelinap... Ikutkan hati, nak bergolek je kat kaki lima supaya dia x perasan kehilangan Yaya, tapi, Yaya pakai baju kurung la...

Tuesday, March 8, 2011

Encik Miaw, eh salah, Cik Miaw di SMKSP

Petang tadi, Yaya teman abang pergi SMKSP, nak amik adik yang balik pukul 1430.. Die telefon abang dan berpesan agar datang amik die cepat coz die dah lapar... Sampai2 kat sekolah, die x muncul2.. Ape, dah lapaq sangat ke sampai pi makan dulu kat kantin? so yaya pun pi cari dia merata-rata, selepas membelikan abang Yaya jambu batu...

Tatkala kakiku melangkah ke kawasan sekolah, aku terlihat kelibat sesuatu yang berwarna perang... Aku tau ape bende tu, tp aku buat2 tak perasan... Aku mencari adikku di kantin dan padang petangue.. Ku melangkah masuk ke kawasan sek dgn harapan, tapi aku kembali ke kereta dgn kekecewaan... Pancarianku x berhasil.. Abangku bercadang nak tunggu adikku seketika lagi, jadi, aku membuat keputusan untuk mencari kelibat perang tadi...

Aku terlihat kelibat itu di bawah sebuah kereta.. Bawah kereta dia, bukan tayarnya... Aku memanggil si Miaw... dan dia menghampiriku... =)

Aww man! sang miaw sungguh comel... Dia ibarat Puss in the boots yang kehilangan boots nye... (so die ni puss je la) so pada hari ini, aku officially named her Puss... Oh ekornya yang comel... Perang keselurehannya dan putih di hujung...

Tu part seronok... x seronoknye, balik rumah, Yaya terbersin-bersin... Adakah aku alah pada sang Miaw???

Pasal adik Yaya pulak, dia bantai pi solat dulu, bukannya nak inform awal2... Kalau nak solat dulu kat sek, jangan suruh datang cepat2... Solat kat rumah kan lebih selesa...

Sedihnyer..

Kenape?? Kenape?? susah sangat nak cari lagu Backstreet Boys - Bigger, nak letak dalam blog nie.. Puas dah merayau-rayau, tapi x jumpa2...
Kenape??
So Sebagai gantinya, Yaya nak letak lirik lagu ni je la...

Backstreet Boys - Bigger

First off, I can't keep a promise
I'm no one to count on at all
Add on that I'm a coward
Too scared to return your call

But you don't care
You keep sticking around
While I'm acting a clown
You're bigger
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)
'Cause you're still here
Your feet stuck to the ground
Despite how silly it sounds
You're bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)

It's known that I'm a liar
Often they're blacker than white
Add on my uncanny ego
No one's less humble than I

But you don't care
You keep sticking around
While I'm acting a clown
You're bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)
'Cause you're still here
Your feet stuck to the ground
Despite how silly it sounds
You're bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)

All the messed up things I do
Yeah, I swear I'll make them up to you
Before you go and have enough
Just let me make it better
I'll try and measure up
I'll try and measure up to you
Oh, yeah
(I'll make them up to you)
Oh, yeah

But you don't care
You keep sticking around
While I'm acting a clown
You're bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)
'Cause you're still here
Your feet stuck to the ground
Despite how silly it sounds
You're bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)
Just bigger
Than me
(Lalalalalala)
(Lalalalalala)

Thursday, March 3, 2011

Celestial Being -Gundam 00-

Lockon Stratos/Hallelujah Haptism/Setsuna F Seiei/Tiera Erde
Gundam 00...
Kisah Gundam yang best selain daripada Mobile Suit Gundam Seed & Seed Destiny...
Cerita die best sekali.. Pemandu2 gundam die berbeza dengan Gundam seed, sebab gundam seed dia gune orang biase @ coordinator macam Kira Yamato...
Dalam Gundam 00 pulak, pemandu Gundam ialah orang yang dipilih daripada data Veda... Hidup dalam kod nama...
Celestial Being, satu organisasi yang ingin menghentikan peperangan dgn menggunakan Gundam... Semua anggota dalam organisasi tu hidup dengan kod nama masing2 contohnya, Setsuna F Seiei, watak utama, nama sebenarnya, Soran Ibrahim...

Penat dah tunggu kisah jejaka2 ni kat ntv 7... Dah berkali-kali dah ulang season 1... Tapi yang pasti x pernah bosan tengok... Ketua Gundam Miesters untuk season 1 ialah Lockon Stratos, tapi season 2, Setsuna jadi ketua setelah Lockon mati ketika bertempur... Sedih giler!!! Lockon mati... Tapi, tempat Lockon digantikan oleh adiknya, kember seiras dengannya dan mengekalkan kod nama yang sama...

Teringin sekali nak tengok season 2 Anime ni... mesti best.

Comel Sungguh....

