Friday, June 29, 2012

Zaman Kanak-kanak yang Hilang


Huh, dah lama betul tak update.. Okay, post kali ni sebenarnya dah lama dah bermain dalam fikiran, sejak awal tahun 2012 lagi... Masalah yang dihadapi yang mengekang idea ni daripada di jadikan sebuah post ialah tajuknya.. Tajuk yang bermain dalam fikiran Yaya ialah, "The Lost Childhood" Tapi yaya cintakan bahasa Melayu, jadi tajuk post ni ialah, "Zaman Kanak2 yang Hilang" =,=

Dulu masa kat PASUM, tutor bahasa Inggeris yaya pernah carita pasal zaman kanak2 beliau.. Beliau cakap, dulu masa beliau kecik2, beliau perlu ke klinik untuk mendapatkan suntikan apa enta.. Beliau betul2 tak suka ke klinik.. Tapi, ada satu benda yang membuatkan beliau dengan rela hati menaiki basikal bersama-sama bapa beliau untuk ke klinik, pemandangan ketika melalui jambatan.. Menurut beliau, pemandangannya sangat indah, air sungai yang jernih mengalir deras bawah jambatan tersebut... Namun apabila beliau kembali semula ke sungai tersebut hari ini, sungai tersebut telah tercemar... Hmm.. Sayang sekali.. Khazanah alam binasa... Yaya x sempat nak menikmati keindahan itu... :(

Masa kat PASUM gak, pensyarah statistik, Prof Sahar... Hehe beliau memang suka bercerita.. Memang la, kalau pensyarah2 x bercerita, pasti kami lena.. lebih2 lagi, lecture statistik pukul 8 pagi... Prof sahar pernah cakap, dulu masa beliau masih kana2 ada seorang pakcik ni.. Pak cik ni kerjanya membawa sampan untuk transport orang.. dari mana ke mana, tak tau lak.. Prof sahar ni selalu la lepak tepi sungai tu, borak dengan pakcik tersebut.. Pak cik tu belum berkahwin... Selalu la gak prof Sahar sarankan gadis2 yang lalu lalang kat situ pada pak cik tersebut.. Pak cik tu lak takde la nak melenting sebab prof Sahar menyibuk... Pak cik tu layan jer... Nampak tak bond yang terjalin kat sini..

Masa kat SMKSP dulu, cikgu Maimon selau cerita pasal sungai kat kampung beliau.. Sungai tu macam sungai dalam cerita Kampun Boy... Ada pokok tempat nak buat penerjunan gaya bebas... Timbul rasa cemburu dalam hati kecil ini... Mama yaya lak, main masak2 guna bahan yang betul, beras, garam, gula, semua ada...

Boleh kata setiap kali orang yang lebih tua bercerita, banyak benda best yang tak dapat yaya alami masa yaya kecik2 dulu... Kalau dulu, orang bercerita, Yaya cuma dengar jer, tapi sejak makin dewasa, cerita2 tu semua membuatkan yaya terfikir,
"Ke mana hilangnya pengalaman aku yang macam tu?"
atau 
"Kenapa aku xde pengalaman macam tu?"

Bila Yaya fikir balik, Yaya ada pengalaman2 indah jugak.. Walaupun tak segempak generasi sebelum ni, tapi, still gempak... Walaupun yaya xde la nak mandi sungai, buat terjunan bebas, bila balik kampung tapi, yaya penah pegi berkubang kat kebun mama yaya... :) Hehe tak cukup sekali, berkali-kali kami berkubang... Nak ke kebun yang terletak di belakang rumah tu, kena merentasi sungai yang cetek.. paras buku lali jer airnya.. (Sungai ke? Apa2 la) Itu dah dikira adventure lah tu.. Mama yaya dulu, masa yaya kecik2 selalu la gak bawak yaya adik-beradik pegi bukit belacan, mandi manda.. itu dah dikira sebagai aktiviti berdekatan dengan alam...
Masa tinggal kat Kelang Lama dulu, selalu main kat rumah jiran.. Main kejar2, main sorok2, pastu Yaya ingat lagi, masa tu nak main apa ntah, yaya dah lupa, tapi kita kena bongkok, letakkan jari di tanah dan berpusing beberapa kali, Atikah, jiran yaya masa tu, dia letakkan jarinya betul2 atas katak.. Hehe.. Melompat budak tu ketakutan.. Yaya pun takut gak...
Dah main lari2 tu, memang lumrah la kalau terjatuh.. Kalau dah jatuh tu, bangun sendiri la.. Luka2, tak payah cakap la... Hehe.. Yaya pernah buat aksi stunt masa kecik2 dulu.. Main basikal sambil tutup mata.. Masa tutup mata still atas jalan raya, pastu bila bukak mata dah ada dalam longkang.. Hahaha, dalam gila longkang tu.. dah la yaya masa tu still pendek.. lebih kurang 1 meter je tinggi yaya, dan longkang tu lak dalamnya, lebih kurang 2 meter.. Huhu, terkandas di situ bersama-sama cik basikal... Kalau main masak2 kat kampung, kitorang x berani nak mintak beras semua tu.. nanti didakwa membazir.. Apa yang kitorang buat, ialah, tunggu Mak lang bakar sampah, pastu, kitorang ambil tin susu yang dah dibuang dan masak air.. Tin susu tu kutip kat belakang rumah jer.. So dah sah2 la kotor, kitorang xde la minum air tu.. cuma enjoy tengok air tu boil jer.. Itu pun dah cukup.. :) (tu bukan main masak2, tu main api)

