Monday, February 28, 2011

Perjalananku Mendapatkan Lesen VII -Epilog-

Assalamualikum..
Hari ni merupakan hari yang panjang... Yaya berjaga dari pukul 6:30 pagi sampai sekarang nie, 6:35 petang(macam tak biasa pulak)... Hari yang penuh dengan penantian... Macam biasa, 7:00 hantar adik... Die meragam... 7:45 sampai rumah.. Breakfast, n gosok baju serta tudung.. 9:30 ke RD driving Entreprise... Ingat nak bayar baki yuran, tapi x bukak lagi.. Balik rumah balik.. 9:50 ke sana semula.. Office masih belum bukak.. Ku menanti... 9:57, office dibuka... Ku bayar yuran... Settlekan semuanya... Kak Isma said good luck..

10:15, Abang Romy datang... Dia suruh aku masuk kereta, dan dia keluar.. ke mana, aku tidak tahu.. Then die masuk semula dengan fail di tangan...
Abg Romy: Lesen L ada?
Aku: Ada
Abang Romy: IC?
Aku: Ada
Abang Romy: (Membuka semula pintunya dan menutupnya kembali.. kemudian dia berkata) Pintu tak tutup rapat
Aku:.....

Malu sekali.... Kami sampai di SDC pada pukul 10:25. Aku mendaftarkan diriku dan menyepikan diri buat seketika... Kemudian Soliha, temanku menghampiriku dan mengajakku duduk di sampingnya... Nombor giliranku ialah 57 sesi 2 dan Sol, 22 sesi 1, ulangan... Aku terlihat kelibat Hazeem... Nombor gilirannya, 1 sesi 1...
Acara menunggu pun bermula... Sol pergi menjalani ujiannya, dan aku bersendirian ditemani buku yang tidak aku punyai minat untuk baca... Dari jauh kuperhatikan Sol memakirkan kenderaannya... Bagus, dia lulus... Tahniah kawan..

Apabila tiba gilirannku, pada pukul 1:15 tengah hari, aku teringat kata2 abangku yang merungut tentang kereta dengan klac tinggi.. Aku berdoa agar keretaku OK... Untuk ujian litar, aku dapat kereta bernombor pendaftaran BGX.... Just nice, cume seat belt masalah sikit... Plastiknya dah tiada, dan aku terkial-kial mengenakannya memandangkan orang di hadapanku telah turun dari bukit... Aku tergesa-gesa membetulkan tempat duduk, cermin2 dan mengenakan tali pinggang... Kemudian, aku memulakan perjalanan... Semuanya OK... Dalam kkalutan untuk meluruskan kereta yang aku parkir, aku tertkan hon... Tapi nampaknya, tiada sesiapa yang memberikan respon... Tiga penjuru pula, Alhamdulillah tiada masalah... Litar tamat pukul 1:30 petang...

Rest sampai pukul 2..
Aku menanti dengan penuh kesabaran.. Aku tiada hati untuk membaca buku Nafas Terakhir karya Murad Arshad, dan aku tidak berminat untuk membuat sudoku... Ke menanti dan terus menanti... Kadang kala aku melukiskan segaris senyuman buat orang yang lalu di hadapanku, dan senyumanku itu dibalas dengan sebuah senyuman juga... Terbit di sanubariku keinginan untuk tidur.. Di saat itu, aku tidak lagi takut kepada JPJ yang garang seperti yang diperkatakan oleh temanku... yang penting aku nak cepat habis dan pulang ke rumah lalu tidur... 3:44 petang, nomborku diseru... Aku diarahkan menaiki kereta yang bernombor 10... Aku menuruti arahan itu....

Aku membuka pintu belakang lalu meletakkan beg kesayanganku di atas kerusi... Aku membuka pintu pemandu dan melangkah masuk sambil mengucapkan salam, doa kesejahteraan buat encik JPJ... Dia membalas... Aku melakukan apa yang patut dan memulakan perjalanan...

