Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah dua hari dah Yaya dan keluarga bersolat terawih di Masjid Ar-Rahah, belakang SMK Sri Pantai. Sebelum-sebelum ni, kitorang berterawih kat Balai Islam TNB. Tetiba nak tukar selera hehe..
Sepanjang dua hari tu jugak la, bacaan imam yang mengimamkan solat terawih itu mengingatkan Yaya kepada Ustaz Khairulanuar.. Guru Pendidikan Islam Yaya dari yaya tingkatan 2 sampai la ke tingkatan 5, merangkap guru kelas Yaya masa tingkatan 5 Suci. Mana taknya, ayat yang imam-imam tu baca ialah ayat kefahaman yang ustaz Khairul ajar masa subjek Pendidikan Islam. Itu bukti yang Yaya fokus masa kelas.
Antara faedah korang fokus dalam kelas ialah, ingatan itu akan kekal lama. Bila ada sesuatu yang trigger memori tu, masa tu jugak korang akan ingat memori-memori lama. Dalam kes Yaya, bacaan imam tu mengingatkan Yaya kepada topik yang Ustaz Khairul ajar dan sekai gus trigger memori berkenaan dengan makna ayat tersebut. :)
Sekian
Hidup Berani Jadi Berani..
Walking in the path of my life. Lift the head upright as there are no hopes down there.
Wednesday, July 17, 2013
Tuesday, July 16, 2013
Kitaran
"Maka, kitarannya pun bermula"
Ayat ni dah lama berlegar-legar dalam minda Yaya. Sejak sebelum final exam sem 2 lagi.
Sebenarnya, kitaran yang yaya maksudkan ialah kitaran kehidupan. Macam mana sesuatu atau seseorang itu melihat sesuatu itu berlaku berulang kali, cuma subjek yang melakukan aktiviti itu sahaja yang berbeza. Sebagai contohnya, kita ambil cikgu-cikgu kat sekolah yang saban tahun menyaksikan kemasukan murid-murid baru kat sekolah. Prosesnya tetap sama, cuma murid-muridnya yang berubah.
Masa zaman asasi dan sebelumnya dulu, Yaya tak berapa nak cakna pasal kitaran ni, tapi sekarang ni, kitaran tu makin jelas. terutamanya bila masuk semester 2 kat UM. Mana taknya, Yaya bakal bergelar senior di UM, tambah-tambah lagi, Alhamdulillah, yaya dapat stay kolej. Tu yang berlakunya proses pembukaan mata. Yaya lihat macam mana pihak pengurusan kolej bersedia untuk mengambil pelajar-pelajar baru. Dari persediaan penginapan sampai la ke pelantikan Pemudahcara Mahasiswa (PM). Yaya juga bakal melihat bagaimana kerenah pelajar tahun pertama. Bukan itu sahaja, ada la kawan-kawan sebaya yaya yang berjuang melalui jalan STPM dapat offer masuk universiti. Walaupun kitorang sebaya, nanti, kalau jumpa kat UM, yaya dah jadi senior diorang. Tak kurang juga junior-junior yang dapat sambung degree. Hmm.. sedikit sebanyak rasa diri ni dah tu sikit memandangkan yaya ni bakal bergelar senior second year.
Rasanya, kesedaran yaya terhadap kitaran ni berpunca daripada usia yang makin meningkat dan sekali gus menandakan pengalaman yang makin bertambah dan perspektif yang makin luas.
Kalau dulu, yaya cuma budak tadika yang menangis setiap kali nak pergi tadika. Masa berlalu, yaya jadi budak sekolah rendah yang tak berapa nak menonjol. Cuma masa darjah 6 baru nak shining sikit. Kemudian, masa terus berlalu, dan yaya melangkah ke alam sekolah menengah, di mana, kalau masa darjah 6 dulu rasa kita lah yang paling tua kat sekolah tu, tapi di sekolah menengah ni, masa form 1, kita la yang paling muda. Senior-senior yang ramai sangat. Belajar benda-benda baru, petangue, marble-pult, kawad kaki, buat roket air, buat bom hidrogen, dan macam-macam lagi. Mula mengenal erti tanggungjawab dan bonding antara sahabat dan guru. Yaya langsung tak perasan pasal kewujudan kitaran tu masa zaman ni. Yaya sekadar living my life. Mungkin sebab masa ni yaya masih 'hijau' lagi. Sekarang ni, bila pergi balik ke sekolah, nostalgia lama menggamit kalbu. Melihatkan pelajar-pelajar lepak di perhentian bas seleas waktu sekalah, duduk di bangku sekolah menunggu ibu bapa, guru-guru berjalan laju menuju ke kelas, sukatan pelajarn yang masih tak berubah. terlintas di hati kecil ini, "dulu, aku macam ni..."
