Thursday, September 20, 2012

Generasi Muda

Post kali ni sekadar menyuarakan kekecewaan yaya atas sikap generasi muda, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara..
Rasa kecewa betul bila memerhatikan generasi muda yang tak endah akan bahasa yang mereka pertuturkan.. Yaya tak kisah sangat kalau pasal penggunaan bahasa rojak.. Selagi boleh difahami dan maksud kata2 tu elok.. Yaya okay jer.. Tapi bila dengar atau lihat mereka menggunakan 'f word' rasa tersentak tangkai jantung yaya.. Macam mana mereka boleh menggunakan perkataan tersebut? Macam mana mereka boleh tergamak menujukan perkataan tersebut kpd sesorang?
Kadang2 yaya pelik.. Mereka sebenarnya faham atau tidak maksud perkataan2 yang mereka pertuturkan? Mereka tergamak menggunakan perkataan sedemikian dan kadang-kala disertakan dengan isyarat tangan sekali..
Yaya tahu.. Kadang2 bila amarah menguasai jiwa.. Sukar sekali nak mengawal segala tindak tanduk.. Sebab itulah, kita kena sentiasa berdamping dengan istighfar.. Kalau marah sangat ketika berdiri.. Duduklah.. Kalau duduk pun tak jalan, baring.. Kalau dah baring pun masih rasa perasaan marah di setiap inci tubuh, berwuduklah.. Basahkan lidah dengan istighfar.. Mula2 memang lah susah nak biasakan diri dengan istighfar.. Asyik cakap perkataan yang x berfaedah jer.. Contohnya 'damn'.. Cuba ubah sikit2.. Kalau dah tersasul tu cepat2 istighfar..
Yaya tertanya-tanya apa penyebab yang membuatkan mereka menggunakan perkataan2 tersebut.. Yaya tak rasa seorang melayu akan dibesarkan dengan penerapan nilai2 negatif.. Jadi yang tinggal hanyalah pengarub rakan sebaya dan pengaruh media.. Terlalu banyak menonton rancangan2 yang membawa pengarub negatif.. Kalau rasa diri tu tak mampu nak membezakan baik dan buruk sesuatu itu, tolonglah jauhi benda2 yang sedemikian.. Kadang2 media ni bertindak sebagai mesin brain wash yang akan membentuk peribadi diri.. Akan terbit di pemikiran si penonton.. 'kalau dia boleh buat kenapa aku tak boleh? Kalau dia boleh cakap, kenapa aku tak boleh cakap?' 'wah coolnya sebut perkataan.... '
Yaya bersyukur sangat2 yang yaya dibesarkan tanpa pengaruh2 negatif tu.. Kawan2 yaya semuanya tak menggunakan perkataan2 tu.. At least depan yaya diorang tak gunakan la.. Belakang yaya, yaya tak tau..
Tolonglah pulihkan bangsa kita daripada penyakit ni.. Sedib bila yaya tengok diorang.. Yaya dapat rasakan yang bangsa kita sedang runtuh sedikit demi sedikit.. Sejujurnya, yaya kasihankan diorang.. Terpaksa mendepani cabaran globalisasi yang mana maklumat tak mengenal batasan.. Baik maklumat yang positif mahupun yang negatif..

Sekian..
Bahasa menunjukkan bangsa
Hidup berani jadi berani..

Thursday, September 13, 2012

Should i?

I just scrolled down my blog.. I saw a past entitled... Minggu Haluansiswa Day 2... So.. I am thinking.. Should i do the same for my first degree mhs? I have all the notes that i jotted down during mhs.. So somehow i can manage to remember what had happened.. Hmm.. Considering... Considering... Considering.. Considering.. Conside....z...z...z...z...z..z.