Sekarang ni, bila yaya tengok budak2 zaman sekarang, tak yah tengok jauh, adik2 yaya ni.. Mainan diorang Samsung Tab, Galaxy note, PSP, PSIII, Kalau masa zaman yaya dulu, beli game tetris jer... Tu pun dah cukup melekakan.. Bila petang, balik sekolah, adik2 yaya menghadap komputer, ntah apa yang dimainkan ntah.. Kalau Yaya dulu, dah janji dengan jiran, nak main badminton, buat konvoi naik basikal, main kat pokok rambutan yang amat besar di belakang rumah, main perang2 guna buah belimbing, main buaian..

Kesimpulannya, zaman dah berubah.. Zaman dulu2 kalau nak tinggi, yaya pergi kat pokok manggis kat kampung dan bergayut lama2.. Tapi adik2 yaya sekarang ni, "ibuuu.. nak calciyum..." Kalau dulu, nak makan cereal dengan susu, amik susu pekat manis, campur air panas, dan letak cereal... Sekarang, "Ibu, susu segar dah abis..." Hmmm... Nampak x perbezaannya... Yaya bukan nak merungut kat sini.. Percaya atau x, yaya tersenyum sambil menaip ni... Yaya hargai zaman kanak2 yaya.. Yaya dapat 1001 faedah dalam zaman kanak2..
Apa yang kita rasa masa kecik2 dulu, sukar untuk dirasai oleh budak2 zaman sekarang.. Jangan dibandingkan zaman kanak2 korang dengan budak2 yang lebih muda.. Memang budak2 tu akan kalah.. Cuba cari individu2 yang sebaya dengan korang, tapi korang x membesar bersama-sama.. Bandingkan zaman kanak2 tu.. Mesti sama..

Sekian.
Hidup Berani Jadi Berani

Monday, June 11, 2012

Menutup tirai PASUM 2011/2012

Assalamualaikum.. Dah lama benar blog ni x diupdate.. memandangkan sekarang ni tarikh akhir UPU dah lama tamat, so yaya dah tenang sikit.. Skarang ni boleh la nak munutup tirai PASUM 2011/2012. Tirai PASUM ni ditutup dengan tibanya result final sem 2 kat rumah..

Result PASUM dijanjikan keluar online pada 15 Mei, namun ditunda ke 16 Mei... Pada 16 Mei, result tersebut ditunda lagi ke 17 Mei.. Alhamdulillah, 17 Mei, kami berpeluang melihat result kami.. Hmm.. Alhamdulillah, result okay.. walaupun tak tau la gempak ke tak, tapi Yaya bersyukur sangat2 sebab dengan usaha tak berapa cukup yang yaya berikan, dapat gak result yang okay..

Sebenarnya masa result tu asyik ditunda, Yaya dah fed up. lebih baik tunggu abang posmen hantar slip result tu ke rumah je,,, Nasib baik yaya x setia menunggu, sebabnya, result tu baru sampai minggu lepas, masa yaya ada kat langkawi.. Nasib baik result online tu betul, same dengan slip keputusan yang sebenar.. Tak de lah punah hati ini... Harap je rumah dekat dgn UM.. lama gak baru dapat slip tu.. huh..

Yaya akui yang entry ni sangat out dated.. tapi nak buat camne.. UPU meragut keinginanku meng-update... Hmm.. skarang ni dah tinggal fasa tawakal, doakan yang terbaik.. Yaya dah xde hak nak mengubah pilihan, so boleh la tenang sikit.. Bulan 7 nanti risau balik huhuhu..

Kepada pelajar PASUM 2012/2013.. All the best.. jangan nak berseronok sangat, nak exam nanti badan yang merana. Hafal semuanya sejak dari sekarang, sebelum hafal faham dulu.. especially organic chemistry.. bio pun.. fizik, last minute boleh pulun lagi.. janji faham.. Math lak jangan tinggalkan tutorial, kadang2 soalan final sebijik dgn soalan tutorial.. Pegi tutorial, jangan x pegi.. penting tu, eratkan ukhuwah dgn budak tutorial masing2, sebabnya korang kat situ setahun jer.. tak lama.. jangan nanti menyesal x spend masa dgn sahabat2.. Good luck. Penghuni bilik c831 KK-12.. jaga bilik tu baik2.. kenangan suka duka semua ada kat situ.. contengan kat dinding sebelah katil tu bukan akak yang buat, tapi senior yang lama.. masa akak dapat bilik tu nota bio tu memang dah sedia terconteng kat dinding tu.. :)

Till then.
All the best juniors
Live brave be bold..