Sekarang, yaya bakal menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke UM. Bukan sebagai Pemudahcara Mahasiswa, tapi sekadar seorang senior second year.
Sekian,
Hidup Berani Jadi Berani..
"So, let the cycle begins..."

Friday, July 12, 2013
Kudedikasikan Buat A.R. Probe
Mungkin ada yang tak tahu yang nama penuh Probe dalam cerita Boboiboy ialah A.R Probe.. Dalam Boboiboy musim ke-2, Probe dah dimusnahkan oleh Ajojo.. Dah lama dah sebenarnya Probe ni dimusnahkan oleh Ajojo, namun semalam, 21 Julai 2013, akhirnya yaya berkesempatan nak buat sesuatu in memory of Probe...
Semuanya bermula dengan pagi 2 Ramadhan 1434H.. Selepas bersahur, adik yaya, Firdaus, sengaja memprovok kesedihan di hati ini dengan menunjukkan klip video kemusnahan Probe.. Kesedihan terus menggamit jiwa ini (overrr jer..)... Tatkala itu, kreativiti menguasai diri. Idea nak buat replika Probe dengan menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah mencurah-curah.. Selesai jer solat subuh, jam 0630, yaya memeulakan misi..
Mula-mula sekali, yaya lakarkan gambar Probe dalam buku sketch Yaya.. Lepas tu, yaya pecahkan badan Probe ke bentuk cakera (disk) supaya Yaya dapat bentukkan badan Probe ke bentuk 3D...
Selesai proses lakaran, yaya teruskan dengan proses memotong kadbod daripada kotak kepada bentuk-bentuk yang yaya perlukan untuk membina Probe (Probe mini). Memang mecabar la proses nak potong bentuk-bentuk ni. Bukannya apa, gunting yang Yaya gunakan agak kecil, jadi menyukarkan proses mengguntung kadbod yang tebal dan keras. Cabaran yang lebih besar lagi, bila yaya nak lukiskan bentuk yang yaya nak atas kadbod sebelum yaya menggunting bentuk-bentuk tu.. Tak sia-sia belajar lukis guna jangka lukis (compasses). Senang sikit nak lukis bulatan, sudut 60 darjah, 90 darjah, lukis bisection, dan banyak lagi.. Tak sia-sia fokus kat kelas Miss Chan masa form 3 dulu..
Seterusnya, ke fasa pembinaan.. Yaya tebuk lubang kat pusat (center) disks yang akan membentuk badan probe. Tebuk jer dengan compasses sampai tembus. Lepas tu, guna lidi penyapu sebagai 'tulang belakang' replika tu. Maka terhasillah badan probe.. Yaya siap bina badan Probe dalam pukul 8:30 pagi.. Lepas tu yaya tidur.. Maklumla, 'burung hantu' kan tak tidur malam.. waktu pagi jer la kitorang boleh tidur...
Walaupun yaya tidur, neuron-neuron dalam kepala ni ligat buat tindak balas kimia bagi mencetuskan idea macam mana nak bina tangan-tangan Probe. Pukul 11 pagi, Yaya bangun, yaya mula consturct tangan-tangan probe dalam imaginasi.
Waktu malam baru la Yaya berkesempatan nak sambung misi membina Probe ni.. Malam tu Yaya tak pergi solat Terwih di surau, solat kat rumah jer sebab mama yaya selesema... Lepas Isyak, yaya sambung projek Probe..
