18 Januari ni spesel sikit sbb ia merupakan hari terakhir dalam semester pertama pengajian kami untuk sesi 2012/2013.. Walaupun exam dah abis 16 Januari lagi, 18 Jan ni la hari semester pertama melabuhkan tirainya sebab semua peperiksaan tamat pada hari tersebut.. Alhamdulillah, kami ajk tajaan dah abis exam sejak 16 jan lagi.. tu yang ada peluang nak buat SKMJ 2 yang x berapa nak membuahkan hasil tu...
Apa2 pun, 18 Januari ni, kami nak teruskan lagi aktiviti mencari sumbangan peribadi.. Kali ni kumpulan sasarannya ialah, UM Food Court Village.. Asalnya nak buat 17 Jan, lepas SKMJ, tapi hujan lak... Dalam pukul 4:30 petang, kami mengorak langkah dengan harapan setinggi gunung untuk mendapatkan sumbangan... Ada projek2 lain yang dah mintak kat Food Court.. Malam Anugerah Kurshiah
(MAK) contohnya, diorang dapat kumpul lebih kurang RM60.. Banyak gak tuh.. Kami cuma boleh berharap..
Trip kali ni, Syukeri xde coz dia gi hantar proposal kpd sykt kat Pantai Dalam naik kereta Zaim.. Maka, hanya ada kami bertiga.. gadis2 tajaan... Mula2 gi gerai no 3.. K3 nama kedainya... Alhamdulillah, respon baik.. ada la dapat... lebih banyak drpd apa yg kitorang dapat masa SKMJ 2.. Next, gerai sebelahnya.. Cuba mintak pd pekerja.. pastu, si pekerja cakap
cuba mintak kat bos..
sambil menunjuk kepada seorang lelaki yg sedang makan dgn kawannya di meja berhampiran... Kami pun approach bos tersebut.. Cakap elok2.. sopan-santun... Alhamdullillah, dapat lagi.. dgn kawan encik bos tu pun bagi sekali... Kawan dia tu seorang Datuk rupanya... Encik bos itu kemudiannya mencadangkan kepada kami..
Minta pada En Sani..
Rasa macam pernah dengar jer nama Sani ni.. ooo masa meeting kecil-kecilan dengan Fazri dulu, dia ada sebut approach En Sani... Beliau yang handle food court tu... Nak gi serang En Sani tu takleh lak sebab beliau tgh ditemu ramah.. siap dgn kamera bagai... maka kami pun gi serang kedai2 lain dulu... Jangan risau ek En Sani, we have our eyes on you already..
Alhamdulillah, kat kedai2 lain pun dapat feedback yang positif... Dah abis semua kedai kami serang, kami tunggu en Sani tu selesai berinteraksi dengan kamera.. Sementara menunggu, kami duduk di meja berdekatan, merancang modus operandi kami... Sedang sibuk berbincang, Syukeri muncul, bersama-sama dgn budak tajaan MAK.. Kami dengan excitednya menceritakan hasil yang berjaya kami kumpul... Syukeri pun turut excited sekali... Kemudian, kami bgtau syuk pasal en Sani.. Pastu syuk dgn bersemangatnya, pegi approach en Sani... Alhamdulillah, dapat lagi sumbangan daripada beliau... Pasal kedai kat Pantai Dalam tu, dia cakap nanti dia go through proposal dan dia akan decide sumbangan macam mana yang sesuai untuk projek ini... Harap2 dia bagi hamper sebab kami kekurangan hamper...
Di kesempatan ini, yaya nak mengucapkan terima kasih kepada pekerja2 kat food court tu sbb sudi menunjukkan kpd kami bos2 diorang... Sekalung penghargaan kpd bos2 sekalian sebab sudi bagi sumbangan, terima kasih gak sebab sudi berada di Food Court tu masa kami tgh beroperasi.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk terus menyokong industri makanan di Food Court.. Sebabnya, sem 2 ni kolej dah tak sediakan perkhidmatan Dewan Makan
(DM)... Special thanks buat bos kedai Air... Saya sangat tak sangka yang awak sudi bagi sumbangan sebanyak itu... Arigatou gozaimasu... Kepada semua, saya harap anda terus membeli makanan kat Food Court support diorang yang dah support kami ni...