Setibanya aku di simpang keluar, Masya Allah, jam packed... banyak sungguh kereta.. Aku cuba menghimpit masuk
Encik JPJ: Angkat tangan, mintak nak keluar.
Yaya: (Angkat tangan dengan teragak-agak)
Encik JPJ: Angkat tangan.
Yaya: (angkat tangan dengan teragak-agak...)
Kemudian, sebuah van melalui kami(bukan nak bagi jalan...) dan individu yang duduk di sebelah pemandu tersenyum kepadaku.. Aku gagal mentafirkan senysuman itu, sama ada untuk mengeratkan silaturrahim atau untuk mentertawakan aku yang sedang diuji JPJ...

Semuanya berjalan lancar walaupun lalu lintas tidak berapa lancar... JPJ tersebut menyanyi di sebelahku mengikut lagu yang didendangkan oleh radio... Aku agak kecewa kerana lagu yang didendangkan tidak aku ketahui... =(

Malang bagiku kerana lalintas sesak, dan aku terlupa untuk menurunkan ghear 2 kepada 1... Lalu lintas turut sesak di kawasan yang agak berbukit, ah sudah, nak kene buat balancing tanpa tarik handbrake pulak... Aku tidak mahir melakukannya, lalu aku dengan selamba brek habis(memandangkan kereta bergerak agak lembab), lalu menarik handbrake... Kemudian aku buat balancing... dan meneruskan perjalanan..

Kami kembali ke SDC... apabila kereta berhenti, Encik JPJ berkata,"tarik handbrake dan free gear dulu"... Aku baru hendak berbuat demikian... Aku menuruti kata-katanya...
Encik JPJ: ISH bawak kereta macam mana ni...
Yaya: ....(hanya mendiamkan diri dan mempamerkan muka bersalah...)
Encik JPJ: Nak lulus tak?
Yaya: .... (diam dan hanya mengangguk)
Encik JPJ: Nah tanda tangan kat sini
Yaya: (Menurunkan tanda tangan...)
Encik JPJ: Orang Pantai Dalam, orang aku... Eh Orang pantai Dalam ek?
Yaya: Ye...

dan aku keluar dari kereta tersebut... ketika dalam perjalanan untuk menghantar kertas2 yang ada, abg Romy menahanku dan meminta kertas2 tersebut..
Abang Romy: Meh sini
Yaya: (memberikan kertas2 tersebut)
Abang Romy: (Membelek-belek kertas, memandangku, sambil mencapai pen) nak lulus tak?
Yaya: Nak,
Abang Romy: betul ni?
Yaya: Nak...
Abang Romy: (meletakkan pen) kalau tak nak, abang nak nak tanda gagal tadi.( mengembalikan kertas2 tersebut kpd ku...)

Aku berlalu.. dan memberikan kertas2 tersebut kepada petugas JPJ... Aku berjalan ke office SDC untuk memulangkan nombor dan kad.. Aku ditahan Abang Romy lagi... dia menyuruhku ke pejabat untuk memphotostat ic dan lesen L ku, aku menurut sahaja...

Kemudian, aku pulang ke rumah dihantar oleh abang Romy dengan menaiki BJB sayang....
Abang Romy: Awak tinggal kat Desa Aman kan?
Yaya: Tak, kat **********
Abang Romy: Ooo, kat **********
Yaya: Yep.. tapi dekat *******

Kemudian aku dihantarnya di simpang di rumahku, aku meninggalkan kereta dan mengucapkan terima kasih tatkala kakiku melangkah keluar...

Aku berjalan pulang ke rumah dan singgah sebentar untuk bermain dengan kucing yang sedang bermanja-manja dengan kereta jiranku... O-en namenye, kerana die oren... Tiada Ais Krim hari ini kerana tekakku sakit...

Apabila ibuku balik, dia memberiku Double Cheese Burger, Air Milo, dan Kentang goreng... Aku memakan Burger itu dengan gaya Castiel dalam Supernatural....