Monday, September 10, 2012

Sepintas MHS Degree

Pada pendapat yaya.. Degree punya mhs waaaay awesome than pasum's mhs... Wlpn yaya x dapat kk12.. Yaya bersyukur yaya dapat kk3.. Atau nama panjangya kolej kediaman tuanku kurshiah.. Kalau x.. Yaya mesti rasa yang mhs degree ni same jer dgn mhs pasum.. Mula2 dpt kk3, rasa rindu sangat kat kk12.. Cemburu jer bila terserempak dgn bebudak kk12.. Tapi sekarang ni yaya boleh cakap yang i am proud to be kurshiahanss..
Mhs kali ni somehow lebib dahsyat daripada pasum.. Kalau masa pasum dulu, kitorang still bleh balik bilik.. Mhs kat kk3 ni jangan harap nak balik bilik... X dibenarkan.. Kalau dulu, lepas riadah pagi, ada jer yang pegi mandi dulu baru berkumpul.. Kali ni.. Lepas makan jer terus berkumpul balik.. Makan bukan makan sendirian.. Makan sama2.. Tapi xbleh bercakap.. Kunyah dan telan sepantas mungkin.. Kerja unit makanan ialah menjerit pd kitorang CEPAT! MAKAN! Bila org dah cakap mcm tu.. Kita yang nak cepat ni xde la nak habiskan makanan kitorang.. Tgk makanan kitorang yang masih bersisa, beliau akan menjerit.. HABISKAN MAKANAN! JANGAN MEMBAZIR!!! So nak tak nak.. Kena la abiskan.. Bukannya apa.. Dewan makan tu xbleh nak menampung kami 312 org sekali gus... So kena makan cepat2 sbb nanti budak yang kemudian tu terpaksa berlapar pulak..

Serius cakap yang kitorang cuma mandi pagi(bagi yang sempat) dan malam sebelum masuk tidur pukul 12:30..  2 hari yaya bangun lewat.. Tak mandi pagi.. Nasib baik la dah mandi bersih2 sebelum tidur... Salin baju jer.. Kami dpt 3 baju... Dan setiap hari, kami cuma memakai baju2 tersebut shj... Baju2 tu x bleh dibasuh sbb takut tak kering lak nanti.. Baju kolej warna oren.. Bila ramai2 pakai baju tu.. Rasa macam tgh masuk perbarisan rumah jebat.. Best... Yaya selalu nyanyi jebat hebat, jebat menyengat.. Sayangnya budak2 lain x faham... Ada gak baju hitam ngan baju kuning air.. Baju oren la yg paling cantik.. Ramai cakap mcm harimau malaya.. Harimau malaya bukan warna kuning hitam ker? Yaya rasa baju kami ni lebih kepada team Malaysia... Rasa mcm nak nyanyi lagu gemuruh suara lak..
Bayangkan.. Kami berlari ke dtc pada waktu pagi.. Kemudian, balik kolej pukul 11:50.. Mana nak cari peluang balik kolej... Kami lepak di gazebo perdanasiswa.. Mengeringkan peluh.. Pernah satu hari tu.. Sewaktu yaya pergi bersorak utk team basketball, hujan menyimbah bumi... Kami kebasahan dalam perjalanan balik ke gazebo.. Tgk2 bebudak 3rd tgh lepak kat depan canseleri.. So kami mengeringkan diri di situ... Bila hujan dah teduh sikit baru bergerak ke gazebo... Itu pun baju dah basah dah.. Pm cakap...
Pergi basuh kepala.. Keringkan baju sikit.. Lepas ni nak masuk dtc.. Nanti sejuk nanti.. Jangan demam tau.. Nak demam simpan dulu sampai habis mhs..
Alhamdulillah x demam...
Okay.. Yaya jujur yang yaya dah malas nak taip.. So kesimpulannyer..
Banyak giler benda berlaku.. Benda yang kalau kita ingati boleh menerbitkan senyuman di bibir.. Kalau yaya ada masa nanti yaya post lagi..tapi part by part la.. Doakan yaya ada masa nak tulis ek... Sori la xbnyak gambar.. Pm tak bagi keluarkan handphone.. Pm stand for pembantu mahasiswa.. Kalau pasum dulu pp, pembantu pelajar..

Sekian
Hidup berani jadi berani

Thursday, September 6, 2012

Fatigue

Day 5th of MHS.. I started to realise that the fatigue build up faster than in the first day..
This might be because of the body is not completely recovered from the fatigue of the day before..
Come on fatin... Don't lose to a thing such as fatigue.. Hang n there..