Monday, May 6, 2013

Blackout?

First of all, yaya nak bagitahu semua yang apa yg bakal yaya taip ni mungkin bias atau mungkin tidak.. Ni semua berdasarkan persekitaran yaya.. Yaya cuba sedaya upaya nak kekal tidak bias.. Lagipun, yaya x cukup umur lagi untuk mengundi.. Tgk ni, jari telunjuk tgn kiri yaya takde dakwat kekal pun..

Kalau tgk kat fb sekarang ni, trending orang guna dp hitam.. Isu blackout masa pengiraan undi.. Yaya tak tau la blackout tu real atau pun sekadar muslihat..
Kalau real, memang tak boleh nak buat apa2, sebab benda dah jadi, nak buat camne.. Satu benda jer yang terlintas dalam fikiran yaya.. Kalau dalam sambutan perayaan2 yg ada di Malaysia ni, akan ada staf2 TNB yang standby kalau2 ada masalah elektrik, kenapa taknak assign staf2 tnb untuk standby masa pengiraan undi? Mungkin kakitangan tak cukup, sebab pengiraan tu berlaku di seluruh Malaysia... Tapi, yaya percaya, benda tu still boleh dilakukan..
Kalau blackout tu cuma muslihat, yaya speechless.............. Still speechlees.... Sy masih mencari kata2...... Hmmm... Terdesak sangat nak menang sampai bermuslihat? Kata demokrasi berparlimen, tapi mereka boleh mengawal keputusan pilihan raya? Mana hak rakyat nak tentukan pemerintah? Hak rakyat sekadar perkataan yang takde fungsi... Org ramai luangkan masa gi mengundi, pastu komitmen itu diperkotak-katikkan oleh seseorang.. Tak boleh ke bertanding fair and square? Kalau betul la korang amanah dalam memerintah, buat apa nak main kotor? Yakin la dgn rakyat yg korang dah perjuangkan...
Bila fikir balik, walaupun pembankang yang menang, takkan la diorang nak jahanamkan Malaysia.. Diorang pun rakyat Malaysia gak... diorang warganegara kot.. So, tak salah kalau kita nak tukar kerajaan.. Kalau pertukaran tu boleh bwk Malaysia yang lebih baik.. Malaysia yang tidak corrupt... Kadang2 bila kita dah memerintah lama, kita lupa apa yg rakyat rasa.. Dah lama sangat duduk kat atas sampai lupa yang hidup ni ibarat roda.. Itulah hikmahnya bertukar kerajaan..
Kadang2 yaya kecewa bila fikir betapa corruptnya dunia ni.. Segala-galanya boleh dibeli dgn duit... Dan dengan duit tu gak la, hak rakyat dinafikan... Integriti diketepikan.. Duit diutamakan...
Sayonara... Matane...
Live brave be bold...

Updated 7 mei 2013..
Bukannya xde staf tnb yang bertugas memastikan kelangsungan bekalan elektrik masa pengiraan undi.. Ada je.. Ayah yaya standby kat pencawang.. Ayah yaya cakap, kat pencawang okay jer.. Takde gangguan pun.. So ini bukan salah TNB ek.. Just wanted tu clarify this..
Matane..