Alhamdulillah, semuanya ok... Untuk jalan raya, aku dapat 18/20.... tak cukup bagus...
Thanks to everybody that support me... I am a DRIVER.... hahahhahaha... Alhamdulillah...

Tamat

Sunday, February 27, 2011

Perjalananku Mendapatkan Lesen VI

Assalamualikum...
Kelas kelima dan terakhir telah tamat... Yang tinggal cume test dgn JPJ... Seram...Kelas hari ni start pukul 10... Kereta hari ni ialah Encik BJB sekali lagi...
Untuk hari ni, yaya buat latihan litar 2 pusingan n atas jalan raya 3 pusingan... Kat litar hari ni jam packed! Sampai ada yang berhenti kat cerun menuruni bukit kerana menuggu giliran untuk berlatih memakir kereta... So far, semuanya ok.. Untuk on the road, Alhamdulillah Yaya dah hafal dah bile, nak buat ape, kat mane... Sebenarnya tak hafal, cume naluri, maklumlah kelas lepas sampai 5 pusingan buat... Alhamdulillah dah mahir... Takde ape2 yang special, cume hari ni yaya yang drive ke SDC n yaya jugak yang drive pulang ke rumah dari SDC dengan encik BJB..

Terima kasih kepada pengguna jalan raya lain yang bersabar dengan kerenah saya yang memandu Encik BJB... thanks to BJB itself because behaving urself... Saaaayang BJB....=)

D-day is tomorrow... The day that seperate me from the licence...
Wish me luck n pray for my success.. I'm very nervous...

Saturday, February 26, 2011

Dub Dab Dub Dab

Semalam, ayahku hantar adikku firdaus ke sek petang, aku seperti biasa, menemaninye... Dalam perjalanan pulang,
Ayahku: Awak dah pandai bawak kereta kan?
Yaya: Emm.. bolehla..
Ayahku: Eh awak boleh bawak manual.. Auto tak reti kan
Yaya: (tak tau nak cakap ape)
Ayahku: Takpe, esok bawak van.. Nanti balik kampung, bolehla tido2 sebab awak boleh bawak
Yaya: (muka terkejut) What???

Then abang yang ke SMKSP hantar adik lagi satu mengajakku menemaninye mengisi minyak, kemudian apa lagi, ais krim satu... Tapi unfortunately, no pelangi available... Sebagai gantinya,YAya beli Cornetto(camne nak eja ek?)... Hehehe.. lepas geram, sampai dalam kereta Yaya bukak lagu akim n stacy sambil membuka ais krim tersebut... Kemudian, kami ke Pusat Komuniti kerana abangku ingin menempah court(badminton tau, takde judge, lawyer, n juri)...

Next, abang suruh bawak kereta dia kat depan pusat komuniti... Baru Yaya tahu yang Myvi tu bapak gile besar(kecik je la... selama nie bwk Kancil, memang la rasa myvi sungguh besar)...
Tak biasa bawak auto... Terkial-kial, nasib baik tak tercari-cari klac n gear 1... Bawak Myvi abangku menaiki bukit dan buat U-turn menuju ke pusat komunit.. Nak naik bukit tak payah balancing.. tekan je minyak.. Mase menuju ke Pusat Komuniti, nasib baik x langgar budak yang sibuk dengan motornya kat tepi jalan... Serius x nampak budak tu, nampak die mase die terkejut betapa ketika kereta melaluinye...

Kat pusat komuniti, abang yaya suruh yaya buat 3 penjuru, menuju kembali ke tempat abang menyerahkan kereta kepadaku dengan sinaran ketakutan dalam matanya=)... Terserlah kelebihan power stereng... tak berat pun sterengnyer... rilek jer yaya pusingkan kereta tu.... Kemudian yaya kembali ke initial point... Interesting...