Pembinaan tangan Probe tak se-smooth yang yaya imaginasikan. Maklumla, imaginasi tak dipengaruhi fizik. Realiti, kita kena ambil kira fizik. Hasilnya, tangan-tangan Probe agak comot.. Sesi pembinaan waktu malam ni lebih messy berbanding waktu pagi. sebabnya, kali ni yaya terpaksa bermain dengan gam sebab nak balut disk-disk badan Probe dengan warna-warna yang sepatutnya. Yaya tak dapat nak cari kertas warna yang sama warna dengan warna ungu gelap pada badan probe. Penyelesaiannya, yaya warnakan kertas A4 dengan warna yang yaya nak. Sabrina tolong warnakan sebab dia malas nak gi study, jadi dia sengaja offer pertolongan supaya dia tak di suruh gi study untuk UPSR.
Pukul 1 pagi, akhirnya selesai. Maka sesi fotografi bersama A.R Probe..
Anyway, constructing Probe was challenging but fun. Seharian Yaya tak bukak laptop sebab menghadap Probe ni. Firdaus siap nak buat dia punya sendiri, tapi dia tak reti nak buat dan Yaya dah tak nak buat dah replika ni sekali lagi, sebab... sebab... sebab... Malas rasanya.. Sabrina pulak, suruh Yaya hantarkan replika ni ke Animonsta studio. Tak rela Yaya, penat buat, pastu bagi kat orang. sia-sia jer..
Hidup berani, jadi berani,
Harap-harap Adudu bina semula Probe dalam musim ke-3 nanti..
Akan kurinduimu Probe..
Sekian..
Semuanya bermula dengan pagi 2 Ramadhan 1434H.. Selepas bersahur, adik yaya, Firdaus, sengaja memprovok kesedihan di hati ini dengan menunjukkan klip video kemusnahan Probe.. Kesedihan terus menggamit jiwa ini (overrr jer..)... Tatkala itu, kreativiti menguasai diri. Idea nak buat replika Probe dengan menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah mencurah-curah.. Selesai jer solat subuh, jam 0630, yaya memeulakan misi..
Mula-mula sekali, yaya lakarkan gambar Probe dalam buku sketch Yaya.. Lepas tu, yaya pecahkan badan Probe ke bentuk cakera (disk) supaya Yaya dapat bentukkan badan Probe ke bentuk 3D...
Selesai proses lakaran, yaya teruskan dengan proses memotong kadbod daripada kotak kepada bentuk-bentuk yang yaya perlukan untuk membina Probe (Probe mini). Memang mecabar la proses nak potong bentuk-bentuk ni. Bukannya apa, gunting yang Yaya gunakan agak kecil, jadi menyukarkan proses mengguntung kadbod yang tebal dan keras. Cabaran yang lebih besar lagi, bila yaya nak lukiskan bentuk yang yaya nak atas kadbod sebelum yaya menggunting bentuk-bentuk tu.. Tak sia-sia belajar lukis guna jangka lukis (compasses). Senang sikit nak lukis bulatan, sudut 60 darjah, 90 darjah, lukis bisection, dan banyak lagi.. Tak sia-sia fokus kat kelas Miss Chan masa form 3 dulu..
Seterusnya, ke fasa pembinaan.. Yaya tebuk lubang kat pusat (center) disks yang akan membentuk badan probe. Tebuk jer dengan compasses sampai tembus. Lepas tu, guna lidi penyapu sebagai 'tulang belakang' replika tu. Maka terhasillah badan probe.. Yaya siap bina badan Probe dalam pukul 8:30 pagi.. Lepas tu yaya tidur.. Maklumla, 'burung hantu' kan tak tidur malam.. waktu pagi jer la kitorang boleh tidur...
Walaupun yaya tidur, neuron-neuron dalam kepala ni ligat buat tindak balas kimia bagi mencetuskan idea macam mana nak bina tangan-tangan Probe. Pukul 11 pagi, Yaya bangun, yaya mula consturct tangan-tangan probe dalam imaginasi.
