Berikrar dan berjanji,
Mendidik dan membimbing,
Putra putri negara kita..
Dah ek.. korang sambung yang selebihnya.. Hmm.. dah lama x dengar orang nyanyi lagu tu.. Maklum la, dah lama x join sambutan hari guru...
Di kesempatan ini, saya ingin meluahkan penghargaan buat insan2 yang bergelar guru.. Jasamu, hanya Allah yang dapat balas..
Kepada ibuku, yang turut bergelar guru, Selamat hari guru aku ucapkan. Semoga terus sukses dalam kehidupan seharian.
Kat sini, yaya nak kongsikan antara denda yang Yaya pernah kena masa sekolah dulu.. Ketuk ketampi, jalan itik, lari keliling padang sekolah, nyanyi lagu Negaraku kat padang petangue, cubit, berdiri atas kerusi, pukul tapak tangan dengan pembaris, berdiri atas meja, dan banyak lagi.. Apa2 pun, yang paling nostalgia bagi yaya buat masa ni, kena rotan dengan pembaris oleh Cikgu Zaimy masa darjah 4.. Nostalgia sangat sebab cikgu Zaimy tu cikgu math dan yaya kena denda sebab yaya x siapkan kerja math.. hehe.. Walaupun masa kecik2 dulu x siapkan kerja math, hari ni, yaya ada kat Universiti Malaya, atau lebih spesifik lagi, Institut Sains Matematik Universiti Malaya.. Namun begitu, perangai masa kecik2 tetap ada lagi, itu yang kadang2 tak siapkan tutorial.. tehehehe..
Di sebabkan post ni dah semakin melalut, yaya nak kembali ke jalan yang sepatutnya..
Terima kasih buat guru2ku.. Cikgu2 tadika yang sanggup melayan kerenah yaya yang menangis setiap pagi masa nak gi sekalah.. Pagi2, masa tadika, yaya selalu nangis meraung-raung kat depan pintu tadika..
Nak cikgu Mastura!Hehehe,, macam budak2.. thanks jugak kepada cikgu2 tadika yang ajar buat kraf tangan menarik, Cikgu Math, cikgu Asiah yang ajar mengenal nombor cikgu2 yang ajar membaca, mengaji, mengira, menulis, mewarna, dan banyak lagi....
Nak cikgu Mastura!
Nak cikgu Mastura!
Begitu juga dengan guru2ku di sekolah rendah.. Sabar jer melayan kami yang bising masa perhimpunan, kerja x siap, markah sains masa darjah 6 teruk..
Guru2 di sekolah menengah pula, cabaran lebih besar.. Maklum la, rebung dah nak jadi buluh, memang susah sikit nak lenturkannya.. kena panaskan dulu, baru boleh dilentur..
Kat PASUM, walaupun tenaga2 pengajarnya x bergelar guru, tapi tugas tu still macam guru gak.. Thank you very much for giving me the opportunity to explore the beauty and fall madly in love with science, Mathematics especially...
In UM, ISM especially.... It's been a great pleasure knowing all the lecturers and tutors.. the awesome moments when the students asked the lecturers question in Malay and they answered in English.. seems like language is not a barrier here.. Thank you for the awesome learning process, learning enviroment, and the attention that you guys have spent for us.
Jutaan terima kasih atas segala pengorbanan dan jasa anda semua. Tanpa anda, saya tidak akan bergelar mahasiswa. Tanpa didikan dari anda, saya takkan berada di sini, dan tanpa anda, hidup saya sebagai Fatin Nur Nadia adalah tidak lengkap. Terima kasih atas segala-galanya..
Lastly, to my first teachers since the day i born.. My parents... Thank you very much for all the lessons learned through informal education and formal education.. Masa sekolah dulu, mama yaya ajarkan yaya BM kat rumah.. Ayah yaya lak ajarkan math.. Maklumla, mama yaya memang cikgu BM pun, ayah yaya lak dapat 1 untuk exam math masa dulu...
Yaya nak memohon maaf atas segala kesilapan yaya sepanjang bergelar student.. tak siapkan kerja, menjeling-jeling masa test, tak hafal sifir, tak bawak buku, tak bertugas kemas kelas, tak bawak baju sukan, dan banyak lagi.. Kalau nak taip semua memang panjang.. Maafkan Yaya ek.. Gomennasai!!
Having each and everyone of my teachers and former teachers as my teachers, I am so grateful.. Hontouni yokatta.... Arigatou gozaimasu minna-san.. Yoroshiku onegaishimasu!!
Till then,
Live brave be bold..