Selesai jer operasi kat Food Court, kami ke pokok tanjung.. Nak dapatkan nasihat Fazri berkenaan dgn meeting malam nanti... Maklumla, x banyak perkembangan.. Tgh sibuk discuss, tetiba, En Faiz datang... Datang2 jer beliau cakap,
Tolong jaga mood saya sampai malam ni okay..
Okay, fine.. Harap2 mood En Faiz baik sampai malam karang.... Tetiba, Fazri pegi bagi tau pasal berita gembira dari food court.. Cis, baru ingat nak suprise-kan en Faiz malam ni.. tu je la berita gembira kami.... pastu en Faiz cakap,
Takpe, meeting bukannya present pada saya sahaja, tapi pada ajk2 lain sekali..
okay.... Dia gak cakap,
Saya aim projek korang ni jadi projek terbaik MAK... Projek yang boleh challenge korang buat masa ni, millenia hike... tapi diorang ada banyak defisit... Jadi, tajaan, kena buat betul2.... Kita sekarang ni dah okay dah, duit jer...
Masa tu baru yaya tau yang tinggi harapan en Faiz kat kitorang.. Berat gak tanggungjawab kitorang ni... Sedang yaya tenggelam dalam pemikiran mengenai cara nak jana duit, en Faiz dan Fazri cerita pasal masa kem pm2 dulu, pm2 tgk cerita hantu ramai2.. Masa tu yaya dah takut dah.. jangan la masa perkampungan nanti nak tgk cerita hantu secara berjemaah lak.. harap2 tak.. Tak lama lepas tu, en Faiz cakap,
Malam ni, saya nak main musang!
Ah.... apa ke benda lak musang tu.. nak tak nak kena bersiap sedia mental dan fizikal... 6:30 petang, bebudak tajaan kembali ke bilik masing2... Sebelum tu, kami singgah ke bilik Aiman bendahari OSTU.. serahkan duit yang berjumlah rm300 lebih... 6:30 hingga 8:30... persiapan diri dan menenangkan fikiran untuk menghadapi meeting... Yaya menenangkan diri dengan cara menonton anime Cardcaptor Sakura.. bila tiba time meeting, baru yaya menyesal tak tidur sekejap.. mengantuk giler...
Pukul 9 malam.... moment of truth... Pembentang unit tajaan, Zana... Alhamdulillah, tak kena serang dengan en Faiz.. Masa turn unit teknikal, kami tgk video sedih yang x berapa nak sedih.. nampaknya, unit teknikal kena edit sikit video tu.. Dalam meeting ni gak kitorang diberitahu mengenai unit2 baru kami.. Unit tajaan terpaksa dibubarkan sebab masa program berlangsung, kami xyah cari tajaan... Unit baru yang yaya join ialah unit sukan.. jeng jeng jeeeeennng... Yep,unit sukan.. Menurut Fazri, dia cakap syuk yang nak sangat, so dia masukkan kebanyakan budak tajaan dlm unit sukan dan tarian, iaitu, yaya, zu n syuk.. Bila tanya syuk, dia cakap yang dia ingat semua orang wajib jadi unit sukan dan tarian... Hmm takpe la.. Yaya maafkan dia... selain kami, ada razi dari unit teknikal dan Shazeaa atau lebih dikenali sbg Aa dr unit protokol dan program... Zana x jadi unit sukan dan tarian, dia jadi fasilitator kumpulan sahaja... Yaya pun jadi fasilitator kumpulan gak.. untuk kumpulan 6.. tag team dgn Zaim dari unit hubungan luar... Selesai meeting, kitorang main musang...
Musang ni game di mana, semua pemain akan tidur
(macam tidur dalam kelas...) di keliling meja, dan moderator akan mencucuk beberapa orang pemain dengan pen... Pemain2 yang dicucuk tu merupakan musang2 dalam kalangan kambing2... Setiap pusingan, akan bermula dgn moderator yang berkata,
Semua tidur,
Semua pemain tidur.... Kemudian, moderator berkata lagi..
Musang bangun...
Musang bangun dari tidur dan membunuh seekor kambing dengan cara menunjuk kambing yang menjadi pilihan hati... Kemudian moderator akan menyuruh musang tidur... Semua ini berlaku dalam keadaan duduk mengelilingi meja, tanpa bersuara... Hanya moderator sahaja yang boleh bergerak bebas dan bersuara... Kemudian, lepas musang dah tidur, moderator berkata,
Semua bangun...
