Friday, August 26, 2011

Result Mid Sem

Sebaik sahaja kembali ke KK12 dr SMKSP, hujan pun turun, time tu, jam menunjukkan pukul 1:05.. nak pegi ambik result mid sem, sah2 la Encik Mahassan dah pergi solat jumaat.. Aku keresahan.. sesampai sahaja di bilik, aku bertanya kpd Wani, "dah amik result?" Wani menjawab "dah"... Dang, wani dah amik result, aku jer belum.. For the readers information, me and Wani shared the same Academic Advisor (PA) which is Mr Mahassan, although we are in the different group.. What a coincidence...

Tatkala hujan turun semakin lebat, aku menadahkan tangan.. "Ya Allah, biarlah Encik Mahassan ada kat PASUM petang ni.. Aku x sanggup menanti lagi dah.." Wani sekadar tersenyum...

Pukul 2:00 petang, kami megorak langkah meredah hujan menuju ke auditorium untuk kuliah bio yang ketiga buat diriku... OTW berselilsih dgn Dr Azizan, dan aku mencari-cari kelibat motosikal yang menandakan kewujudan Encik Mahassan di Blok Pensyarah(BP) Namun, kelibat motosikal x aku temui.. Kami meneruskan perjalanan ke Auditorium(Dewan Kuliah Baru/ DK baru) Kuliah start pukul 2:45.. 2:23 petang aku terpanggil utk e BP, setelah digalakkan olh Wani... Inhale, Exhale, then aku, ditemani amalina, menuju ke bilik Encik Mahassan.. Terdapat cahay di biliknya, menandakan bilik itu berpenghuni... Pintu bilik tersebut agak renggang, dan tatkala aku mampir, ia ditutup rapat.. Ish, cam tau2 jer aku nak datang.. Inhale, Exhale, aku mengetuk pintu... Pintu tersebut terbuka, menampakkan kelibat Encik Mahassan... Berbaju Hitam..

"Kumpulan T2?" ish cam tau2 jer... "ye, T2" aku mejawab sambil menarik kerusi dan duduk tanpa dijemput... Pintu bilik ku biarkan terbuka... "Nama?"... "Fatin Nur Nadia" aku x rasa aku berkata dgn kuat, kerana aku merasakan seolah-olah kata2 itu cuma bergema dlm kerongkongku, tapi dgn tingkah laku encik mahassan nampakny, cukup jelas kataku itu.." Dah balik kampung?" beliau bertanya... "Belum" jawabku ragu2... Aku masih di sini, sudah tentu aku belum pulang ke kampung... "Fatin apa?".. "Fatin Nur Nadia".... "Oooo lagi satu Fatin Amanina"... Aku hanya mengangguk... Aku berkata-kata di dlm hati, "sorang lagi Fatihah Nadia" Satu demi satu helaian kertas diselak oleh beliau... Namu namaku masih belum beliau temui.. Kemudia, beliau berhenti, dan mengoyakkan sehelai kertas... Jantungku berdegup kencang... Aku menyambut kertas yang beliau hulurkan.. "Ni bukan slip ye.." kata beliau.. Aku hanya mengangguk.. Alhamdulillah, result okay.. Encik Mahassan tersenyum, dan beliau berkata, "boleh buat raya" aku hany tersenyum, lalu mengucapkan terima kasih... aku kemudiannya berlalu pergi menemui Amalina yang menunggu di luar..

Alhamdulillah, result okay.. Okay sampai boleh la enjoy raya ni.. Tapi, tutorial mesti disiapkan, Final pass years pun dah beli, so cuti ni la masa yg dinanti... Cuti yang terancang insya-Allah, Tapi ingat, kita haya merancang Allah jua yang menentukan...

Seketika di SMKSP

Alhamdulillah, hari ni, Yaya dan beberapa ex-5suci dah berkumpul kat sek..
Tujuan mini reunion ni adalah untuk bertemu empat mata dgn bebudak 5 suci yang dah lama x bersua muka, dan sering dirindui... Di samping itu, Yaya gak nak jumpa dgn cikgu2 sebelum raya tiba... Sorilah, kpd ex-5suci yang x berkesempatan nak join coz x sampai KL lagi masa tu.. Yaya buat program ni pagi sebab, kalau petang baru nak gather, baik buat Iftar Jamai'e.. Hehe ada gak keberkatan dalam makanan tu nanti, lagipun, Yaya ada kuliah petang tu.. Apa2 pun, harap dpt jumpa korang semua lagi k... Sekarang ni ringkasan kembara kami di SMKSP...

