Friday, February 22, 2013

1Step2U (Part2): Meeting rasmi pertama

Meeting rasmi bersama penyelia.. Meeting rasmi yang pertama diadakan di bilik JTK.. Hari Isnin kalau x silap.. Malam yang sama, ada latihan softball kat belakang blok E pukul 10... Meeting start pukul 9.. Diam2, yaya berharap meeting cepat abis... Tanda protes, yaya ngan Aiman turun dengan berpakaian sukan, siap dgn kasut sukan dan air di tangan... Otw turun ke bilik JTK, kalau ada org tanya, ada meeting ke, yaya jawab, x nak gi softball.. Hehe.. protes la sangat... xde sape pun perasan protes itu.. takpe la, yang penting yaya tahu yang yaya tgh berusaha menyuarakan yang yaya nak gi soft ball..
Apa2 pun, dlm meeting ni la kami kena bentangkan apa yang kami dah buat setakat ni.. Kami unit tajaan bagitau la idea bernas kami nak menjana pendapatan... Wakil pembentang dari unit kami ialah ketua unit, Syukeri... Zulaikha terpaksa skip meeting ni sbb dia ada meeting larian gegar... Idea2 kami...
  1. call syarikat2
  2. jualan kerepek
  3. jualan roti
  4. Kutipan derma drpd org awam.. Minimum rm150..
  5. happy request
Jualan roti akan diuruskan oleh Zulaikha, kerepek, yaya ngan zana deal dgn Ira. Happy request under Syukeri.. Masalahnya, kitorang belum decide lagi nak jadikan barang apa untuk di-happyrequest-kan.. Tu je la yang kitorang boleh buat setakat ini..

Melalui meeting pertama ni, kitorang tau la kerenah encik penyelia kitorang.. Kalau nak bekerja dgn beliau, mesti precise.. Bagi tarikh dan masa yang tepat.. Contohnya macam roti, En Faiz nak sample dulu.. Jadi kitorang cakap kat beliau yang kitorang akan bagi sample tu hari isnin... Kemudian beliau balas, 
"okay 12 tgh malam saya nak ada kat depan bilik saya... "
Cepat2 kitorang fix balik masa tu, siap beri tarikh hari isnin tersebut dan masanya, jam 2100.. Individu yang bertanggungjawab menyediakan sample ialah Zulaikha... 
Unit2 lain pun kena teruk gak.. teknikal, kena design banner dan bagi sebelum dateline, program, nak kena prepare LDK, hubungan luar, nak kena decide penceramah jemputan... Semuanya pakai duit.. Kami yang tajaan ni memang stres la bila dengar bayaran untuk penceramah sampai rm200 seorang, barang2 untuk program, banner, hadiah para peserta.. kami hanya mampu memejamkan mata dan berdoa agar dibuka pintu hati ceo2 sykt2 agar menaja program kecil kami... Sepanjang meeting tu, nasib baik la ada pengerusi JKP, Fazri dan Pengarah projek, Afdhal.. Mereka berdua yang duduk di sisi encik faiz, kadang2 memberikan signal kpd kami, bagaimana kami harus respon kpd soalan2 encik Faiz.. Kadang kadang, diorang buat isyarat, kadang gerak bibir.. 

Meeting tu memang sangat lama.. Abis dalam pukul 11:30.. 30 minit untuk softbal... Dgn x warm up-nya, Yaya dgn Aiman main softball.. berlatih throwing jer pun...

 Sampai nanti
Next:Gerak kerja unit tajaan.. kami pembungkus kerepek!!

Wednesday, February 20, 2013

1Step2U (Part 1): Bagaimana aku boleh terjebak

Alhamdulillah, ahad yang lalu, 17 Februari 2013, Projek 1 Step 2 'U' anjuran JKP Akademik dan Intelektual (AKTUAL) telah menutup tirainya ketika majlis perasmian penutup yang dirasmikan oleh Master Jamaludin Yacob, Pengetua Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah (KKTK)..
Persoalannya, macam mana yaya boleh terjebak dengan projek ini??