Dalam perjalanan pulang ke rumah:-
Yaya: Ringan ek kereta auto..
Abang: Tu sebab kereta mahal, ringanlah
Yaya: Kalau Myvi dah ringan macam nie, kereta ibu tu macam mane pulak ek?
Abang; Tu lagi ringan.. Bayangkan, abang pulas stereng die dengan satu jari jer...
Yaya: Waa..

Myvi yang kecik dirasekannye besar, kalau bawak van ape pulak perasaannye... Humongous...

Tak lama lagi nak test dengan JPJ dah...
Perasaan:
  • ceMAs
  • SeRAm
  • taKUt
  • NerVOus
  • and so on and on and on...

Friday, February 25, 2011

Old City Hall -Tamat Sudah


Akhirnya, novel bahasa Inggerisku yang setebal 382 muka surat ini berjaya aku habiskan.... Buku bahasa Inggerisku yang pertama, dan bukan yang terakhir aku harap...

Secara keseluruhannya, novel ni best... Maklumlah, aku memang suka kalau cerita pasal penyiasatan n peguam ni.. Buktinya, aku minat cerita CSI, NCIS, Criminal Minds, Mentalist, Eli Stone... Best kot...

Watak kegemaranku ialah Officer Daniel Kennicott.. Dia seorang peguam yang menjadi polis setelah kematian abangnya, michael... Dia nak tolong Detective Ari Greene selesaikan kes pembunuhan abang dia yang menjadi stu-satunya kes yan Grene x dapat selesaikan.. Tp Old City Hall bukan cerita pasal pembunuhan Michael, tp pembunuhan Katherine Torn, isteri kepada Voice of Canada, Kevin Brace, juruhebah di radio... Kennicott jadi first officer in the scene, di jumpa saksi, Mr Singh yang merukan penghantar surat.. Mr Singh jumpa Brace dalam keadaan tangan berlumuran darah sambil dia menggumam "I killed her, i killed her Mr Singh".. So prime suspect ialah brace... tp cik peguam brace, Nancy Parish pulak cakap, bukan brace yang bunuh coz die cakap killed, bukannya murder... Hebatkan, permainan kata2... Next, Kennicott cari bukti lag, bersama-sama Greene... Albert Fernandez pulak, walaupun dia memang nak sangat jadi pendakwaraya yang hebat, tapi dia tetap dengan etika dia, ayat faveret die, "The role of crown attorneys is not to win or lose, but to ensure the integrity of the system is upheld,"
So overall;

Pegawai polis:Daniel Kennicott
Detektif: Ari Greene
Mangsa: Katherine Torn
Peguam bela: Nancy Parish
Defenden: Kevin Brace
Pendakwa Raya: Albert Fernandez
Saksi: Mr Singh, Forensics

ni merupakan antara watak utama... watak2 ni berkenalan dengan watak2 lain yang berkaitan dengan kes, seperti ibu bapa katherine, bekas isteri brace, jiran2 brace, kawan2 peguam kennicott, pihak District Attorneys, wartawan... memang berselirat, tp boleh difahami...
Not bad for Robert Rotenberg debut novel...

Sekarang ni runsing nak cari buku The Guilty Plea.. Rotenberg's second novel... Nk cari kat mane ek...?
We are what we read...=D