Disebabkan Yaya ada kuliah ganti, Yaya dtg lmbt sikit.. bila yaya sampai, mereka semua dah berkumpul di sekeliling Pn Hanisah Jusoh... Oh ya, lupa lak nak bgtau peserta2 kembara ni... Ellanie, Adnin, Lela, Mairuz, Yasmin, Ain, Ilham, dan Mukhriz... Ok, mukhriz datang lambat sikit.. Kami bersalam-salaman dan buat sikit catch up story masing2..

Seterusnya, Ustaz Khairulanuar yang serba hitam hari ni.. hehe.. berbaju melayu, lemgkap dgn samping dan songkok.. Kami cerita update masing2, and saling mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri...

Kemudian kepada Encik Zahrin.. cikgu yang palingku selalu ingati... semuany sebab overdose tutorial matematik.. Cikgu Zahrin ada kat bilik disiplin, rasanya, kat bilik disiplin tulah paling lama kitorang lepak.. Statement beliau yang paling best "jiwa saya dah takde kat sekolah dah".. Tu betul2 nak balik kampung tu, nak raya... Banyak yang kami bincangkan.. dari "cikgu rindu saya x?" ke "apa sebenarnya kerja lecturer?".. Masa ni la, yaya dpt tau yang cikgu Zahrin dulu sebenarnya, Asasian PASUM.. Pelajar Hayat lagi.. Cikgu zahrin ialah senior yaya kat PASUM...

Seterusnya, kami menyerang Encik Halim di lab fizik.. Adnin paling excited... Kami borak macam2.. antaranya, couple, takwa, fizik, cikgu yang hebat, result mid sem keluar lepas raya... Masa kat lab ni la Mukhriz join the club... dan sedang kami rancak berbual, yaya menerima mesej Wani... "result dh release! kita belum ambik lagi, awak balikkan?" Di saat itu jugaklah aku terduduk.. tergamam, nak buat camne ni, tissue kat kolej dah habis.... hati berbelah bahagi, nak amik ke tidak.. Pastu kami sambung berbual semula...

Destinasi seterusnya, Cikgu Ikram, kami bertemu di taman burung, then beliau menjemput kami ke "rumah" beliau, lab chemistry... Ada pertambahan hiasan dalaman... Kami berborak lagi.. cerita pasal law, bau kerbau kat gopeng, silibus matrik yang "merempit" dan lain2... Kat lab tersayang ni la kami bergambar bersama-sama.. buat kenang-kenangan... Sempat gak cikgu Ikram promote anak baru beliau.. Ayatul Jannah..

OTW ke destinasi seterusnya yg x pasti, kami terserempak dgn Pn. Rosni.. hehe cikgu Ros.. rindu sangat..masa mula2 nampak kelibat beliau, kami menjeritkan nama beliau then berlari ke arah beliau.. Bersalam-salaman, disusuli dgn Berborak sakan, menceritakan updates... Senyuman x lekang dr wajah beliau..

Seterusnya, Cikgu Faizah, latar tempat: depan tandas guru... beliau mengalami gejala yang sama dgn Cikgu Zahrin.. Nampaknya, gejala x sabar nak balik kampung semakin berleluasa kat sekolah ni... hehe.. Masing2 menceritakan updates masing2.. pastu, ucap selamat hari raya...

Kemudian, kami ke bengkel utk menemui Encik Sa'leh, tapi beliau tiada di situ.. then Yaya pi jumpa ustaz sat nak bagi kain pelekat(pelekat ke pleikat??? cheq tak tau) OTW ke blok A, nampak encik Sa'leh tgh turun tangga.. Yaya n ella serang beliau, dan kami disertai olh yang lain.. Kami dpt tau yg hari ni hari jadi beliau.. xde hadiah, tapi, kami nyanyikan lagu selamat hari jadi kpd beliau disaksikan olh org2 yg lalu lalang... happy sekali..

