A Journey to remember... Itulah tagline malam emas kali ni.. Tema baju, Elegance, tp yaya pakai bertemakan tarzan.. Hehe..
Yaya ngan amalina ke Hotel istana dgn menaiki bas yang bertolak pada pukul 4:30 petang.. Yaya solat asar ngan maghrib kat sana.. On th way there, hujan turun pulak.. Dah la yaya dah pakai baju dinner ni.. Yang lain sume pakai baju lain dulu.. Apa pun, dah sampai kat hotel, kitorang kena melintas jalan besar.. Ish, terserlah ke-pantaidalam-an apabila yaya melintas macam jalan tu yaya yang punya. Maklumla, hujan...
So, gap yang berjam-jam sebelum dinner bermula diisi dgn aktiviti bersolat dan bergambar sambil meneroka.. Nak menghilangka kebosanan, kami berjalan-jalan secara rawak, dan mengira berapa banyak kali kami bertemu dgn Dr Zazli(pengarah PASUM).. Masuk pukul 7, tempat tu makin dipenuhi pelajar asasi.. Semuanya cantik dan kacak.. Yaya yang bersiap dgn Amalina ni, berasa diri ini kanak2 bila tgk Amalina dress up.. Amalina pulak, bila yaya cakap macam tu, Amalina kate dia rasa macam orang dewasa.. Masa pukul 7, amalina dah lepak2 kat tempat solat, tapi Yaya still merayau-rayau.. Jumpa Azmina, Amal, dan budak2 tutorial yang lain.. Semuanya cantik-cantik dan kacak2 belaka...
Lepas solat, kami mula memasuki ballroom.. Meja Yaya no 30, x belakang sangat, x depan sangat, agak ke tengah.. Dari temapat Yaya duduk, bleh nampak meja lecturer dan staff, Yaya nampak Dr Ghapor, Encik Nasrul, Mr Z, Encik Shahizat, Dr Yong, Dr Linda, Dr Shida, dan banyak lagi...
Majlis bermula 8:30 malam.. Pengarah PASUM ngan Vice Chancellor UM masuk.. Kami mengaminkan doa, nyanyi lagu UM, dengar 3 ucapan, dari Ariwibawa Kasmani, dari Dr Zazli, dan Vice Chancellor.. Masa Vice Chancellor tgh berucap, rasa terbakar darah.. Macam nak tinggalkan jer hotel tu, balik bilik... nak study.. Nak dapat 4 rata, nak masuk UM.. Lepas tu acara perasmian... Acara perasmiannyer sangat menarik.. Dimulakan dgn video gimmick.. Ala-ala BSB punya This Is Us Tour.. Mula2 gambar 3 budak asasi, bersiap nak pegi Hotel Istana, nak sempurnakan acara perasmian, pastu sambungan video tu ialah 3 budak tu masuk ballroom dan bawak ape benda ntah.. Yaya x nampak..
Ni La videonya..
Selesai jer perasmian, Masa makan tiba.. Kitorang, sama macam batch asasi sebelum-sebelum ni, makan Chinese Cuisine.. Nyam nyam, sedap.. Ada 7 hidangan semunya.. Kenyang giler makan...
Semasa kami tgh makan, ada la persembahan.. Yaya x terkejut pun yang budak asasi ni ada banyak bakat.. Menyanyi, main gitar, bersajak, main piano... Tapi yang paling Yaya terkejut, ada yang pandai main biola... Memang tergamam seketika.. Biola beb... Ada gak persembahan video sempena Malam Emas.. video yang agak sedih bagi Yaya.. Seolah-olah menayangkan semula memori sebagai asasian... Tapi yang paling sedih, semua orang nyanyi sama2 lagu background video tu, Yaya jer yang x tahu lagu tu.. Huhuhu.. I need to listen to the radio...
Boleh pulak sesat gambar Yaya masa Bang Bang Boom dulu...
Majlis tamat pukul 11:45... Niat di hati nak amik gambar dgn Dr Ghapor, tp beliau dah balik dulu lak... Ish, x suka tau.. dah la beliau dah berpindah ke UPNM... Ish, benci... Tapi, Yaya dapat amik gambar dgn En Nasrul.. Hehehe.. Encik Nasrul masa lecture sangat comel... comel sangat.. Yaya x tau la, mungkin semakin Asasi ni menghampiri titik tamatnya, semakin comel aksi para pensyarah..
Masa nak balik, kami meredah hujan rintik-rintik untuk ke bas.. Sampai kat bas, berlaku lah conversation:
Yaya: Bas ni nak pegi mana?
Konduktor: Tadi datang naik bas mana?
Yaya: x Tahu...
Konduktor: Pegi balik sana, tanya naik bas mana
Yaya: Tapi, bukan ke naik je bas, kalau dah penuh, bas jalan?
Konduktor: X, pegi je sana balik..
Yaya: ... =(
Dahla nak ke tmpat bas tu jauh, kena lintas jalan, masa nak pegi balik ke hotel, Yaya dah x care dah, pasal kereta lain, janji Yaya lepas.. Ibarat macam bila Yaya jalan, ada aura yang menghalan kereta lain mampir.. Hehe terlebih tgk cerita lord of the ring ni.. Mana x nyaer, orang dah la penat, pastu suruh ke hulu ke hilir pulak... Nasib baik la, masa kat depan hotel, ada la seorang abang ni panggil, "student asasi ek?" Yaya angguk.. " Naik bas ni, penuhkan dulu... Nanti baru jalan.." kata beliau.. Mula-mula ragu2 gak, sebab masa datang td naik bas sekolah, tapi ni bas lain.. silap2 ke Thailand lak aku kang.. Tapi, bila dah naik, nampak Ariwibawa kat dalam tu.. Yeah, Kolej i am coming.. Lebih kurang pukul 11:55, kami sampai kolej.. Solat, biat tutorial sikit, Yaya masuk tido 2:30, dan bangun pagi esoknya, 7:35..Subuh gajah la jawabnya(kenapa subuh gajah namanya?)
|
Me in front of a mirror |
|
Me n Amalina |
|
Amalina |
|
Me in the mirror |
|
"Peace" |
|
Ice Sculpture |
|
Me Again |
|
Me n Azmina |
|
Amalina n The Backdrop |
|
Ice berpeluh... "P" untuk apa??? Peluh!!! |
|
Duduk Sopan2 |
|
Hehe, nak Bergaya dgn Gelas... Ketara lak ke-TARZAN-an baju... |
|
Me n Amal |
|
Me n Amal in the mirror |
|
Ni la hasilnya, bila lampu dibuka |
|
Meja kami |
|
Encik Nasrul yang Comel.. Harap2 aku boleh la pandai Organic Chem.. |
|
Kad Jemputan |
|
Kad Jemputan, No cabutan bertuah, 0513.. huh, x bertuah pun nombor tersebut.. |
Kenangan akan sentiasa ada dalam minda ni.. Bak kata Viggo Mortensen, "Kenangan yang terbaik adalah di sini
(tunjuk pada dahi) dan di sini
(tunjuk pada dada)"
Sekian..
Hidup Berani, Jadi Berani...