Perjalananku Mendapatkan Lesen V

Assalamualaikum, alhamdulillah, kelas keempat berjalan lancar... Semalam kelasku yang sepatutnya bermula jam 10 pag diawalkan ke jam 8:30 pagi... Nasib baik masaku flexible(nasib baik pagi2 lagi dah bangu n bersiap)...
Fatin bertolak dari rumah pada pukul 8:15 pagi... Semasa melalui lorong sebelah kedai runcit, Fatin terlihat kelibat kereta kancil... ia merupakan kelibat BFF... nampak gayanya, naik BFF kali ni...
Fatin memandu ke SDC sendiri dengan cikgu di sebelah... Lalu lintas agak sesak, namun tidak stuck.. kaki fatin jarang sekali dialihkan daipada brek, maklumlah, jalan ke PJ dari Pantai Dalam menuruni bukit...Di SDC, Fatin memberhentikan kenderaan di hadapan garisan melintang hitam putih, Fatin diberitahu bahawa, kat situ, fatin kene buat semua protokolnye(check wiper, signal, betulkan mirrors n tempat duduk, buckle up, n so on)... Selepas itu, barulah memulakan perjalanan...
Fatin tak tahu, fatin lalu route apa, tp berdasarkan description abang, fatin lalu route B.. for 5 or 6 times, until i master the road, remamber when to use signals, change lane, brake, change gear, n every single holes on the road.... just like spongebob...=)..
Laluan A kata abang Fatin lalu highway... Fatin x buat lagi, mungkin on the next n final class... I am terrified right now..

Pada kesempatan ini, Fatin nak say thank tou pd pemandu2 di Pj yang memandu on the rad bersama-sama fatin... thaks coz x provoke ncucuk blekang kereta, nbersabar dgn fatin... To the cars that were behind me when the traffic light is green n i am doing the balancing,... Tp serius cakap, yaya dah mahir balancing!!!! Alhamdulillah, segala puji bagi Allah...

To BFF, the car... sebelum ni fatin ada cakap yang BFF ialah best friend forever, tp bagi fatin kini kereta tu bukan best friend tp kenderaan yang make us to Be Fabulous Forever...=)

on 10:10, yaya berlatih litar... Semuanya 2 kali.... Alhamdulillah berjalan lancar... Fatin balik umah pukul 10:40.. Singgah 7E untuk beli ais krim pelangi, tp xde ais krim pelangi.. jd Fatin beli ais krim Cola Fire, sekadar mencuba, hatiku tetap pada pelangi yang best sekali...

Later on the evening, anin told me that she passed her driving test... Congratulation... Mine will be on 28th Feb 2011 together with sol... Pray for us okay....

Fifth, n final class is on 27th feb... be prepared
Assalamualikum.

Wednesday, February 23, 2011

Sebuah Perkongsian

Khas buat teman-temanku yang bergelar gadis dan wanita

Rasulullah SAW telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang bagi mereka daripada mencium bau syurga.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka, iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang da golongan kedua, ialah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget(sanggul/fesyen rambut). Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungghnya, bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh" Riwayat Muslim

Dulu masa yaya pergi mukhayyam arabi kat smakl, teman2 sebaya di smakl pernah cakap pasal hadis ni.. Mereka sekadar menegur sahabat2 ku yang sanggulny terlalu tinggi... Sehari sebelum SPM, yaya belek2 buku solusi, nak cari idea buat karangan, terjumpa artikel yang mengandungi hadis ni...

Istilah berpakaian tetapi telanjang merujuk kepada wanita yang menutup sebahagian auratnya, tetapi mendedahkan bahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh, atau memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan....

Rasulullah SAW memberi peringatan ini kepada kita, kaum hawa kerana baginda sayang akan kita... Baginda tersangat ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke dalam syurga...

Jadi, ladies, memang best ikut fesyen semasa, tapi kalau terlalu dikejarkan yang dunia, takut yang akhirat tercicir pulak... Tak salah berfesyen, tapi biarlah ikut syariat... Macam fesyen baju jarang skarang nie... Pakai inner memang menutup tubuh, tp tidak melindungi bentuk tubuh daripada dilihat orang...

Yaya sedar sapelah yaya untuk menegur orang.. Yaya pun tak perfect, tp bak kate cikgu zahrin, "Masih belum terlambat". Yaya akan cunb berubah menjadi yang lebih baik... Selagi matahari belum terbit dari barat, pintu taubat masih terbuka... Masih belum terlambat...

Assalamualikum, SEBARKAN SALAM...

Rasa Lega

Semalam, mama yaya balik rumah dan kami ke SR...
Dalam perjalanan, ibuku berkata kepadaku, "Ada berita sedih". Aku membalas dengan bertanya, "Apa dia?" Ibuku menjawab, "Keputusan SPM diumumkan 23 Mac 2011"
Huish, aku pun apa lagi rase lega....

So, aku ada 1 bulan lagi sblum saat untuk menghadapi kenyataan...

Tuesday, February 22, 2011

Perjalananku mendapatkan Lesen IV

Assalamualaikum...

Hehehehe.. dah 6 jam aku memandu... Kelas memandu ketiga telah berlangsung pada 18 Feb yang lalu.... Kali ni naik kereta BJB... Best... Kereta tu sungguh sweet dan baik... Tak nakal, dan sopan sekali... Aku tak mengalami masalah untuk memandu... Kalau ada problem pun berpunca daripada ketidakcekapan aku sendiri...

Kelas kali ni bermula pada pukul 10 pagi... Ketika aku masih di Pantai Dalam ni, cikgu telah berkata kepadaku...
Cikgu: Bawak kereta ni...(ke SDC)
Aku:....(tergamam tidak terkata-kata)
Cikgu: Boleh bawak tak?
Aku: Entah..
Cikgu: Tak yah la...

Akhirnya, cikgu itu yang memanadu ke SDC...

Sesampainya di SDC, aku duduk di tempat duduk memandu... Cikgu itu menyatakan hasratnya untuk pergi minum sebentar, dia bertanya kepadaku sama ada aku boleh memandu sendirian... Jawapanku seperti biasa, boleh kot... disertai dengan senyuman gugup... Dia meninggalkan aku sendirian dan aku memandu menuju ke bukit.....

Aku menggumam sendirian.. "Ya allah, lancarkanlah perjalananku seraya membaca doa naik kenderaan dengan bacaan surah Al-Fatihah pada permulaannya... Tiba giliran aku... Aku menekan minyak untuk mendaki bukit... Alamak! terlajak pulak, side mirror tak selari dengan tiang.. So, aku turun bukit dalam keadaan mengundur untuk re-daki bukit itu... Alhamdulillah, okay..

Kelas kali ni, aku berjaya reduce casualties... Kematian berjaya dikurangkan kerana aku semakin mahir.. Kelas kali ni hanya menyaksikan 2 kematian enjin... takpe, mati enjin sekarang, jangan depan JPJ dah lah... Insya Allah..

Untuk kelas yang berbaki 4 jam, aku akan memandu on the road... Goodbye litar.... I'll miss u, please be good with me when JPJ is around ok....

On that day i once agai drive my own way home... i am the one who hit the gas, brake, clutch, n change the gear, from gear 1 until 3...

Next class will be on Thursday, 24th Februari 2011.. Wish me luck...

Thursday, February 17, 2011

Sejarah 17 Feb 2011

Mari lupekan jap pasal SPM...
Hari ini, benda bersejarah telah berlaku... Untuk pertama kalinya, fatin telah mengisi minyak kereta.... kukuku... seronok perasaannya... harga minyak yang aku isi ialah, RM55.56 cool giler... lepas tu, yaya beli aiskrim magma choc.. niat hati, nak beli rainbow peak RM 1 jugak harganya...
masuk hari ni, dah 3 kali makan aiskrim minggu ni... Alasan: This thing make me happy.... Sampai adikku, faiz ckp: hari2 beli aiskrim boleh bankrup.... Memang la dik oi, akak beli aiskrim seringgit, awak beli sampai 2 ringgit 70 sen.... Maklumlah, orang ada income, fatin ni, cuma harap belas ibu n ayah... nasib baik ayah bagi job, dapat gak income sikit...=]

SPM 2010

Assalamualaikum

hampir 2 bulan dah berlalu sejak habis paper bio 8 dis lalu... Hari ini, aku dikejutkan oleh mak cikku, yang mengatakan bahawa keputusan SPM akan diumumkan pada 21 feb 2011.... Aku tahu itu tidak benar.... Sebabnya ibuku terlebih dahulu memberitahuku bahawa keputusan STPM yang akan diumumkan pada 21 hari bulan.... bulannya aku x sure... either feb or march.. Baru sekejap tadi, sahabatku, Nurul Adnin bertanya tentang hari result diumumkan, lalu aku bertanya kepada ibuku, untuk kepastian... Ibuku mengatakan bahawa keputusan akan diumumkan pada 23 Feb 2011.. iaitu, rabu minggu depan... Congrate folks.... its just around the corner... Tak bestnye, masa tu, aku belum dapat lesen, tak boleh nak drive to school.... =(

I AM AFRAID....

At this moment, i wanted to draft my speech after receiving the result...

Maaf... Maaf... Maaf... Terutamanya kepada ibu bapa saya, dan guru2 yang ternyata telah saya kecewakan... Ini yang terbaik boleh saya buat... Maaf kepada Pn Faizah kerana menghancurkan harapan cikgu yang menggunung... Kepada En Halim... Maaf, saya tahu cigu kecewa, ini yang terbaik... saya yang salah... Untuk bi, bukan salah miss Shahrini... its my bad.... i am the one who lazy.... sorry.... Sej, sya dah buat sehabis baik, cikgu Maimon... Add math, saya nak ckp terima kasih pd En Zahrin, sbb ajar sya, ini yang mencerminkan usaha sy setelah ckgu ajar, Ckgu Ikram, maaf anadai ini tak cukup, sy dah cuba... Math... Sayang cikgu Rosni.... Terima kasih sebab ajar saya, tp rasanya, skill2 math sy dah tumpul, skarang nie... Bm.... Kepada cikgu hanisah, ini yang terbaik dari saya... Maaf andai tak memuaskan... Pendidikan Islam, Kepada guru kelasku, en Khairulanuar... sy dah buat sehabis baik di samping membuat nota2... ini terbaik dari sy....

Terima kasih dan kemaafan sy pohon dari dasar hati sy... Sayang semua cikgu2.. andai saya berjaya, ni jasa semua cikgu... termasuk cikgu sek ren... Cikgu Mazriati, cikgu Aseelawati, staz Shahir, Cikgu Shaari, Cikgu Hakimi, Ustazah Hasniyati, Cikgu Shahrim, Cikgu Siti Basrah, Cikgu Nazri, dan cikgu2 lain...

Assalamualaikum

Thursday, February 10, 2011

Perjalananku mendapatkan Lesen III

Assalamualaikum...
My second driving lesson just ended... 6 hours to go..
Hari ni, pukul 7 dah gerak dari rumah, hantar adik ke sekolah... Perjalanan pulang ke rumah dari SKBP bermula pada pukul 7:34 pagi... Aku pulang ke rumah terlebih dahulu untuk mengambil fail yang tertinggal, lalu berjalan kaki ke SDC Pantai Dalam ditemani abangku yang mengada-ngada... Aku berjalan dan dia menunggang motor...
Di hadapan pejabat itu, terduduk seorang jejaka yang dapat aku cam wajahnya sebagai individu yang sama2 amali denganku dahulu... Kemudian, seorang lagi ejaka memakir motornya.. Dia membuka helmetnya, aku tidak mengenalinya... Akak yang menguruskan sesi memandu berkata kepada jejaka pertama, "Kelas awak pukul 10, kenapa datang sekarang?" dan dia membalas, "Ha? takde sape bagi thu pun... oklah, nanti pukul 10 saya tunggu kat sana(SDC PJ)"
Kemudian dia berkata kpd jejaka kedua, "Kenapa awak kat sini, awk pukul 12 nanti. Cikgunya satu, sampai 3 orang datang.."
Kemudian, aku menaiki kereta dan dihantar ke Litar...