Niat di hati nak jumpa Pn Maimon, tapi beliau tlh cuti... Cuti bersalin rasanya..
Overall, walaupun tiring, tapi, i was having a blast.. Kerinduan yang terbuku, dilepaskan.. memang seronok.. tapi, pasti lagi seronok kalau lebih ramai lg bleh join... Paling kesian, Puteri.. terpaksa menghadiri kuliah yang asalny tiada, tapi diadakan pd pukul 10.. poor put.. takde rezeki, nak buat camne.. Sabtu ni, cadangnya, nak pegi rumah ain, harap2 xde aral melintang, Insya-Allah...


Ni la gambar kenang2an yang cigku ikram ambilkan di makmal kimia..
Ilham xde coz dia pegi jumpa budak ex-5suci yang masuk form 6...

Thursday, August 25, 2011

Cuti Dah Dekat

Yea Yea, cuti dah dekat.. X sabarnya.. tapi kenapa mesti balik kampung hari sabtu? Baru ingat nak menikmati UniFi kat umah.. Huhuhu.. merindui encik tv.. dah dekat 2 minggu x tgk movie.. Minggu lepas kat PD, tv macam xde function coz gambarnya teruk sangat..
Apa2 pun, kami asasian, semuanya dah besar panjang, so x de duit raya, yang ada cuma tutorial raya.. Hehe cuti macam x cuti.. kerja2 dah beratur panjang menanti untuk dipersiapkan...
Anyway, i wish Dr Yusmin x jadi buat kuliah ganti esok.. I have a date!!! Wait for me.. i wish i could be there tomorrow...

Thursday, August 18, 2011

Kuliah Yang Extraordinary

Ehem ehem.. Testing one two three...
Okay, kuliah yang extraordinary n berlaku semalam, 17 Ogos(birthday Donnie Wahlberg)2011..
Extraordinary sebab Yaya duduk kat auditorium 4 jam straight..
3 jam kuliah yang first time yaya lalui, dan 1 jam kuliah ulangan..
Hehe Kuliah pun ada siaran ulangan..
Sebenarnya, semalam, kelas kalkulus takde, so kami T2 mengalami kekosongan waktu.. Yaya mengekori teman setutorial, dan mereka mengorak langkah menuju ke Auditorium..
Dalam hatiku, aku tertanya-tanya, "nak tunggu kat luar sejam ke?"
Rupa-rupanya, diorang menyelinap masuk ke dalam auditorium yang ketika itu dihuni oleh pelajar fizikal... Sebelum meangkah masuk, kami berdrama depan pintu, "nak masuk ke?" "ish, takut la" "masuk je"... macam2 la kami cakap.. Sampaikan abang APIDS Fizikal(abang, tua setahun la katakan) yang terlewat 15 mnit drpd waktu asal kuliah, dan nak masuk ke dlm auditorium pelik melihat kami...
Kemudian kami pun masuk.. Time tgh kuliah Fizik 1 yang sudah kami lalui semalam.. So, recap... Ermm seronok la gak, jadi pelajar tumpang ni.. Kalau x salah, time tu, Yaya sorang jer yang pay attention pd lecture, yg lain sembang dgn berbisik, dan ada gak yg siapkan tutorial..
Perkara kedua, berlaku ketika lecture untuk bebudak hayat 1 bermula, masa lecture Kimia 1..
Sedang kami sibuk mengedarkan tutorial, bau hangit menusuk hidung kami... Hangit ibarat getah terbakar.. Pada mulanya, kami buat x endah jer, namun baunya semakin menusuk hidung sehingga aku menjadi pening...
Tanpa dijangka, bunyi loceng kedengaran.. Ala, loceng jer kot... Kriiing... kriiiing.... kriiiiiiiiig.... Kriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing..
Memang macm tu bunyi nyer, mula2 putus2, pastu, tak berkesudahan plak.. Neuron dalam otakku yang menyimapan maklumat mengenai bau hangit terbakar dan neuron yang menyimpan maklumat -locenng yang panjan ialah loceng kebakaran- berhubung, dan aku menyimpulkan satu kesimpulan... KEBAKARAN?
Lecturer time tu lak khusuk memberikan syarahan, x terdengar lak bunyi loceng tu.. Keresahan melanda kami, Asasian..
Pengalaman ber-fire drill ketika MHS bermain-main di minda...
Akhirnya, keresahan yang kami pancarkan pada wajah dan tingkah laku berjaya ditafsirkan, lecturer diam sekejap dan kami berkata, "kebakaran"
Riak kerisauan dapatku kesan, namun beliau pantas menyembunyikan riak itu.. senyuman x larat diukir pada bibirnya... Aku berkata dalam hati, " tak nak mati terbakar kat sini...".. Tiba2 je bunyi loceng berhenti... Lecturer berkata, takde apa2 kan... Girls yang baru masuk dari luar tu, (merujuk pd asasian yg baru masuk ke auditorium) takde apa2 kan...?".. Gadis tersebut menggeleng.. Then kami meneruskan kuliah macam biasa.. Walaupun xde la biasa sangat coz bau hangit itu masih menusuk hidung... Alhamdulillah, bau tu membuatkan aku x mengantu dalam kuliah.. Hehe..
Tak tau kenapa, gejala kemengantukan semakin menjadi-jadi, especially ketika lecture Kimia 1...