Waktu malam baru la Yaya berkesempatan nak sambung misi membina Probe ni.. Malam tu Yaya tak pergi solat Terwih di surau, solat kat rumah jer sebab mama yaya selesema... Lepas Isyak, yaya sambung projek Probe..
Pembinaan tangan Probe tak se-smooth yang yaya imaginasikan. Maklumla, imaginasi tak dipengaruhi fizik. Realiti, kita kena ambil kira fizik. Hasilnya, tangan-tangan Probe agak comot.. Sesi pembinaan waktu malam ni lebih messy berbanding waktu pagi. sebabnya, kali ni yaya terpaksa bermain dengan gam sebab nak balut disk-disk badan Probe dengan warna-warna yang sepatutnya. Yaya tak dapat nak cari kertas warna yang sama warna dengan warna ungu gelap pada badan probe. Penyelesaiannya, yaya warnakan kertas A4 dengan warna yang yaya nak. Sabrina tolong warnakan sebab dia malas nak gi study, jadi dia sengaja offer pertolongan supaya dia tak di suruh gi study untuk UPSR.
Pukul 1 pagi, akhirnya selesai. Maka sesi fotografi bersama A.R Probe..
A.R Probe |
Tengok warna ungu gelap tu pelik sikit. Sebabnya itu ialah kertas A4 putih yang diwarnakan.. :) |
This is quite creepy |
Hidup berani, jadi berani,
Harap-harap Adudu bina semula Probe dalam musim ke-3 nanti..
Akan kurinduimu Probe..
Sekian..
Wednesday, July 10, 2013
1 Ramadhan 1434H ~Drama hari pertama puasa~
Aku bermimpi pelik dan aneh..
Orang Portugis dan orang Perancis berada di Melaka. Aku dan beberapa orang lain yang datang dari Kuala Lumpur menjadi jurubahasa.. Orang-orang tempatan menjadi orang bawahan kuasa penjajah itu. Di saat itu, aku di pihak Perancis. Namun aku tidak lagi mahu terlibat dalam konflik itu.. Maka aku dan kawan-kawanku berusaha untuk melarikan diri kembali ke Kuala Lumpur.. Dengan menaiki LRT... Dari mana datangnya LRT tu, aku pun tak tahu.. Dalam usaha kami meloloskan diri, menyelinap di sebalik semak-samun, jerami padi, dan sebagainya, suatu suara menyergahku..
"Nadia!!! Bangun!!!"
Mataku terbuntang luas. Hati kecilku agak kecewa memikirkan sambungan mimpi itu. aku cuba menyambung kembali tidurku, namun suara itu menyergahku kembali..
Aku bangun lantas menuju ke dapur. Ibuku belum siap memasak lagi.. Tgh potong sayur. Maka aku pun membantu ibuku memasak... Sambil memasak, aku melihat ke luar rumah.. Kucing-kucing di belakang rumah kelihatan agak aktif. Aku menatap mata salah seekor kucing. Sepasang mata itu kelihatan agak terkejut. Neuron-neuron di otakku pantas menghasilkan suatu drama sebabak yang dibintangi sang kucing.
Babak 1
Kucing 1: Mata terbuntang luas, telinga bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Kenapa pulak dengan manusia-manusia ini? Awal pulak diorang bangun hari ni..
Kucing 2: Aku tak kisah, yang penting aku dapat makanan aku..
Kucing 1: Semua rumah menyala lampunya. Harap-harap diorang bagi la makanan kat aku.
*tamat*1 R
Aku berkata kepada ibuku,
"Ibu, kucing-kucing semua terkejut tengok semua rumah bangun awal"
"Awak tak tahu, tadi dia dah cakap kat ibu dah.. "ooo bulan puasa ek..." balas ibuku, bergurau..
Aku terkelu sejenak..
Drama tambahan bermain di mindaku.
Babak 0.5
Kucing 3: Memandang ibuku dengan pandangan yang sinis. Bulan puasa ke? tersenyum sinis.
*tamat*
Titik penting di sini ialah, Ramadhan telah tiba. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan kita semuanya diterima Allah..
~Tamat~
Hidup Berani, Jadi Berani
Sekian.

Subscribe to:
Posts (Atom)