Thursday, May 2, 2013

Rekod 24 jam

Ngeeee~
Rasanya inilah pertama kalinya dalam hidup yaya, dah lebih 24 jam yaya tak tido.. Tidak sedikit pun.. Mahupun sekadar tersengguk dalam kelas dan kuliah... Ni dah boleh dikira sbg hyperactivity tahap gaban dah ni..
Alhamdulillah la x terlelap langsung dalam kelas.. Ingatkan nak tido sekejap masa kkm(kelas kemahiran maklumat).. Maklum la.. Kelas tu buat kat library.. Sejuk.. Ada air cond dan yaya lak duduk belakang sekali... Elok jer yaya letak kepala nak berlayar ke alam mimpi, lecturer tu cakap,
"dgr betul2 ye kuliah kali ni.. Nanti kamu tak tahu macam mana nak buat tugasan bahagian D"
Terus terbatal niat jahat nak tidur dalam kelas..
Semuanya bermula semalam, pada hari buruh, 1 mei 2013.. Yaya tido petang.. Dari jam 1645 sampai 1940.. Agak melampau tido petang bawak ke senja.. Malam tu, ingat nak buat tutorial yg berlambak, so nak tido pukul 3.. Jadi yaya minum teh suam... Buat tutorial sampai pukul 3... Then masuk beradu... Bergolek atas katil sabil menutup mata.. Tapi tak terlena gak.. Golek2 lagi.. Berpusing.. Rotate.. Dalam keadaan mata terpejam.. Still x lena.. Tgk2 jam dah pukul 4.. Dah sejam berguling atas katil, masih belum terlena..
Yaya x berputus asa, terus cuba utk tido.. Sebab esoknya ada kelas calculus yg lecturernya agak strict bila ada org tido dlm kelas..
Akhirnya, azan subuh berkumandang... So, yaya pun berputus asa la nak tido.. Terus bersiap nak gi kelas...
Yaya tak tau mana tubuh yaya dapat energy nak terus sedar.. Hehe.. Mungkin sebab yaya tau yang yaya tak tido malam, so yaya amik proper breakfast.. Tu yg membekalkan tenaga sepanjang hari tu...
Sekarang ni dah start ngantuk.. Tapi yaya nak siapkan tutorial math method dulu... Gambatte!!!
Till then,
Live brave be bold..
Oyasumi ne...
Nya~

1Step2U (Part 9): Cuti Semesterku

Ngeeeee~
Lama tak update.. Straight to the point, cuti semester 1 yaya...

Well, cuti semester 1 yaya cuma berlangsung selama 3 minggu.. orang normal yg lain sume cuti 4 minggu.. Yaya 3 minggu jer sebab ada perkampungan OSTU minggu yang terakhir tu..

Cuti semester yang singkat ini hanya diisi dgn menonton anime yg dah di-download... Banyak kot dah download... Seronok.. Yaya isi masa dgn tgk anime dan kurangkan online fb.. Bukannya apa.. cuma nak escape dari tugas sbg ajk tajaan.. hehe.. (ish ish ish... tak patut, tak patut..)

Minggu kedua cuti, yaya dapat missed calls dari afdhal.. bukannya sengaja taknak angkat telefon.. Afdhal telefon pagi2.. time tu henfon off, so, memang x dapat nak angkat la... Hari kedua pun sama, missed calls jer.. Yaya saje jer tak nak call balik.. nak escape... (maaf Afdhal..).. Hari ketiga, dah takleh nak escape dah.. Afdhal call dalam pukul 2:30 petang.. masa tu tgh makan sambil tgk cite Kyou Kara Maoh... Tersedak sekejap bila tgk nombor Afdhal.. Nak tak nak kena angkat...

Dah angkat tu, Afhal cakap, "budak2 tajaan semua tak nak angkat telefon.." Yaya cuma tertawa, "hehehe.. kenapa call?" Rupa2nya, ada syarikat yg call dia, cakap diorang nak bagi tajaan tapi tak tau camne nak salurkan tajaan tu.. so, Afdhal nak yaya call balik syarikat tu dan explain details yang sepenuhnya... Masalahnya, yaya pun tak berapa sure pasal prosedurnya... maka, bermulalah sesi penyelidikan, macam mana nak salurkan duit tajaan kpd projek kolej melalui bendahari UM..

Mangsa2 untuk yaya tanyakan soalan2 ni ialah, Aiman selaku bendahari projek dan Fazri yg merupakan pengerusi JKP.. Nasib baik diorang online time tu...

Setelah mengenal pasti kaedah yang harus dilakukan, maka yaya pun mengumpulkan segenap kekuatan untuk mendail nombor telefon syarikat tersebut...

Rupa-rupanya, pihak sykt tersebut tak tau no akaun bendahari UM yg ada dalam proposal tu bank mana.. dan memburukkan lagi keadaan, yaya pun tak tau.. maka, yaya terpaksa hang up telefon untuk melakukan penyelidikan... Tang tu gak la, UniFi nak loading sebentar bersama-sama kitkat.. cis... Ni la hasil penyelidikan tu..
No akaun Bendahari UM: 14400006835050(CIMB)
Yaya mati2 ingat no akaun tu Bank Islam.. Nasib baikla, staf syarikat tu tahu yang pangkal 14400 tu bukan bank Islam..

