Sunday, April 20, 2014

KAKEKU

Fuuuuhhhh..
First thing first, kita tiup semua sawang yang dah menebal kat blog ni..
*cleaning up*
Alhamdulillah, hari ni, projek terakhir yang yaya join kat kolej untuk sesi 2013/2014 dah berakhir.. tinggal post-mortem jer.. Lepas ni boleh fokus study *baru nak fokus.. minggu depan, dua test menanti..*

A little bit about KAKEKU.. Actually,it is an acronym
KA-Karnival
KE-Kebudayaan
KU-Kurshiah
So, the KE has to be pronounced as the 'ke' in the word 'kebudayaan'

Program ni bermula pada 18 April. pada hari jumaat tersebut, kami telah mengadakan majlis perasmian dan juga persembahan gabungan budaya yang menawarkan persembahan mak yong, zapin, tarian singa, Chinsese 24 drums, tarian dari borneo, tarian kipas, dan juga tarian india. Memang seronok, tapi sebagai unit logistik, ia sangat memenatkan.. berlari dari lokasi majlis ke bilik felo untuk memastikan yang makanan untuk VIP okay... kemudian kembali ke lokasi majlis untuk handle cabutan bertuah.. dengan pisau yang hilang, yaya kena cari sebab nak potong kek lapis sarawak, krisis air lak melanda.. Tkpe, yaya dah expect yang ia akan jadi se-hectic 1Step2U 2.0..
19 april, kami telah mengadakan aktiviti interaktif kaum melayu di waktu pagi dan interaktif kaum india pada waktu petang.. Kami mengadakan aktiviti membuat layang-layang, menganyam ketupat, membuat kolam (pronounced as column)dan juga inai... It was tiring.. seriously tiring..
20 april, aktiviti interaktif kaum cina dan borneo.. kami menawarkan aktiviti memanah tradisional cina dan melontar chopstik ke dalam pasu.. First time seumur hidup ni memanah.. it was fun.. if i had a chance i'll do it again.. aim aktiviti interaktip ni adalah untuk memperkenalkan Hanfu sebagai pakaian tradisional masyarakat cina... sepanjang aktiviti ini, terdapat model-model yang berpakaian hanfu yang turut memeriahkan suasana..Petang, kami mengadakan tarian magunatip dan juga tarian sumazau.. Gigih budak-budak laki gi tebang buluh.. 6 batang semuanya.. Yaya x lincah nak menari-menari ni, so yaya banyak tolong ketuk buluh tu.. Jiwa kena kental nak hentak buluh tu.. jangan tengok kaki orang yang menari.. nanti teragak-agak nak rapatkan buluh tu.. kena jadi heartless sekejap... yaya ada gak la, try menari.. nasib baik x terkepit kakiku..

Tamat jer interaktif borneo, maka terlepaslah kami dari tanggungjawab nak melaksanakan program ni.. Aiman yang merupakan roommate juga pngarah projek ni sangat-sangatla gembira.. hyper sekejap... Tak leh  hyper lama-lama, sbb penat..

Sekian,
Live Brave, Be Bold
Study.. test dah dekat..

No comments: