Friday, June 10, 2011

Minggu Haluansiswa Day 2


Hari ke-2 bermula sejak pukul 5:30 pagi.. Asalnya, kunci jam pukul 5 pagi, tp x terjaga lak... hehehe.. Solat Subuh, bila tiba waktu, dan seterusnya, berlari ke court dgn brg amanah yg tlh dikurangkan utk aktiviti riadah, iaitu, botol berisi air, dan tag nama.. Riadah dimulakan dgn nyanyian lagu negaraku, lagu UM, dan lagu kolej.. (nasib baik die x suruh nyanyi lagu wilayah, Yaya x hafal) Masa nyanyian lagu UM n lagu kolej, semuanya sayup2.. Lembik!!(dgn nada yg marah..) hehe saje je nak taip perkataan yg meaningfull tu.. =) Warm up, then kitorg belajar tarian doraemon... Best skali.. sungguh seronok.. Next, kitorang buat Chicken dance.. then cool down..
Lepas riadah, breakfast time... Kitorg dilepaskan untuk breakfast pukul 7:15, n dikehendaki berkumpul di foyer D dengan berpakaian formal bersama-sama barang amanah, dokumen2 utk pendaftaran di PASUM, dan X-ray, pada pukul 8:00 pagi.. Timing lebih kurang ar, coz dah x ingat sangat la.. Around 8 o'clock, kami, pelajar Sains Hayat ke PASUM untuk pendaftaran.. Di PASUM, minutes of waiting... So long.. Alhamdulillah, dokumen2 yaya sume xde masalah. Selesai pendaftaran dapat cenderamata lagi!! yea!! Kali ni, dapat beg PASUM, payung PASUM, pencil case PASUM, sarung kad matrik PASUM, dan T-Shirt PASUM.. Pendek kate, sume ada tulis PASUM la... Yaya antara yg awal selesai, belakang Yaya ada lebih 400 orang lg..

Bile Yaya punye pendaftaran dah settle, PP membawa kitorg ke kolej semula, ke Dewan Gemilang.. Tgk citer Merong Mahawangsa.. Macam tengok wayang.. dengan speaker yg menggegarkan dada, wah!! Tp honestly, mungkin sebab Yaya tgk citer merong ni dr tgh, Yaya rase cite ni agak bosan. Yaya almost fall asleep masa menonton.. Kalau kene tangkap ngan PP, tak tau la ape yg jd pd Yaya.. PP x bagi kitorang tido, in the middle of program.. Habis cerita merong, sume budak hayat dah settle pendaftaran..

Masa ni la biro disiplin ada benda nak cakap sikit.. Dewan tu memang pack kalau nak menempatkan ktorang sume, so memang berhmpit la.. PP suruh bangun, rapatkan ruang, n suddenly kami disuruh duduk n sume org duduk berhimpit-himpit.. Yaya je yang xde tmpt duduk.. Tatkala sume org duduk, Yaya sorang je yg tegak berdiri dgn payung di sisi.. kat kaki yaya, pack... xde ruang langsung... PP dr biro disiplin scolded us coz ada yg x ikut tatacara pemakaian, ada boys yg x pakai tie, ada yg pakai crocs, dan PP tersebut marah ketika Yaya sedang berdiri.. Wah rasa macam semua mata memandang Yaya.. Then PP Zol suruh individu2 yg pakai crocs berdiri.. Ops, Yaya pakai kasut tutup.. x pakai crocs... tp yaya x bleh nak duduk.. nasib baik la ada asasian yg prihatin cakp "eh, die x pakai crocs la, sana sikit, bg die duduk" semua ke tepi sikit demi sedikit, dan akhirnya, adalah ruang sikit utk Yaya.. Alhamdulillah...

Tibalah masa lunch.. Lepas lunch n solat zohor, bebudak hayat dikehendaki ke Dwn Gemilang, kalau budak fizikal sblm ni tgk Merong, kitorang budak hayat tgk Megamind!! Alhamdulillah, kalau la masa tu kene tgk Merong gak, mesti Yaya dah tido... Sblm tgk movie, kitorang ada sesi soal jawab dgn PP Sophia.. Dia berkongsi pengalaman dia sebagai Asasian, katanya, pelajar asasi merupakan budak tadika dlm UM.. Jd sebenarnya, kitorang ni pelajar Pucat Acaci Cainc...

Habis jer cite megamind, kitorang nyanyi lagu rumput yang panjang... Panjang betul rumput dan lagu tersebut.. start dr rumput, sampai la ke kutu di rambut... BArang amanah kitorang gak ditambah.. Payung PASUM, inilah brg amanah tambahan.. next riadah, belajar tarian baru, xi shua shua.. haha, ape2 lah, tp seronok tarian tersebut.. =) xi shua shua ni jd tarian favourite Asasian.. Kitorang gak belajar sub Who Say..

Untuk malam plak, LDK, Yaya sel 6.. semuanya ada 50 sel, so agak sukar nak bump into org yg sama sel dgn kite, jd, mlm tersebut merupakan malam pertama, kami yg se-sel bertemu... PP kami, sel 6 ialah PP Wafiy dari biro kegiatan, beliaulah yang ajar kami doraemon pagi tadi.. Kitorang buat sesi taaruf, dan penciptaan tagline kump.. Nama kump, JAMBU... Tagline pun best.. Kitorang gak main menyanyikan lagu unuk ahli yg lebih tua dan sebaliknya.. Yg muda, geng Yaya nyanyi lagu Just The Way You Are.. Yang tua, nyanyi lagu nenek nenek si bongkok tiga untuk kitorang.. Ade ke patut?? Kitorg gak buat ujian bunyi, meneka berapa ekor kuda, Yaya still x dpt crack game tu.. ntah la slow plak diri ni.. Lepas LDK, kumpul kat court balik...

Kat court, kitorang buat sub kolej.. kasi mantap... Kene tegur sikit ngan biro disiplin kerana x menepati masa.. Yaya paling benci, kalau duduk kat court waktu malam ikut sel.. hal ini demikian kerana, lampu court tu sungguh silau, yaya nampak PP yg sedang berkata-kata, kalau nak tunduk kang, PP ckp, yaya tido, so nak tak nak, kene angkat kepala, n bukak mata occasionally.. PP Zol bg pesanan melalui penyampaian teka teki Imam al-Ghazali kpd murid2nyer Teka tekinyer,
Dalam dunia ni, apa yang paling dekat dgn kita? Anak murind imam Ghazali yg pertama menjawab, orang tua, anak murid yang kedua menjawab, guru, anak murid yang ketiga menjawab, teman, dan anak murid yang keempat menjawab, kaum kerabat... Semua itu benar, tetapi yang paling dekat dgn kita ialah MATI
Pastu kitorang dibenarkan pulang ke bilik, setelah mengambil supper... Kitorang juga diarahkan berkumpul di court esok pd pukul 6 pagi berpakaian terang...

3 comments:

First Class Design said...

hello fatin, nak tanya dah crack tak game kuda tu? kalau dah mcm mana ah?

Fatin Nur Nadia said...

Dah tau dah dulu.. Pastu dah terlupa.. Hehe.. Gomennasai..

Atikah said...

Hai Kak yaya.. Akak wktu MHS tu makan macam mana?? Ramai tak orang kat kafe??