Selamat Hari Jadi Buat Diriku

Alhamdulillah, dah 18 tahun hidup di dunia ni.. Ni kali pertam Yaya sambut birthday masa bulan Ramadhan(yang yaya bleh ingat la).. Ni kali pertama gak Yaya sambut birthday away from home(gaya cakap macam jauh sangat jer..)
Yaya nak cakap thanks pada birthday wishers..
Yaya dah dapat present dah, lukisan dari Lela, dan wallet dari Ellanie.. Ermm tapi, yang paling best, paper test fizik 2 tadi.. Fuh, mencabar.. 20 minit yang penuh dengan tangan yg menggigil ke-excited-an nak menjawab soalan... Excited sampai ada la formula yg diterlupakan.. terpaksalah derived tang tu gak.. Hadiah yang mencabar minda..
Ermm nak habaq mai apa lagi?
Oh ya, Yaya nak cakap, birthday Yaya hari ni, dan semalam, birthday Donnie Wahlberg.. Next week, birthday Howie Dorough.. Hehehe Kami Leo...
Dah la tu, tak tau nak cakap apa dlm post ni, jap lagi Yaya sambung dalam post yang lain mengenai Kuliah yang Extraordinary...

Wednesday, August 17, 2011

They Exceeded Mine, Will I exceeded Theirs?

Actually, this post was inspired by my roommate, so enjoy..

I don't know about other Foundations or Matriculations, but CFSSUM has a very distinct and unique lecturer.. Each and everyone of them has their own characters.. Each and every one of them are cute in their own way.. Each and every one of them are funny.. Either they ARE funny or they only exhibit their sense of humor when we least expect them to be..
Sometimes, in the lecture hall, i am very tired... Two kinds of tired.. one, tired of copying the never ending notes, and the second one, tired of laughing at their jokes.. Never expect them to be that funny.
Normally, i can foresee whether someone wanted to make a joke or anything, but here, i often says.. "Wow, never see that coming," then, LOLed.. Not too out loud, in a polite way of course.. Yet they exceeds my expectations.. The question is, can I exceeds theirs?

Minggu Ujian

Secara rasminya, minggu ni Yaya namakan sebagai minggu ujian.. Setiap ujian yang available diadakan pada minggu ni..
Mendahului senarai, Algebra pada hari Isnin, Biologi Sel pada hari Rabu, Fizik 2 pada hari Khamis, dan Kalkulus pada hari Jumaat..
Walaupun ujian berlangsung hampir setiap hari, Yaya still tidur awal hari2.. Hehehe.. mana taknya, tarawih pun dalam keadaan berperang dengan mata yang hampir tertutup.. Alhamdulillah, tak pernah tertidur lagi dalam solat..
Penat la.. Hari2 ulangkaji.. Sibuk dengan ulangkaji, tutorial yang diedarkan macam risalah yang berlambak-lambak, tak disentuh.. Hakikatnya, pelambakan tutorial tu amat dahsyat.. kitorang dah dapat tutorial untuk discussion lepas raya tau! betapa advance-nyer lecturer2 PASUM.. Harap2 yaya boleh cari masa nak settlekan semuanya.. ON TIME!!