Dah selesaikan misteri bank, yaya telefon balik.. dah settle isu bank, yaya mintakla staf tu fakskan bukti pemberian tajaan tu ke kolej.. Masalah lain lak timbul... dalam proposal takde no faks kolej.. kyaaaaa!!

So, kena hang up sekali lagi sbb nak menyiasat no faks kktk.. Huhu... Hasil penyiasatan,


KOLEJ KEDIAMAN KETIGA
(Tuanku Kurshiah)
Third Residential College

Tel: +603-79673417
Fax: +603-79579496
E-mail: kolej3@um.edu.my

Pengetua / Master
Encik Jamaludin Yacob


Kali ni, kalau ada lagi yang tak kena, yaya dah tak tau dah... Alhamdulillah, semuanya okay, staf sykt tu mintak nama penuh yaya sebab nak letak att:"nama" kat bukti yang bakal difakskan tu.. Yaya cakap, letak nama Afdhal jer.. hehe.. Dia terus fakskan kot resit bank in tu.. pantas dan efisyen kan...

Alhamdulillah, dapat tajaan.. yaya x tanye lak dia nak bagi berapa, segan... hehe.. Dah settle tu, bagi tau Afdhal ngan Fazri.. pastu fazri cakap, confirmkan dgn kolej.. Nak tak nak, kena call kolej lak... nasib baik dah buat siasatan pasal kolej, so, taula no tel pejabat kolej... 

Sekali lagi, segenap kekuatan dikumpulkan untuk menelefon kolej lak.. Staf kolej angtak telefon, dia cakap."kolej kediaman tuanku kurshiah.." Yaya pun tanya la, ada tak dapat faks resit bank in atas nama Projek 1 Step 2 U.. Dia cakap ada.. So yaya minta jasa baik beliau untuk menyimpankan resit tu elok2.. Takut hilang nanti, takleh nak claim dari Bendahari UM...

Alhamdulillah, yaya berjaya menangani halangan ini.. penat kot telefon banyak2 kali... 

Selesai jer urusan itu, yaya menyambung cuti yaya dgn lebih banyak anime.. Cuti 3 minggu tu yaya berjaya habiskan, 3 season Kyou Kara Maoh, Cyborg 009, 2 season Digimon, 2 season kuroshitsuji, Angelic Layer, Tantei Gakuen Q... Ada lagi kot yang tak mention.. hehehe takpelah..

Till Then,
Live Brave Be Bold..
Next: Tak nak balik kolej awal!!!!

Tuesday, April 9, 2013

Inhibited grief 2

Huhu... HyppTv kejam...
Dah lama yaya tunggu episod ulangan law&order uk.. Episod masa matt devlin mati... Hari ni episod tu on air...
Yaya pun dgn bersemangatnya berjaga malam sebab nak tengok.. Setelah 40 minit menonton.. Tetiba jer ada interference.. Memang x dpt tgk langsung... Channel2 lain sume jadi tv1... Geram jer...
Elok2 jer cite tu abis, boleh lak tv tu jadi normal balik.. Geram sangat.. Memang la akan ada ulangan lagi... Tapi yaya takutvtime tu yaya ada kat kolej... T-T
Baru ingat nak bersedih malam ni... Saje ke merencatkan perasaan sedih ni tau...

Esok nak cuba tgk episod tu online... Harap2 ada la... Jangan la service tu x ditawarkan di Malaysia...

Till then
Live brave be bold... In memory of Matt Devlin...

Friday, March 22, 2013

Penangan Kelas Hubungan Etnik

Semalam, 21 mac 13.. Hari yang pelik... Banyak buat sudoku... Banyak melukis.... Seronok... Wlpn kelas sampai pukul 7... Best.. Entah kenapa, kelas calculus 2 habis awal 1 jam... So yaya ada gap 2 jam sebelum kelas HE.. Jadi yaya manfaatkan masa tu untuk melukis.. Yaya siap bwk buku sketch tau... :)
Abis kelas... Kat bilik yaya tgk anime digimon adv 2... Malam, sblm tido... Yaya lukis lagi... Yaya tau lukisan yaya tak cantik, tp ni la antara yg terbaik yaya pernah lukis... :) juat sharing...

Till then,
Live brave, Be bold..