Segalanya bermula ketika majlis pembentangan projek KKTK.. Yaya tertarik dengan idea JKP AKTUAL yang membentangkan projek CUDIPT.. Sebenarnya, yaya pernah terlibat dgn projek macam ni masa sekolah dulu, anjuran Kolej Kediaman ke-10 UM.. Nama program KMMJ.. Kem Motivasi Mesra Jaya.. Rasa berminat lak nak join, tapi kali ni sebagai fasi.. Kemudian, ketika berlangsungnya sesi temuduga untuk mencari AJK yang sesuai untuk projek ini, yaya pun pergilah.. Tengok2, dpt en Faiz lak yang temuduga.... Masa tu dah dapat rasa dah xde harapan... Maklumlah, yaya ni kan pendiam orangnya... Tapi yaya berpegang pada satu jer,
Kalau saya diberi peluang, saya akan buat sehabis baik.. Bagi saya peluang untuk improve diri saya..
Sepanjang temuduga untuk projek-projek kolej, kami ditakutkan oleh para penemuduga yang mengatakan AJK Tajaan paling susah sekali.. Diam2, yaya berharap yang Yaya x jadi Unit tajaan...

Seminggu lepas tu, masa nak gi training softball kat padang, sewaktu yaya dan kwn2 softball tgh lepak2 kat pokok tanjung, Afdhal, pengarah projek 1Step2U memanggil yaya.. Risau gak.. Tetiba, beliau meminta yaya smskan nama penuh dan no matrik yaya ke nombor beliau... Nak tak nak bagi jer la... Beliau turut bertanya, yaya ni lepasan STPM ke? Yaya jawab, yaya PASUM.. Petang tu jugak, yaya dapat mesej dari Afdhal yang berbunyi,
Assalamualaikum, tahniah, anda telah terpilih untk menjadi ajk C.U.D.I.P.T. Sila hadir ke perjumpaan x formal pada pukul 9 malam, hari selasa. Disiplin adalah keutamaan. Terima kasih.
Yaya xlah terkejut sangat masa dapat mesej tu sbb yaya dah dapat rasa dah bila Adhal mintak maklumat yaya pagi tu.. Apa2 pun, yaya bersyukur... Alhamdulillah...

Hari selasa pun tiba, meeting diadakan di dewan kurshiah.. Kali pertama semua ajk bertemu.. Setelah memperkenalkan diri masing2, kami diingatkan agar lebih confident.. Maklumlah, nak handle budak2 kan... Yaya diberitahu yang yaya merupakan ajk tajaan.. Nak tak nak, redha jer la...
Unit Tajaan diketuaki oleh Syukeri, satu2nya kumbang di unit tajaan ini... Selain yaya, Zana dan Zulaikha turut dipertanggungjawabkam untuk mencari tajaan.. Habis jer meeting x formal ni, kami bebudak unit tajaan buat short meeting kami sendiri, just nak berkenalan, berkongsi idea nak mendapatkan tajaan dan bertukar-tukar no tel.. Zana n syukeri tua setahun dari yaya ngan zulaikha, jadi kami ni muda la.. hehe

Beberapa hari selepas meeting x rasmi tu, ada perjumpaan Majlis Tertinggi (MT) projek2 kolej.. Masa ni la projek OSTU ni mendapat bendahari baru.. Cik Nor Aiman Fatihah.. Juga budak math... Hehe.. Math rulz.. Maka lengkaplah barisan MT OSTU yang terdiri drpd Afdhal sbg pengarah, Fatimah sbg setiausaha, dan Aiman sebagai bendahari.. Sebagai unit tajaan, kami diselia oleh cik bendahari.. kebanyakan meeting x rasmi kami disertai oleh beliau..

Ketika projek baru sahaja bermula persediaannya, kami unit tajaan xleh nak buat banyak sangat sebab kami perlukan kebenaran melakukan projek dr pihak HEP dan kelulusan memohon dana/sumbangan/tajaan dari TNC.. Maka, kami hanya mampu memikirkan idea dan mengumpulkan maklumat syarikat2 yang berpotensi menaja.. Antara idea yang kami berjaya fikirkan ialah, menjual kerepek.. Nasib baiklah, ada ajk yang boleh menjadi pembekal kerepak pada harga yang agak rendah... Banyak gak perjumpaan unit tajaan yang kami adakan.. berbincang habis-habisan.... Bergelak ketawa bersama-sama.. Rasanya lebih banyak gelak dari berbincang.. Takpe, tu sebenarnya proses mengenal hati budi masing2.. Yaya, Zulaikha, dan Aiman tetap mencuri masa untuk menghadiri perjumpaan walaupun kami agak sibuk dengan latihan softball yang diadakan hampir setiap malam(pelik main softball malam2.. bukannya nampak sangat bola tu katne.. main tadah jer glove, kalau dapat sambut alhamdulillah.. Tapi softball memang seronok..) Selain kerepak, ami gak bercadang nak buat kutipan derma ala jogathon gitu.. bukan itu sahaja, kami juga bercadang untuk meluangkan masa meronda kota kuala lumpur untuk mendapatkan sumbangan dari kedai2 dan orang awam, tapi itu nanti, bila dah dapat kelulusan TNC..