Friday, August 12, 2011

To Create or Not To Create

*sigh...*
All of my friends advised me to create a facebook account.. According to them, the class rep posts things to facebook.. If i don't have one, how could i be informed? There was a time, when i already on my way to my algebra tutorial class, my roommate asked me, "Fatin, awak T2 kan?" i answered, "aha", She replied " cuba baca ni" It written on the wall(i think they call it wall) "kelas algebra T2 dibatalkan.." Say, whaaat?
Next, Fazeera said that, the dates of tests also will be informed through facebook..
Adnin said that Facebook can make us stay connected.
Spencer Reid said that, "I ever had an email" which means he don't have facebook account, but i don't know about Matthew Gray Gubler..
Hmm I don't know about it.. What would i do with facebook if i do have an account? I don't know how to socialize with people, what's the point of having a social page? Will facebook be a distraction to me, as it does to my sister? Will i neglect my study since this stuff can cause addiction?
Suggestions?
*sigh*

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Minggu ni merupakan minggu yang paling bnyak pertukaran lecturer.. Rasa sedih menyelubungiku.. Yang pasti, aku akan merindui mereka.. Gaya cakap macam x bleh nak jumpa plak.. Hakikatnya, diorang sentiasa ada kat Blok Pensyarah tu.. x ke mana2 pun..
Selain pensyarah, tutor kalkulus aku juga akan ditukar.. Aku sangat suka tutor tu, cara beliau mengajar menyeronokkan, tapi apakan daya, jodoh x panjang. Beliau akan digantikan dengan Encik Ismail.. Pensyarah kalkulus yang telah menamatkan syarahan beliau minggu ni..
Kitorang jugak dah kehilangan DKU sbg tempat kuliah.. Pada masa ini, kami mengadakan kuliah di Auditorium di bangunan PASUM baru.. Bayangkan, tutorial diadakan di kaki bukit yang tinggi, dan kuliah diadakan di pincak bukit yang tinggi.. Imagine macam mana kitoran menapak dari kaki bukit ke puncak bukit.. Lebih memburukkan keadaan, auditorium ti memanjang ke belakang, dan yang dtg lmbt tu, sah-sah dapat duduk belakang.. Hari pertama, tutorial habis pukul 9:57.. Menapak ke puncak bukit, dan 10:03 sampai, dan kuliah telah bermula, Yes.. Yaya lambat.. Tmpat duduk yang kosong cuma di, nuuuun jauh di sana... Nak tak nak, duduk je la.. Dari point of view kat belang, lecturer nampak sungguh kecil, dan tulisan2 pd presentation yg lecturer buat teramatlah kecil..
Tulisan yang kecil itu mengingatkan Yaya pada statement Encik Ismail, "Dapat x? Yang belakang dapat? Takpe, yang duduk belakang mesti dah bersedia dengan mata berkuasa tinggi." What a statement.. Kami di belakang ni, x expect pun nak duduk belakang, bermula dr saat itu, Yaya berazam untuk x duduk kat belakang lagi dah.. Esoknya, Yaya duduk line ke-2 dari depan.. Hehe improvement yang ketara..


Plenty Of Time

Since the Ramadhan is here, i have plenty of free time.. But i can hardly update my blog since i am no longer the old me.. I am the new me.. I am being persistent! No more delaying tutorials..
Yesterday was the first day i break fast alone here, Wani is out for her Usrah, and i am all by myself.. It's kinda empty without someone..
I have a new favourite leisure time activity, completing my tutorial.. I enjoy doing it so much, but when i am stuck at certain question, i'll be sleepy, and eventually fall asleep.. Haha..
Speaking of sleeping, last Wednesday, my lecture ended at 1 pm.. I returned to my room, and decided to take a nap, since the lab practicals were cancelled in ramadhan.. Then, when i woke up, it's 2pm already! Haha what a nap.. I perform my zohor prayer, and recite the Al-Quran... When i finish doing all that, it was 3pm, and i decided to have another nap since i am so sleepy.. I slept, and when i woke up, it's 5 pm! Wow.. 3 hours of sleeping.. The exact time the practical session being held, and i used the time to sleep!! What a waste of time.. The benefit of that is, i am not sleepy while performing my terawih later that night... =)
The moral of the story, please, manage your time well.. Time that had passed can never return.. Live the best today, for a tomorrow without regrets..
Assalamualikum..

