Minggu orientasi di Universiti Malaya dinamakan Minggu Haluansiswa, atau singkatnyer, MHS.. Mula2 skali, izinkan yaya memetik kata2 dr dlm buku MHS Pusat Asasi Sains..
“SemuaMahasiswa/i baru yg mendaftar wajib mengikuti MHS sbg satu drpd program yg akan menjadi peristiwa yang akan diingati. Ini adalah kerana program haluansiswa mengandungi aktiviti2 yg sgt menarik dan aktiviti tersebut tidak akan dipelajari di tmpt lain selain satu minggu yg cukup padat dgn segala jenis program yg akan membimbing mahasiswa tersebut utk menjalani cara hidup yg baik di Universti Malaya”
Basically, apa yg dikatakan tu memang betul, cukup padat n unforgettable.. Semuanya bermula pd pagi yang indah, 29 Mei 2011.. Aku dan ibu bapaku ke UM pd pukul 8:15 pagi.. Ketika kami tiba di sana, ramai dah yg menunggu di sana.. Aku mendaftarkan diriku di Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah UM.. Di dewan yg ada di kolej, Dewan Gemilang, aku memperolehi tag nama dan fail.. Kemudian aku juga menjelaskan beberapa bayaran kepada bendahari kolej.. Seterusnya, aku ditmpatkan di blok C, bersam-sama individu yang kini menjadi roommate ku, Shazwani atau Wani.. Setelah mendapat kunci bilik, kami diberikan cenderamata berupa T-shirt kolej ke-12 yang perlu dipakai ketika ke DTC nanti, dan beg kolej ke-12 yang berwarna biru, yang di dalamnya, terdapat tumbler(cawan), fail, dan topi... Kemudian, sesi mengangkut beg ke bilik di tingat 8.. Tinggi betul... ingatkan dtg awal, dpt tingkat yg rendah2, rupe-rupenye, diorang nak penuhkan tingkat yg atas2 dulu.. Ceh..
Lepas memunggah barang, aku pulang ke rumah terlebih dahulu, untuk lunch(boleh pulak ek..) Pukul 2 ptg, aku kembali ke UM, Dewan Tunku Canselor, DTC untuk taklimat dgn ibu bapa..dalam pukul 4;30, taklimat tamat, kami pelajar asasi dikehendaki berkumpul di hadapan DTC untuk kembali ke kolej kediaman secara berjemaah, dalam barisan berdua-dua, dan sebelum itu, kami diminta mengucapkan selamat tinggal kpd ibu bapa kami, kerana mereka tidak dibenarkan lg utk berjumpa dgn kami slps ini.. OTW ke kolej, ada kakak2 n abang2 senior yng memantau kami, menyuruh kami berlari merapatkan jarak, pakai topi sebab panas, dan menjaga keselamatan kami semasa melintas jalan.. Oh, mereka sungguh sweet...
Sampai kat kolej kami disuruh balik ke bilik, solat asar.. kemudian turun ke dewan gemilang... Yaya ni budak baik, so ikut je la arahan... Kat dewan gemilang, kami pelajar2 seramai 1119 orang dihimpunkan beramai-ramai, agak padat..(padat sangat!!) Kat situ, adalah, kakak2 n abang2 senior bg taklimat ringkas dr biro masing2, ada biro kebajikan, makanan, penginapan dan lain2.. Masa ni Yaya x tau lg yg senior2 tu dipanggil PP, Pembantu Pelajar... Ada la dgr2 PP, PP rupe2nyer, PP tu diorang.. Then, sampai turn biro disiplin memberi taklimat, PP Zol dgn sungguh seius, tanpa segaris senyuman pun pd wajahnya, mengarahkan kami mengeluarkan pen dan kertas, untuk menulis peraturan asas antara peraturannya,
- PP sentiasa betul (mula2 yaya tulis PP sebagai Pipi hehehe x tahu la katakan.. tu yg pelik Pipi??? biar betul??)
- PP is always right
- Kalau ada apa2 masalah rujuk peraturan no 1 & 2
- setiap kali hadiri program, pastikan awal 7 minit
- Yang bertudung, pakai handsock, pakaian jgn ketat dan jarang, kasut bertutup, crocs x dibenarkan, x bleh pakai seluar skin
- handphone silent semasa program n x dibenarkan pegang hp semasa program
- tutup suis lampu n kipas setiap kali keluar bilik
- jgn pakai aksessori berlebihan
- lif hanya utk tingkat 4, 5, 6, 7, 8, 9 yg lain, guna tangga
- Untuk ke DTC, berlari anak-anak (hehe lari-lari anak la PP Zol) jgn jalan terhegeh-hegeh
Mlm, lepas solat, 7:45, berkumpul di foyer D, untuk ke DTC.. Ada taklimat kolej kediaman di sana, kami masih berpakaian kolej ke-12 bersama2 dgn brg amanah di sisi kami.. Kami berlari-lari meredah kegelapan malam, dalam barisan berdua-dua... Peluh, jangan cerita, hangat giler.. nasib baik ada name tag yg bleh dijadikan kipas.. Dah sampai kat DTC, x bleh terus masuk, kene tunggu kat luar dulu, kat situ la hangat giler, x sabar rasenyer nak melangak ke DTC yg air conditioned... Dapat duduk kat pintu pun jadilah(kat pintu la air cond paling kuat)
Masa Taklimat kolej kediaman ni, kami diperkenalkan dgn pengetua kami, iaitu Ayahanda Prof Madya Dr Ahmad Salihin Baba.. Beliau pula memperkenalkan kami kpd kakitangan2 kolej, peraturan2 kat kolej, dan beliau juga memberi kami nasihat2 berguna.. Kami diminta berhati-hati kerana kolej kediaman ini, merupakan kolej kediaman yg tertinggi, dan pernah berlaku pelajar PASUM(Pusat asasi sains hayat UM) terjatuh bangunan dan meninggal dunia.. Al-Fatihah.. Di akhir taklimat, kami menyanyikan lagu UM n kolej kediaman.. Nyanyi macam x nyanyi jer, sayup2 jer bunyinyer.. maklum la, x hafal lirik lg..
Lepas taklimat tamat, sesi berkenalan dgn para PP.. PP memperkenalkan diri masing2 di atas pentas, mereka menyatakan nama penuh, nama PP, asal, dan fakulti masing.. Setelah semua PP selesai memperkenalkan diri, kami diberi tugasan utk mengumpulkan tanda tangan PP dan maklumat2 yg telah dinyatakan.. Seterusnya, menyemak dokumen utk memastikan kelancaran aktiviti pendaftaran kursus di PASUM esok... Kami juga diarahkan agar berkumpul di gelanggang pada pukul 6 pagi esok dengan berpakaian terang... Kemudian, kami berlari-lari anak pulang ke kolej dalam barisan berdua-dua.. Ambil supper di kafe, pulang ke bilik, mandi, solat isyak, dan tidur pada pukul 2 pagi..
No comments:
Post a Comment