Friday, March 15, 2013

1Step2U (Part 8): Memori 18 Januari

18 Januari ni spesel sikit sbb ia merupakan hari terakhir dalam semester pertama pengajian kami untuk sesi 2012/2013.. Walaupun exam dah abis 16 Januari lagi, 18 Jan ni la hari semester pertama melabuhkan tirainya sebab semua peperiksaan tamat pada hari tersebut.. Alhamdulillah, kami ajk tajaan dah abis exam sejak 16 jan lagi.. tu yang ada peluang nak buat SKMJ 2 yang x berapa nak membuahkan hasil tu...

Apa2 pun, 18 Januari ni, kami nak teruskan lagi aktiviti mencari sumbangan peribadi.. Kali ni kumpulan sasarannya ialah, UM Food Court Village.. Asalnya nak buat 17 Jan, lepas SKMJ, tapi hujan lak... Dalam pukul 4:30 petang, kami mengorak langkah dengan harapan setinggi gunung untuk mendapatkan sumbangan... Ada projek2 lain yang dah mintak kat Food Court.. Malam Anugerah Kurshiah(MAK) contohnya, diorang dapat kumpul lebih kurang RM60.. Banyak gak tuh.. Kami cuma boleh berharap..

Trip kali ni, Syukeri xde coz dia gi hantar proposal kpd sykt kat Pantai Dalam naik kereta Zaim.. Maka, hanya ada kami bertiga.. gadis2 tajaan... Mula2 gi gerai no 3.. K3 nama kedainya... Alhamdulillah, respon baik.. ada la dapat... lebih banyak drpd apa yg kitorang dapat masa SKMJ 2.. Next, gerai sebelahnya.. Cuba mintak pd pekerja.. pastu, si pekerja cakap
cuba mintak kat bos..
sambil menunjuk kepada seorang lelaki yg sedang makan dgn kawannya di meja berhampiran... Kami pun approach bos tersebut.. Cakap elok2.. sopan-santun... Alhamdullillah, dapat lagi.. dgn kawan encik bos tu pun bagi sekali... Kawan dia tu seorang Datuk rupanya... Encik bos itu kemudiannya mencadangkan kepada kami..
Minta pada En Sani..
Rasa macam pernah dengar jer nama Sani ni.. ooo masa meeting kecil-kecilan dengan Fazri dulu, dia ada sebut approach En Sani... Beliau yang handle food court tu... Nak gi serang En Sani tu takleh lak sebab beliau tgh ditemu ramah.. siap dgn kamera bagai... maka kami pun gi serang kedai2 lain dulu... Jangan risau ek En Sani, we have our eyes on you already..

Alhamdulillah, kat kedai2 lain pun dapat feedback yang positif... Dah abis semua kedai kami serang, kami tunggu en Sani tu selesai berinteraksi dengan kamera.. Sementara menunggu, kami duduk di meja berdekatan, merancang modus operandi kami... Sedang sibuk berbincang, Syukeri muncul, bersama-sama dgn budak tajaan MAK.. Kami dengan excitednya menceritakan hasil yang berjaya kami kumpul... Syukeri pun turut excited sekali... Kemudian, kami bgtau syuk pasal en Sani.. Pastu syuk dgn bersemangatnya, pegi approach en Sani... Alhamdulillah, dapat lagi sumbangan daripada beliau... Pasal kedai kat Pantai Dalam tu, dia cakap nanti dia go through proposal dan dia akan decide sumbangan macam mana yang sesuai untuk projek ini... Harap2 dia bagi hamper sebab kami kekurangan hamper...

Di kesempatan ini, yaya nak mengucapkan terima kasih kepada pekerja2 kat food court tu sbb sudi menunjukkan kpd kami bos2 diorang... Sekalung penghargaan kpd bos2 sekalian sebab sudi bagi sumbangan, terima kasih gak sebab sudi berada di Food Court tu masa kami tgh beroperasi.. Saya akan cuba sedaya upaya untuk terus menyokong industri makanan di Food Court.. Sebabnya, sem 2 ni kolej dah tak sediakan perkhidmatan Dewan Makan(DM)... Special thanks buat bos kedai Air... Saya sangat tak sangka yang awak sudi bagi sumbangan sebanyak itu... Arigatou gozaimasu... Kepada semua, saya harap anda terus membeli makanan kat Food Court support diorang yang dah support kami ni...

