Pastu, PP Amir berteriak...
"Malam ni MALAM PROTOKOL! Saya nak kamu masuk Dewan macam ni" kata beliau lalu membongkok dgn jari mencecah ke lantai.. (What?? Protokol ape tu) kami tergelak.. Kemudian ada PP cakap, "Pastikan jari menyentuh lantai, sampai kamu tiba kat tempat duduk kamu!" Yaya x cam PP mana coz it's pitch dark man!! Barisan yang hujung skali mula bergerak masuk ke dalam dewan, melalui pintu tepi... Yaya duduk tengah2..Satu demi satu barisan bangkit berdiri, kemudian, PP Zol pula berteriak, "saya nak yang TERBAIK dari kamu malam ni.. Jangan gelak-gelak!" Yaya cam tu PP Zol sebab suara die.. Kemudian, barisan sebelah yaya berdiri, dan kini, tiba barisan Yaya. Kami berlari merapatkan bariasan menuju ke pintu tepi.. Kat depan pintu, jantungku berdegup kencang, maklumla, first time nak buat entrance macam ni.. PP yg kat depan pintu cakap, "jangan bangun selagi x sampai kat tempat duduk.. Pastikan jari sentiasa di lantai.."
Fine, now it's my turn... Yaya memulakan perjalanan ke centre of DTC dengan cara yang pelik tu.. Lenguh kot kaki.. dan ada la beberapa kemalangan yg berlaku.. maklumla, x nampak jalan kat depan, peraturan jarak 2 saat pun x ikut.. Yaya cume bleh menghitung saat jer, bile la nak sampai tmpt duduk ni...
Akhirnya, kitorang sampai ke tmpt duduk, dan kami duduk.. masing2 tercungap-cungap, di belakang ktorang, banyak lg orang yg sedang terbongkok-bongkok..Yaya meneguk air dr botol dan mula menilai situasi.. Ok.. ada cameraman, 2 orang.. Ok, kamera yg kat tgh2 dewan, ada lambang tv3.. betul la, diorang nak buat dokumentari ni.. mesti best dokumentari MHS.. Kami mula bising.. PP Zol masuk dan menyuruh kami mengangkat tangan, lalu meletakkan jari di bibir.. Haha macam budak sekolah rendah..PP Acap jadi emcee..
Ok, ada percanggahan, nama malam ni, malam protokol, tapi kenapa PP Acap x pakai kot macam masa taklimat kolej kediaman, sebaliknya, dia pakai sweater putihnyer sahaja.. PP acap menjemput penceramah utk taklimat protokol... Penceramah tu macam familiar jer...
tetibe, semuanya make sense.. it hit me suddenly.. Yaya pun cakap pada kakak APIDS kat sebelah kiri.. "Kite kat dalam Bang Bang Boom ke??" akak tu pun kate, "a'ah la.." pastu Yaya x tau camne penyebaran berita bang bang boom tu berlaku... Yaya pay att jer pd ceramah protokol ni..
Kata penceramah ni, "Protokol amat penting, tau x, dalam bulan JULY, UM akan menerima kunjungan daripada kerabat diRaja Jepun"... Ok, x kisah la, coz ada AAJ kat UM ni.. "X mustahil anda semua akan terpilih untuk menyambut ketibaan kerabat diraja ni.. " Pastu, penceramah tersebut meminta 5 orang volunteer.. Diorang diminta menunjukkan cara nak menyambut sultan kalau sultan datang.. Diorang pun angkat sembah.. Kitorang yg menonton ni ditanya, betul ke tak? kami menjawab "Tak Tahuu" Penceramah membuat muka terkejut.. Kami semua disuruh berdiri, dan didenda ketuk ketampi 5 kali kerana sebagai org melayu, x tau cara nak sambut sultan melayu.. Next encik penceramah mengajar 5 org volunteer cara nak sambut kerabat diraja jepun..
Caranya, jalan lurus, kaki kanan dahulu, dan jalan dgn menyusun langkah satu2, hujung kaki bertemu tumit kaki yang satu lagi, dan di hujung jalan tu, terus duduk... Kemudian, mereka diminta mengulanginya, tapi kali ni, buat laju2.. Diorang akur... Sungguh kelakar, n kamera kat tgh dewan rakam gelagat diorang.. Then tetibe je, penceramah tu tanya pelajar permpuan, sape yg pernah pakai kimono.. Seorang sahaja yang pernah.. Dia pakai kimono ketika di Japan.. sebab student exchange.. Penceramah tu bgtau, nanti benda ni akan ditayangkan di TV3, MHI.. Waa MHS kat MHI... Tapi, sejak bile MHI buat liputan rakaman, bukan diorang buat LIVE ke??
Kemudian, ada PP bg surat pd penceramah, dan penceramah tu bukak surat tu terus..