Sampai nanti
next: Official Meeting, bilik JTK... Folks, meet En Faiz..

Thursday, January 17, 2013

Nikmat Kebebasan

Huh akhirnya tamat jugak exam yang memakan masa 3 minggu ni.. 3 minggu, tapi 5 paper jer.. Elok jer susunan paper tu, dari paling senang ke paling susah... Bagusss sangat.. Masalahnya, paper yang senag tu gap sampai 3-4 hari... Yang susah lak 3 hari straight.. Hmm.. Faham2 lah apa yang berlaku.. Harap2 semua lulus..
Hehe tadi lepas abis paper, masa tgh menapak balik kolej, terserempak dgn senior kolej, Afdhal... Dia cakap "Amboi, seronok seronok ye... Dah abis paper.." Itulah kata2 seorang senior yang papernya akan abis 18/1/13... Berdasarkan kata2 tu dapat disimpulkan bahawa memang ketara giler la muka happy menikmati kebebasan yang bersifat sementara ini dan juga cuti sem 1 yang tak berapa nak panjang.. Memang Yaya tersengih jer masa on the way nak balik kolej.. Hehehe... Korang xkan faham nikmat tu sampai la saat korang merasainya sendiri... Sampaikan, soalan gelombang yang tough, yang tak boleh nak mencetuskan rasa happy tu pun tersingkir dari minda... Senyuuum jer memanjang....
Antara punca utama keseronokan merdeka yang melampau ini ialah, kawan2 yaya semuanya dah abis paper sejak 15/1/13.. Yaya sorang jer yang merasa nikmat freedom ni 16/1/13.. Tu yang rasa happy ke tahap maksimum tu... Basically, yaya tahu la perasaan ke dewan peperiksaan sorang2.. Hehe.. menimba pengalaman...
Insya-Allah nanti yaya cerita satu2 paper2 tersebut.. Doakan yaya x terleka menonton anime.. hehe(ada 10 siri berbeza... hehe)..

Till then,
Live Brave, Be Bold..

Sunday, January 6, 2013

Orang Malas Selalu....

Assalamualaikum.. Di pagi yang tak berapa nak awal ni, yaya nak buat satu statement...
Orang malas selalu lapar!!
Inilah kesimpulan yang dapat yaya capai setelah seharian tak turun dari tingkat 2 blok B ni... Malas sangat nak gi beli makanan.. Sekarang ni yaya lapar giler.. Moral of the story, kalau rasa diri tu malas tolong sediakan biskut yang secukupnya untuk memastikan diri anda tak kelaparan..tak pun jangan jadi malas.. Kalau dah time makan tu pegi jer la turun.. Beli makanan... (tapi yaya malu nak gi beli makanan sorang2*blush*)
Okay la... Nak gi basuh baju.. Pastu nak gi tackle calculus.. Paper 9 januari.. Wish me luck...
Till then,
Live brave be bold..

Thursday, January 3, 2013

Eksklusif: Baju 1Step2U


Dah penat dah post benda ni kat fb.. Tukar angin lak.. Post kat sini lak.. Hehe

‎2 HARI LAGI!!!EKSKLUSIF UNTUK ANDA BAJU EDISI TERHAD '1 STEP TO U'!!!

Sebuah projek anjuran JKP AKUAL KKTK :)

Jangan lepaskan peluang ini...

Saiz dari S hingga XXXL..

TEMPAHAN DIBUKA SEKARANG SEHINGGA 4/1/2013!!!!!
Jom jom, sementara tempahan masih dibuka.. Peluang tak datang banyak kali.. :)
Till then,
Live Brave Be Bold

Wednesday, January 2, 2013

Exam Time

Asalnya nak buat tajuk exam week tapi macam tipu lak exam 1 minggu jer... PASUM dulu pun 2 minggu... Exam Yaya kali ni 3 minggu.. Tapi banyak gap.. 1 minggu 1 paper untuk 2 minggu yang pertama manakala minggu yang terakhir ada 3 paper berturut-turut..

Dah masuk tahun 2013 dah.. Sekejap jer masa berlalu.. Yaya x sempat nak buat recap 2012 sbb sibuk sikit sekarang ni... Insya-Allah lepas abis final yaya recap... Dari MHS degree, softball, OSTU, kuliah2, dan lain2 lagi.. Insya-Allah..

Anyway, welcome 2013... May splendid things awaits us in the future.. Happy New Year everybody..

Till then,
Live Brave Be Bold..
*busy*busy*busy*busy*busy*