Selesai jer operasi kat Food Court, kami ke pokok tanjung.. Nak dapatkan nasihat Fazri berkenaan dgn meeting malam nanti... Maklumla, x banyak perkembangan.. Tgh sibuk discuss, tetiba, En Faiz datang... Datang2 jer beliau cakap,
Tolong jaga mood saya sampai malam ni okay..
Okay, fine.. Harap2 mood En Faiz baik sampai malam karang.... Tetiba, Fazri pegi bagi tau pasal berita gembira dari food court.. Cis, baru ingat nak suprise-kan en Faiz malam ni.. tu je la berita gembira kami.... pastu en Faiz cakap,
Takpe, meeting bukannya present pada saya sahaja, tapi pada ajk2 lain sekali..
okay.... Dia gak cakap,
Saya aim projek korang ni jadi projek terbaik MAK... Projek yang boleh challenge korang buat masa ni, millenia hike... tapi diorang ada banyak defisit... Jadi, tajaan, kena buat betul2.... Kita sekarang ni dah okay dah, duit jer...
Masa tu baru yaya tau yang tinggi harapan en Faiz kat kitorang.. Berat gak tanggungjawab kitorang ni... Sedang yaya tenggelam dalam pemikiran mengenai cara nak jana duit, en Faiz dan Fazri cerita pasal masa kem pm2 dulu, pm2 tgk cerita hantu ramai2.. Masa tu yaya dah takut dah.. jangan la masa perkampungan nanti nak tgk cerita hantu secara berjemaah lak.. harap2 tak.. Tak lama lepas tu, en Faiz cakap,
Malam ni, saya nak main musang!
Ah.... apa ke benda lak musang tu.. nak tak nak kena bersiap sedia mental dan fizikal... 6:30 petang, bebudak tajaan kembali ke bilik masing2... Sebelum tu, kami singgah ke bilik Aiman bendahari OSTU.. serahkan duit yang berjumlah rm300 lebih... 6:30 hingga 8:30... persiapan diri dan menenangkan fikiran untuk menghadapi meeting... Yaya menenangkan diri dengan cara menonton anime Cardcaptor Sakura.. bila tiba time meeting, baru yaya menyesal tak tidur sekejap.. mengantuk giler...

Pukul 9 malam.... moment of truth... Pembentang unit tajaan, Zana... Alhamdulillah, tak kena serang dengan en Faiz.. Masa turn unit teknikal, kami tgk video sedih yang x berapa nak sedih.. nampaknya, unit teknikal kena edit sikit video tu.. Dalam meeting ni gak kitorang diberitahu mengenai unit2 baru kami.. Unit tajaan terpaksa dibubarkan sebab masa program berlangsung, kami xyah cari tajaan... Unit baru yang yaya join ialah unit sukan.. jeng jeng jeeeeennng... Yep,unit sukan.. Menurut Fazri, dia cakap syuk yang nak sangat, so dia masukkan kebanyakan budak tajaan dlm unit sukan dan tarian, iaitu, yaya, zu n syuk.. Bila tanya syuk, dia cakap yang dia ingat semua orang wajib jadi unit sukan dan tarian... Hmm takpe la.. Yaya maafkan dia... selain kami, ada razi dari unit teknikal dan Shazeaa atau lebih dikenali sbg Aa dr unit protokol dan program... Zana x jadi unit sukan dan tarian, dia jadi fasilitator kumpulan sahaja... Yaya pun jadi fasilitator kumpulan gak.. untuk kumpulan 6.. tag team dgn Zaim dari unit hubungan luar... Selesai meeting, kitorang main musang...