Dia nak meyampaikan berita sedih, salah seorang drpd kami,terpaksa meninggalkan PASUM... Hal ini demikian kerana, ibunya merupakan ibu tunggal, dan x mampu nak biaya pengajiannya.. Dia ada 5 or adik-beradik, dan yang bongsu merupakan OKU.. Kos perubatan mahal, so die akan pulang ke kampung dan bekerja.. dia akan pulang ke kampungnya di kedah... dan encik penceramah itu telah ditugaskan oleh pengetua kolej untuk menghantarnya ke kedah malam itu juga... =(
Individu tersebut ialah Huda... Huda dijemput ke depan untuk memberikan kata2 terakhir... Yaya pelik, coz huda asyik menyeka air mata dr mata sebelah kiri jer, sebelah kanan die x lap langsung.. mungkin she got tears at one eye only, or maybe its crocodile tears.. Pastu, encik penceramah umumkan die nak buat derma kilat, so die mintak PP2 sediakan tabung.. Tup tup, ada tabung.. Huh, PP2 ni memng pantas dan efisyen.. Penceramah gak suruh kitorang berdiri dan menyanyikan lagu bertemu dan berpisah.. Several asasian, had burst into tears, n some of them had gone forward to say goodbye to huda.. Me, Lightman from lie to me taught me too well n put doubts into me.. i can't believe her for real.. Encik Penceramah kemudian berkata, "marilah kita sama2 doakan Huda akan berjaya, dia boleh bantu keluarga, tak pun dipinang oleh datuk yang kaya"..I laughed n so do others.. "kenapa gelak? saya serius ni" kata penceramah.. Then kitorang sambung nyanyi..
Kemudian, Encik penceramah tu cakap, "ahli keluarga huda akan menyertai kita di sini tak lama lagi".. Ni lagi pelik, ahli keluarga Huda nak datang so, kenapa Pengetua susah2 suruh encik penceramah bwk Huda balik Kedah?? Kenapa family die nak turut die kat sini sedangkan nanti die akan dihantar ke sana? Kenapa Pengetua suruh LELAKI yang hantar Huda ke kedah? jauh perjalanan tu..
Then, suddenly, the students at back scream.. And as i thought, the gorilla from BAng bang boom showed up.. Hahaha.. I had a high five with kakak APIDS.. All of us screaming... Such an unforgettable moment..
Tapi, walaupun yaya dah crack hakikat yang kami di bang dlm bang bang boom, tp, yaya still terkena tang jalan cara yg unik ke dlm DTC.. Yaya tertanya-tanya gak, ape, kalau org nak graduate kat DTC tu kene jln cmtu ke masuk dewan? giler polite... Org dr bang bang boom cakap, kitorang ni, org yg di bang paling baik, dah la kene tipu, pastu, bg derma lg... Pastu PP2 dijemput ke atas stage utk bergambar, kitorang jer yg kene tinggal kat bawah ni..
Anyway, nanti jangan lupe tgk kitorang dlm bang bang boom tau...Yaya x tau episode berape, tp, ada la kot nanti...
Lepas jer bang bang boom bersurai, ada taklimat drpd bekas pengetua kolej ke 12 Pesanan2 beliau ialah:
- Dapatkan lecture notes
- cari information/contoh lain
- banyak buat latihan
- kongsi ilmu, so it'll lasts longer
- Ramah, jangan sombong.. Tegur lecturer.
- Datang kuliah, dan lecture note buat.. Jangan main2.. Tutorial, buat sendiri, jangan tiru
- Don't forget the techniques that give u A in SPM
Pastu kitorang pulang ke kolej, n berkumpul @ court.. Belajar sub baru, sub sore loser.. Sub favourite Yaya.. hehehe... Jap, Yaya dah lupe.. Bile kitorang belajar buat sub Jong jong inai n lagu tema?? ntah la, x berapa nak ingat.. tp kitorang ada belajar la.. Then PP dr biro disiplin take over.. Kena tegur lg... Kene denda berdiri separuh.. lenguh gak lutut ku... lame gak la kitorang berdiri mcm tu.. n lastly, pesanan PP Zol
Dalam dunia ni, apakah yang paling berat?.. Anak murid yang pertamamenjawab Baja.. Anak murid yang kedua menjawab,besi.. anak murid yang ketiga menjawab, gajah.. Semua itu betul, tapi, yang paling berat sekali ialah MEMEGANG AMANAHBeliau juga berkata, "Tumbuh2an, haiwan, semua tak sanggup nak pegang amanah. hanya manusia sahaja yang sanggup dengan egonya.. Memegang amanah sebagai khalifah"
Get back to room, mandi, solat, n sleep.. It was arround 2:30 at that time...
No comments:
Post a Comment