Di litar, aku diberikan kereta Kancil yang bernomber pendaftaran BFF ____(tak ingat no...) BFF stand fo Best Friend Forever.. harap2 betullah kawan baik, agar aku x mematikan enjinnya secara tiba2... For today, aku drive kat bukit n parking je... Parking 2 kali, n bukit... Lost count... buat banyak kali sangat... kali ni aku lebih memahami kereta tersebut, n balancing aku pun makin balance, walaupun pd awalnya aku mematikan enjin... Tp bila dah dapat rentak, oK...(bagi aku je kot, coz aku atu aku teruk...

During my second round di Bukit, i saw someone in my cermin pandang belakang... The someone is Soliha!!! then, we looked at each other, n smile, we can't have conversation, co busy with the car...

Settle semua, pukul 10:10 pagi, BALIK!!!! Balik naik kereta yang aku bawa minggu lepas... dah siasat, nombor platnye, BGW 1084(this time, i take note the number)... Aku melangkah pulang, tapi sebelum tu singgah sebentar di KK... Beli ais krim pelangi faveretku.... Next session, still umconfirmed...

Monday, February 7, 2011

Perjalananku mendapatkan Lesen II

Assalamualaikum...
Alhamdulillah tanggal 1 februari yang lalu, saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak saya kenali... Saya tidak menjawab panggilan tersebut... Lalu pemanggil itu menelefon bapa saya. Saya diberitahu bahawa saya telah mendapat lesen L.... Hahahaha... Sooner than i thought... Pada keesokan harinya, 2 Feb, saya belajar memandu..

Aku menjejakkan kakiku ke luar rumah pada pukul 11:25 pagi memandangkan janji temuku pada pukul 11:30 pagi.. Aku tiba di SDC Pantai Dlm pd pukul 11:32 pagi.. agak lewat, tp tbelum ada seiapa menantiku lagi... Pada pukul 11:45 pagi, sebuah kereta kancil dengan nombor pendaftaran yang tidak sempat aku perhatikan kerana dihambat perasaan nervous yang melampau tiba.. Pemandunya memanggilku, dan aku pergi ke arahnya.. aku dibawa ke SDC PJ untuk belajar memandu di litar... perkara pertama yang aku pelajari ialah:

BUKIT
Bagiku, bukit agak sukar... perlu fokus...
Nak dapatkan timing yang betul untuk brek kat atas bukit, agak susah... nak buat balancing pun tak kurang susah gak... masa nak turun bukit senang, kawal brek je...

TIGA PENJURU

Part yang mencabar dalam tiga penjuru ni ialan sesi memaut stereng yang mampu melenguhkan tangan anda di samping memandikan anda dengan peluh... kiraan2nya juga haruslah diingati.. diingatkan kepada individu2 yang baru, warm up dulu sblm memandu...=)

PARKING
Siapa kata tak susah... memang tak susah, cume payah sikit je, bak kata ustazahku, Ustazah Halimah... yg payahnya, nak kira tiang, n paut stereng...

Berdasarkan ulasan, yang memayahkan sesuatu pemanduan di litar ialah,
  1. Fokus yang kurang.. Boleh diatasi dengan cara baca doa naik kenderaan sebelum mula bergerak dan peka, bukan pekak
  2. Step2 yang x diingati... Atasinya dengan menghafal step2 yang telah diajari... praktis dalam sesi2 pemanduan yang akan datang..
  3. Paut stereng... Kat umah, buatlah senaman yang patut, bagi menguatkan biseps dan triseps anda, agar memaut stereng bukan alansan untuk anda tidak memandu.. malah dengan biseps dan triseps yang kuat, anda boleh menarik brek tangan dengan lebih efektif... jangan lupe warm up....
  4. Mengira... Ni pun boleh menjadi satu masalah? so next driving session, BRING YOUR CALCULATOR! hehehe, acah je... fokus pd tiang2 yg mesti dikira di samping praktis selalu.. nanti dah biasa, takde hal punye...
Sesi driving yg seterusnya, belum disetkan lagi tarikhnya, so till then... Ingat!!! Praktis tau...