Musang ni game di mana, semua pemain akan tidur (macam tidur dalam kelas...) di keliling meja, dan moderator akan mencucuk beberapa orang pemain dengan pen... Pemain2 yang dicucuk tu merupakan musang2 dalam kalangan kambing2... Setiap pusingan, akan bermula dgn moderator yang berkata,
Semua tidur,
Semua pemain tidur.... Kemudian, moderator berkata lagi..
Musang bangun...
Musang bangun dari tidur dan membunuh seekor kambing dengan cara menunjuk kambing yang menjadi pilihan hati... Kemudian moderator akan menyuruh musang tidur... Semua ini berlaku dalam keadaan duduk mengelilingi meja, tanpa bersuara... Hanya moderator sahaja yang boleh bergerak bebas dan bersuara... Kemudian, lepas musang dah tidur, moderator berkata,
Semua bangun...
Semua bangun... terpisat-pisat.. Kemudian moderator mengumumkan siapa yang telah dibunuh... contohnya, kalau yaya yang dibunuh, moderator akan cakap,
Fatin, anda telah dibunuh oleh musang... 
Di saat itu, yaya dah terkeluar dari permainan.... Pemain yg terdiri dari musang dan kambing akan saling menuduh untuk menentukan siapa sebenarnya si musang... 3 nama akan dipilih sbg calon yang tertuduh sbg musang dan undian akan dilakukan bagi menentukan siapa yang harus dibunuh.. Calon dengan undian tertinggi akan dibunuh(dikeluarkan dari permainan)... Sebelum undian dilakukan, defendan akan mengemukakan hujah2 bagi membela diri mereka... Kalau org yg diundi sbg musang tu betul2 musang, moderator akan cakap (contohnya Yaya ek..)
Fatin, awak dibunuh sebagai musang.
Namun begitu, kalau yang diundi bukan musang, moderator akan berkata,
Fatin, awak dibunuh sebagai kambing...

Maka, bermula la permainan musang kami... Masa tgh sesi pemilihan musang tu, jantung yaya berdegup kencang... Macam dapat rasa yang yaya yang akan dipilih sbg musang.. tetiba, ada orang cucuk yaya.. Cis, aku si musang... Yaya tak ingat siapa lagi yang jadi musang selain Yaya.. kalau x silap zaim... Ada lagi yang lain.. tapi yaya tak ingat... Yaya gak tak ingat siapa yang kitorang bunuh... Namun beitu, masa sesi tuduh-menuduh tu, memang horror... Seram jer... takut org tau yang kita ni musang... Yaya memang pendiam.. so yaya keep quiet.. hehe... Satu demi satu teman seperjuangan si musang ni gugur.. Akhirnya, yaya jadi "the last fox standing... breathing..." Yaya terus membunuh satu demi satu(ayat sadis..).. Alhamdulillah la sbb teman2 dr unit tajaan x syak yaya.. hehe... Namun begitu, sepanjang kerjaya yaya sbg musang, yaya dituduh 2 kali, dan kali kedua tu, yaya tewas kpd si kambing.... Masa moderator(Afdhal) nak umumkan yang yaya dibunuh, Pa'an yang duduk depan yaya cakap...
Kesian Fatin...
Tersengih yaya.. sebab lepas je pa'an cakap camtu, Afdhal cakap,
Fatin, anda dibunuh sbg musang... 
hehe
Malam tu, kami main 3 game.. pukul 1 baru balik bilik... Memang best tuduh orang, game yang last, Musang berjaya membunuh smua kambing... Musang yang hebat tu ialah, Fazri... Fazri bunuh yaya.... Yaya x dibunuh sebab dituduh, tapi yaya dibunuh oleh si musang itu sendiri... Mungkin sebab yaya ada buat statement yg mengatakan Fazri ialah musang.. Maklumla, student Lightman cerita Lie To Me, nampak jer perubahan tingkah laku orang... Fazri kejam.. bunuh semua orang, even rakan semusang dengan dia pun dia terpaksa khianati.. Kesian kak Iffa... Kak iffa lak, janji dengan Pa'an yang kalau dia musang, dia akan belanja Neslo... Semuanya sebab time tu dia bakal diundi sbg musang oleh kami.. nak dapatkan kepercayaan, tu je la caranya.. Tup tup, kak iffa ialah musang... Memang dalam game last ni banyak la kejadian salah bunuh... Ish ish ish.. Tak patut...

Lepas jer abis game tu kami balik bilik. Kak Iffa dgn Pa'an pegi settlekan hal Neslo mereka... Kat luar bilik BKP, jumpa Afdhal, dia cakap,
Jangan sedih2... Tak best la sedih2...
Haa?? Fatin sedih ke?? Org ngantuk ada la... Mungkin dia ingat yaya yg mengantuk ialah yaya yang xde mood kot.. haha takpe la... Yaya cuma balas kat dia,
Mana ada sedih, orang mengantuk ada la... 
Yaya balik bilik dan pack barang nak balik rumah esok.. Ingatkan sambil2 pack barang nak download anime... tgk2 internet xde.. Chett!!!

Sekian,
Hidup berani, jadi Berani
Next: Cuti semesterku...