Hehehe, dah hari ke berapa raya dah, baru la nak wish kat sini.. Yaya nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam.. Moga-moga amalan kita pada bulan ramadhan yang lalu diterima Allah, dan kita akan dipertemukan dengan Ramadhan tahun akan datang..
Raya tahun ni spesel sikit.. Maklumlah, hari jadi yaya pada hari last puasa.. Berpenat lelah pada hari jadiku menyediakan juadah... Penat tapi seronok.. Pagi hari terakhir ramadhan tu, yaya bercadang nak tidur sampai tengah hari.. Tapi dikejutkan oleh sang kucing hitam bernama Black Widow... Dicakar dan digigitnya tangan yaya, mana tak terkejut.. terus terbantut keinginan nak tidur...
Tahun ni raya pertama kat kampung sebelah ibu.. kat Nyalas... Best sebab ada bunga api.. Cantik dan menyeramkan pada masa yang sama.. Nasib baik bunga api tu tak makan tuan... Alhamdulillah.. Banyak betul kucing kat kampung... Setelah dikira, statistik menunjukkan ada kira-kira 12 ekor kucing dari pelbagai umur.. ada yang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak, dan bayi... Penat jugaklah nak memikirkan nama... Seronok main dengan kucing.. Alhamdulillah lah episod bersin tak teruk sangat.. Kuncinya ialah membasuh tangan selepas interaksi..
Raya kali ni, ada banya kanak2.. Mama yaya anak bongsu, so yaya takde banyak saudara yang kanak2.. Ada pun yang sekitar umur yaya gak.. Raya kali ni, ada 4 anak buah.. Hehehe.. seronok main dengan diorang.. okay, yaya tak main dengan diorang, yaya tengok diorang main..
Raya sebelah papa lak seronok gak.. masak, tolong buat air, hidangkan makanan.. # rombongan datang ke rumah berturut-turut.. Penat giler... Sampaikan yaya TERtuang air oren ke dalam tempat simpanan air masak.. dah ter-oren dah air tu.. Maka, tetamu2 semua terpaksa meminum air oren jer la.. Hehehe.. Maafkan saya..
Oh ya, lupa nak bagi tahu.. Alhamdulillah, adik yaya puasa penuh tahun ni.. Nak mencapai puasa penuh tu, pelbagai dugaan dan rintangan dihadapi.. Yaya nak ambil kesempatan ini nak mengucapkan terima kasih kepada jiran2 yang bersabar dengan jeritan tangis adik yaya saban hari, ketika sahur dan berbuka...
Sekian..
Hidup Berani Jadi Berani