Ja harou!! Yaya-desu!!
Okay, kisah ni berlaku Isnin yang lalu, masa kelas Ring Theory.
Kali kedua kitorang berdepan dengan proof yang agak panjang. Sangat panjang sampaikan yaya dah lupa apa yang kitorang nak proof dan bila yaya ingat proof tu dah abis, prof angelina cakap "but this is not the end yet" ataupun "but we are not done yet"
Nak dijadikan cerita, first time benda ni berlaku, zulaikha melepaskan keluhan yang berat.. yaya toleh pada dia dan kitorang sama2 tergelak. Masing2 faham apa yang terbuku dalam hati masing2..
Kali ni, bila prof angelina sebut je ayat yg di atas tu, yaya just tunduk menyalin sambil menuggu keluhan dari Zulaikha. Lebih kurang 10 saat la jugak tunggu keluhan tu, tapi takde apa2 yang terluah. Apa lagi yaya pun menoleh ke arah Zulaikha..
Rupa2nya mak cik tu tgh tido.. tidur tegak lak tu, langsung x tertunduk.. perasaan kagum menguasai sekejap.. ingatkan tgh fokus, bila tgk betul2, mata terpejam rapat, tangan tak bergerak menyalin..
Lepas tu, yaya buat keputusan untuk memegang lengan Zulaikha, untuk mengejutkannya..
Hasilnya, Zulaikha terbangun, bukan setakat terbangun, malah sampai terangkat tubuhnya kerana terkejut.. yaya dapat rasakan ada arus elektrik mengalir pada tangan yaya masa Zulaikha terkejut.. Zulaikha cakap, itu roh dia tgh masuk dalam badan balik.. lama la jugak kitorang nak redakan ketawa tu.. tunduk jer bila prof pandang belakang, tgk kat student2 dia..
So moral of the story, nak kejutkan orang, kejut dgn gentle. Rasanya Prof Sahar kot ada cakap dulu, kalau ada kawan tidur dalam lecture, jangan kejutkan, nnti rugi.. Mana la tahu, dia pegi beli barang dalam mimpi, belum sempat dapat baki, kita kejutkan dia, kan dah rugi tu.. :)
Sampai sini sahajalah update kali ni.. tgh sibuk fikir camne nak susun proof by induction untuk projek ni.. hari jumaat ni nak kena bagi update pada dr tan... wish me luck..
Live Brave, Be Bold
Yaya