"The girl with purple scarf!!! Why are you sleeping?"Mengenangkan kemungkinan perkara tersebut berlaku, Fatin dengan pantas mengangkat kepalanya dan dia mula mengisi masa dengan memerhatikan orang sekeliling.. Kemudian dia ternampak Dr Siva yang mula meronda.. Maka dia menjaga tingkah lakunya.. tak lama selepas itu, dr Siva datang kepadanya untk melihat programnya... Kali ini, Fatin tidak lagi merengek, dia memberikan progamnya kepada Dr Siva.. Dia berasa bimbang kalau-kalau codingnya salah.. Alhamdulillah, tiada kesalahan berat dalam codingnya..
Fatin berasa lega apabila Dr Sive berlalu pergi.. Dia mula mengganggu Huda lagi.. Namun melihatkan huda yang sedang berusaha untuk menghasilkan coding sendiri, Fatin berhenti mengganggu huda... Dia mengambil pensel ungunya dan mula melukis pusaran di sebelah codingnya.. setelah siap pusaran, dia melukis berudu di beberapa tempat di atas pusaran tersebut.. Niatnya adalah untuk melukis Mangekyou Sharingan yang sangat besar... Sedang dia sibuk melukis, Dr Siva sekali lagi menghampirinya untuk sekali lagi memeriksa coding tersebut.. Fatin tergamam!! lantas berkata
"Wait!!"sambil tangan menghalang Dr Siva daripada mengambil kertasnya.. Dr Siva terkejut melihat reaksi Fatin dan dia terlihat Mangekyou yang Fatin lukis.. dan dia speechless.. hanya "oh.." yang mampu keluar dari mulut beliau.. Sekali lagi Fatin berasa amat malu dalam kelas SP...
Hazukashiiii!!!
Hidup Berani Jadi Berani!!