Wednesday, March 2, 2011

Looking Back: FIFA 2010

Teringat pulak FIFA 2010...
Ni merupakan Fifa pertama yang aku tengok dengan bersungguh-sungguh dan ambil berat... Kali pertama tengok mase Brazil lawan pasukan mane entah, x ingat.. Turki rasenye... Mase tu aku sekolah rendah lagi... Brazil menang... =)

FIFA 2010 pulak, aku cakap aku tengok dengan bersungguh-sungguh kerana banyak game yang aku tengok... Banyak bagi aku la.. Realitinya, x banyak pun... Yang last2 jer... Macam Jerman vs Argentina... Sungguh mengecewakan... Brazil vs Belanda.... Amat mengecewakan... Mase game tu, Yaya kat Port Dickson... Tgk live utk separuh mase yang pertama kat kedai makan... Separuh mase yang kedua pulak tgk siaran ulangan kat hotel... Sedih giler Brazil kalah... Hampa, kecewa...
Esoknya, Messi pulak kalah.. =(

Pastu aku Jerman lawan Spain... Tengok ke?? ntah, tak sure... rasenye x coz takde live kat TV1 or TV2... Maklumlah, xde AStro... Tapi yang pasti Spain menang... Chayok Casilas!! Esoknya, kat sekolah, Nina, sahabatku begitu kecewa... Aku n sahabat2 yang lain x berani nak ungkit pasal game semalam...

Final... Spain lawan Belanda... Aku memang harap sangat Spain menang... Balas dendam untuk brazil.. Poor Kaka...

Kali pertama aku stay up nak tgk bola... Pengalaman yang best skali.. Walaupun esoknya, hari isnin, nak gi sekolah... Pukul 12 tido sat.. 1 bangun solat isyak... then tgk tv...Aku tgk dari awal game... Separuh mase pertama, xde gol.. rest 30 minit, aku x tido, takut terlepas... Then separuh mase kedua, xde gol lagi... Dah, bile aku nak tido ni.. Tambah lagi 30 minit.. Baru ada gol.. Akhirnya!!! Dah ada gol, dah tau sape menang, tidolah patutnye, tp aku nak tgk penyampaian hadiah.. Nak tgk Casilas =)... Last2 5:30 baru habis semuanya... Family sume dah bangun.. Aku cakap kat adik aku, kejutkan akan pukul 6, tp, 30 minit tu x bleh lelap pulak...

Esoknya, pergi sekolah, muke blur.. Mase kelas kimia morning2 aku x fokus sangat, tapi xde la pulak aku fall asleep... MAse kelas2 lain pun x ngantuk cume pening lalat.. Alhamdulillah, aku berjaya habiskan hari itu tanpa tidur... Pagi sampai malam... kat tusyen malam... memang tersengguk-sengguk... Tapi pengalaman tu penting... Moral of the story, kalau rase nak tengok bola tu... Tido petang dulu ek...

Encik maskot:"Zakumi" yang comel

Sorakan oleh sang Kapten

Yipee Spain menang.. x sia2 aku stay up

Kasut Baru!!!!


Ni merupakan kasut sukanku yang kedua... Kasut yang pertama dibeli ketika aku berumur 13 tahun, telah koyak ketika merentas desa tahun lepas... dan kini aku telah mendapat penggantinya ketika aku berusia 18 tahun... Encik Kasut Sukan no 2... Saya harap awak tak koyak macam encik Kasut sukan no 1.... Saya juga berharap kita akan meneroka banyak tempat menarik bersama-sama... Sayang awak...

Tuesday, March 1, 2011

Miaw oh Miaw

Kali terakhir Yaya balik kampung, kucing2 kat kampung tu dah bertambah... Kucing2 yang orang buang sume datang ke umah tu, termasuklah 2 ekor kucing yang bunting... Hasilnya, masa Yaya balik kampung tu, terdapat 6 ekor anak kucing dari 2 ekor ibu...

Kucing yang pertama, berwarna hitam + perang + Putih, mempunyai 3 ekor anak yang kecil, berwarna Perang dan hitam... 1 perang dua hitam... Kucing2 ni diletakkan di tingkat atas.. Pada awalnya, Yaya x tau ada kucing kat atas, tapi, diorang mengiau sekuat hati dengan suara diorang yang nyaring... Bila ku ke atas, kulihat diorang sedang memanjat-manjat untuk keluar daripada besen yang berwarna merah.. Ibu diorang xde kat itu, lalu Yaya cari ibu diorang... Lepas tu, Yaya masukkan die dalam besen... Kemudian diorang senyap... Pastu Yaya turun ke bawah..

Yaya nampak besen warna biru pulak, ada 3 ekor anak kucing.. Berwarna campuran Kelabu dan putih dan ada seekor berwarna keperang-perangan... Ketiga-tiganya begitu... Diorang senyap je, cube memanjat keluar daripada besen... Yaya pun angkat diorang dan letakkannya di atas kerusi... diorang bermain-main kat atas kerusi itu, comel sekali... Kemudian, diorang bermain-main di basikal dan tangga...

Kucing merupakan haiwan yang comel sekali....
Ni gambar2 diorang...

Aku tahulah aku come...

Miaw....

Mase ni die tengah serba salah, nak terjun ke tak...

Ni come, siap pandang kamera lagi..


s