Saturday, August 6, 2011

Last Thursday

One of the best day.. As an Asasian, and as me... I nailed the biology test, i had Dr Fadzilah(my favourite lecturer) being the invigilator for calculus examination. I can't remove the smile from my face after the examination although i didn't do very well for calculus...and last, but not least, HE sent me messages..
The only thing that spoil the best day, i fall asleep after maghrib, i thought for taking a doze off for 5 minutes, but it turn out to be 60 minutes.. The whole 1 hour.. So do my roommate.. For sure i am late to solat terawih berjemaah.. Late for the whole 1 hour, and by that time, the imam already performing witir.. How sad... I just perform my terawih alone, in my room.. :(

He Sounded Like Saifuddin

I text him last Thursday to wish for his birthday.. The he replied my message... I never expect to receive any message from him!! He said thanks and other things about how he thankful that he is still alive.. The way he write make him sounded like Saifuddin aka Sunan..
Then i received another message from him, wishing me the best of luck for the examination.. Kyaaaa!!!*blush*

Peperiksaan Pertengahan Semester

Alhamdulillah, mid sem dah tamat. Soalan2 yg ditanya, ada yang dah dijangka, ada yang menghampiri jangkaan, dan ada juga yang tak terjangkau dek akal fikiran.. Berbekalkan ilmu di dada, semua soalan Yaya jawab. Ada yang dijawab dgn penuh keyakinan, ada yang keyakinannya cuma partially, ada yang menggunakan konsep hentam yg genius, dan tak kurang jaga yg berlabel, comp H(completely hentam)
Peperiksaan dimulakan dengan dengan kertas biologi 2. 2 hari yaya luangkan untuk paper ni, maklumlah, nak hafal structure, function, nama2 dlm taxonomy.. Sampaikan, bila pin yaya jatuh, yaya melatah, "ooh chephalopoda!" haha.. nama saintifik bg sotong.. Overall paper ni okay, tapi yaya x jamin apa2
Seterusnya, paper Kimia 2.. Emm tak tau nak cakap apa.. boleh tahan la.. Masa kat kolej x study sangat kimia 2 ni coz lebih fokus pd fizik 1 sebab tgk soalan pass year mid sem, banyak keluar projectile motion.. Lama la gak menghadap buku rujukan nak mendapatkan kefahaman yang maksimum.. Tp hakikatnya, pemahamn yaya masih pd permukaan.. memburukkan lagi keadaan, soalan pass years x disertakan dgn jawapan, so kalau korang kira, dan dpt jwpn dlm soalan mcq tu, memang x de cara nak pastikan yang korang punye jwpn tu betul.. Yang pastinya, kesian Kimia, kalah dlm perlawanan menentang fizik.
Paper fizik menyusuli paper kimia pd hari selasa.. Soalan2 fizik memang epic.. Pass years yang kitorang dok tenung, tatap dan lunyaikan, langsung x sama dgn soalan tahun ni.. Projectile motion, bayang pun xde.. Habis je exam, ada kawan cerita yang kawannya berjumpa dgn Encik Azizan, tanya pasal projectile motion, then selepas menerangkan Dr Azizan berkata, "Rasanya tak keluar ni.. Last saya set soalan tahun 2004" Haha amik kau! soalan yang kami dok kaji tu tahun 2007 dan ke atas, memang la tak sama...
Seterusnya, Algebra, kegemaranku.. Untuk algebra ni, memang ada bnyk masa nak study, dan masa tu memang x disia-siakan.. bnyk latihan dibuat, dalam masa yang panjang.. Untuk paper algebra ni, soalan2nye memang boleh dijawab, cuma masa x cukup.. Basically, xde masa nak buat second round.. So ni pun yaya x jamin..
Next, Biologi Sel.. Study bermati-matian sampai pukul 1:30 am... Hafal function2 protein, structure carbohydrate dan lain2.. Alhamdulillah, soalan2nya boleh dijawab wlpn ada gak yang berlabel comp H
English preparatory Course, memang historic.. tidur lewat mula menunjukkan effectnya ketika paper bi.. First time yaya tersenget ketika menjwb soalan mid sem.. terlelap sekejap bersama pensel.. hehehe.. Text yg teramat panjang.. dan separuh drpd perkataannya, x kufahami.. Apa2 pun, Yaya redha..
Calculus, Yaya rasa, algebra yaya better that calculus.. tp kebanyakan asasian ckp, calculus better than algebra.. so no comment.. yaya dah buat sehabis baik.. Semua soalan boleh dijawab cuma masa x mengizinkan.. xnak jwb bile masa dah tamat, sebab nanti akan megurangkan pahala puasa...
Lepas calculus, fizik 2.. Macam fizik 1, kitorang study pass years... Menyelesaikan masalah circular motion dan masalah2 partikel2 yang ada attraction and repulsion force.. Hafal graph F-r, U-r dan lain2.. Paper fizik nix susah bg yaya.. Alhamdulillah..
Lastly, paer kimia 1.. 3 jam baca dan hafal formula.. it turn out to not a single formula being used.. Haha,,, but, memorizing those formula, won't hurt anyone.
Alhamdulillah exam dah tamat.. Lepas ni kuliah semula.. Kuliah kali ni x buat kat DKU, buat kat PASUM baru... Yaya akan merindui DKU...