Semua bangun... terpisat-pisat.. Kemudian moderator mengumumkan siapa yang telah dibunuh... contohnya, kalau yaya yang dibunuh, moderator akan cakap,
Fatin, anda telah dibunuh oleh musang...
Di saat itu, yaya dah terkeluar dari permainan.... Pemain yg terdiri dari musang dan kambing akan saling menuduh untuk menentukan siapa sebenarnya si musang... 3 nama akan dipilih sbg calon yang tertuduh sbg musang dan undian akan dilakukan bagi menentukan siapa yang harus dibunuh.. Calon dengan undian tertinggi akan dibunuh
(dikeluarkan dari permainan)... Sebelum undian dilakukan, defendan akan mengemukakan hujah2 bagi membela diri mereka... Kalau org yg diundi sbg musang tu betul2 musang, moderator akan cakap
(contohnya Yaya ek..)
Fatin, awak dibunuh sebagai musang.
Namun begitu, kalau yang diundi bukan musang, moderator akan berkata,
Fatin, awak dibunuh sebagai kambing...
Maka, bermula la permainan musang kami... Masa tgh sesi pemilihan musang tu, jantung yaya berdegup kencang... Macam dapat rasa yang yaya yang akan dipilih sbg musang.. tetiba, ada orang cucuk yaya.. Cis, aku si musang... Yaya tak ingat siapa lagi yang jadi musang selain Yaya.. kalau x silap zaim... Ada lagi yang lain.. tapi yaya tak ingat... Yaya gak tak ingat siapa yang kitorang bunuh... Namun beitu, masa sesi tuduh-menuduh tu, memang horror... Seram jer... takut org tau yang kita ni musang... Yaya memang pendiam.. so yaya keep quiet.. hehe... Satu demi satu teman seperjuangan si musang ni gugur.. Akhirnya, yaya jadi
"the last fox standing... breathing..." Yaya terus membunuh satu demi satu
(ayat sadis..).. Alhamdulillah la sbb teman2 dr unit tajaan x syak yaya.. hehe... Namun begitu, sepanjang kerjaya yaya sbg musang, yaya dituduh 2 kali, dan kali kedua tu, yaya tewas kpd si kambing.... Masa moderator
(Afdhal) nak umumkan yang yaya dibunuh, Pa'an yang duduk depan yaya cakap...
Kesian Fatin...
Tersengih yaya.. sebab lepas je pa'an cakap camtu, Afdhal cakap,
Fatin, anda dibunuh sbg musang...
hehe
Malam tu, kami main 3 game.. pukul 1 baru balik bilik... Memang best tuduh orang, game yang last, Musang berjaya membunuh smua kambing... Musang yang hebat tu ialah, Fazri... Fazri bunuh yaya.... Yaya x dibunuh sebab dituduh, tapi yaya dibunuh oleh si musang itu sendiri... Mungkin sebab yaya ada buat statement yg mengatakan Fazri ialah musang.. Maklumla, student
Lightman cerita
Lie To Me, nampak jer perubahan tingkah laku orang... Fazri kejam.. bunuh semua orang, even rakan semusang dengan dia pun dia terpaksa khianati.. Kesian kak Iffa... Kak iffa lak, janji dengan Pa'an yang kalau dia musang, dia akan belanja Neslo... Semuanya sebab time tu dia bakal diundi sbg musang oleh kami.. nak dapatkan kepercayaan, tu je la caranya.. Tup tup, kak iffa ialah musang... Memang dalam game last ni banyak la kejadian salah bunuh... Ish ish ish.. Tak patut...
Lepas jer abis game tu kami balik bilik. Kak Iffa dgn Pa'an pegi settlekan hal Neslo mereka... Kat luar bilik BKP, jumpa Afdhal, dia cakap,
Jangan sedih2... Tak best la sedih2...
Haa?? Fatin sedih ke?? Org ngantuk ada la... Mungkin dia ingat yaya yg mengantuk ialah yaya yang xde mood kot.. haha takpe la... Yaya cuma balas kat dia,
Mana ada sedih, orang mengantuk ada la...
Yaya balik bilik dan pack barang nak balik rumah esok.. Ingatkan sambil2 pack barang nak download anime... tgk2 internet xde.. Chett!!!
Sekian,
Hidup berani, jadi Berani
Next: Cuti semesterku...