System Hibernated

Last night is a night filled with dreams... I am asleep from 8:45 pm to 4:30 am.. This is the revenge i had.. The sleep debt due to examination is paid, and i am in my freshest state right now.. Maybe, its time to complete the tutorials that have been delayed for 2 weeks..

Wednesday, August 3, 2011

Meaning Of The Words

the words...
  1. Haphazard: without plan or order; random
  2. Turmoil: disturbance, agitation or confusion
  3. Telltale: revealing or indicating something
  4. solitary: (living) alone; without companion
  5. propensity: inclination or tendency
  6. obscure: not easily or clearly seen or understood; indistinct; hidden.. not well known
  7. annihilated: destroyed completely
  8. wry: (face expression) twisted into an expression of disappointment, disgust of mockery... Ironically humorous: slightly mocking
  9. Grimaced: ugly twisted face expression, expressing pain, disgust etc or intended to cause laughter
  10. svelte: (person) gracefully thin
  11. askance: (idiom: look askance(at somebody/something)) Look at somebody or something with disgust or disapproval
  12. pertinent: relevant(to something); to the point
  13. quaver: (voice/sound) shake ; tremble
  14. subtle: not easy to detect... Organized in a cleaver complex way; ingenious; cunning... able to see and describe fine and delicate differences; sensitive
The truth is, i just wanted to increase my vocabulary before English Language Preparatory Course examination tomorrow, wish me luck..
P/s: Selamat Hari Jadi Abang!!!

Monday, August 1, 2011

Selamat Datang Ramadhan

Alhamdulillah, diri ini masih berkesempatan menemui penghulu segala bulan.. Syukurku panjatkan kepada ilahi kerana memberikanku daya dan kuasa untuk berpuasa..
Marilah kita bersama-sama memaksimumkan amalan kita di bulan yang penuh keberkatan ini. Tak kira, sepadat mana jadual anda, cubalah cari ruang dan peluang untuk beribadah kepada-Nya.. Mengikut prinsip keabadian momentum, momentum akan tetap terabadi(conserved) jadi, harap-harap, momentum amalan kita di bulan Ramadhan ini akan terabadi di bulan-bulan yang lain juga..
Yaya nak ingatkan teman2 dan diri yaya sendiri, agar berpuasa secara total.. Jangan hanya menahan lapar dan dahaga, malah turut menahan setiap anggota daripada melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya..