Macam biasa, 5:30 bangun, solat n pi riadah... Tapi riadah hari ni lain sikit coz beratur ikut sel, lelaki kat depan, perempuan kat belakang.. Kelainan ini diadakan bagi membanteras gejala x turun riadah dalam kalangan Asasian..
Lepas sarapan, kitorang ke bangunan peperiksaan untuk ujian penempatan Bahasa Inggeris, bersama-sama barang amanah n pencil case masing2... ada gak yang bwk sweater coz PP ckp tmpt tu sejuk.. PP pun ada gak kongsi pengalaman amik ujian ni.. Bile tiba masanya, kami masuk ke dlm bangunan tersebut.. sebelum ni, ramai2 duduk kat luar bangunan tersebut.. berpeluh-peluh coz berlari-lari anak ke Bangunan Peperiksaan yang berdekatan dgn DTC n Rumah Universiti..
Okay, for me, paper tu sungguh susah... Mana x nyer, begitu banyak perkataan dan text.. Text tu kene baca sampai habis plak tu, dah la panjang, level bahasa pun take time nak faham, tp masa yg diberi nak jawab, cume 1 jam 15 minit.. Huh.. ligat otakku berfungsi nak digest word by word.. Page pertama, kedua, ketiga, dan keempat okay lagi, masuk page ke lima, perkataan2 tu seolah-olah bergerak-gerak.. Alamak, kemengantukkan melanda mata... Misi Yaya mase tu cume nak jawab semua soalan jer.. Semak kemudian, takut tak sempat... Lepas kertas2 tu dikutip, it takes about 15 min for them to count the papers.. so i took the oppurtunity to sleep for a while.. spending a quality time of 15 min to revive my clarity of mind n vision.. Lepas je diorang settle mengira, kami berlari-lari ke DTC untuk taklimat kewangan dari KPTM..
Sebelum taklimat kewangan, PP Zol bg pesanan beliau yg kedua...
Dalam dunia ni, apa yang paling jauh dari kita? Anak murid yang pertama menjawab, Negeri China, anak murid yang kedua menjawab bulan, anak murid yang ketiga menjawab, matahari, dan anak murid yang keempat menjawab bintang2.. Semua itu betul, tapi yang paling jauh dari kita ialah MASA LALUBeliau juga berkata "masa lalu sangat jauh dari kita dan kita x bleh nak capai balik masa tersebut. Jadi hargailah masa kini".. Thank for the advice.. Taklimat kewangan tgh hari tu, merupakan taklimat yang banyak dgn soalan.. Soalan yg mengundang tawa dari kami.. Habis je sesi tu, kitorang berlari pulang ke kolej untuk lunch n solat zohor..
Next, ke DTC lagi untuk taklimat keselamatan.. sekali lagi kami diingatkan agar berhati-hati kerana pernah berlaku kemalangan yang x diingini di kolej tersebut suatu ketika dahulu.. Kami juga diingatkan bahawa kami x dibenarkan memandu / menunggan motosikal di kawasan kampus, menunggang basikal x pe.. Selain itu, kami juga diberi amaran agar x menayangkan makanan kami kpd monyet2 kerana monyet kat UM, pandai memilih makanan(maklumlah, monyet yg educated, masuk U la katakan).. mereka turut makan nasi lemak. Pesanan Encik Wahyu Hidayah ialah,
"Peraturan penting utk memastikan hidup ni x tunggang langgang.. kalau x nanti jadi mcm monyet, kejap kat atas pokok, kejap lg kat bwh pokok, kejap nanti kat bwh kereta lak.."
Next demonstrasi keselamatan, kami dipecahkan kpd beberapa kump.. Kump Yaya ke PASUM baru melalui tangga yang tinggi giler, ada yg ckp, mcm naik ke batu caves.. =) tgh merayau-rayau, tetiba je loceng berbunyi panjaaaaaaaang.. Oooo fire drill rupenyer.. berkumpul kat kaw lapang yg berumput panjang.. kat rumput tu mcm2 ada, termasuklah, KATAK!!! arghhh x pay attention pd demonstrasi dah, fokus pd katak, lg pun, x nampak coz ramai sangat yg menghalang.. Apa2 pun harap2 PASUM tak kan terbakar lah coz penat nak berlari-lari.. nasib baik turun bukit jer..
Pastu riadah, then dinner n solat maghrib.. Malam, berkumpul kat Dewan Gemilang... Kata PP Acap, pukul 9:30 nanti ada demo silat diikuti dgn ceramah mengenai rasuah.. Sementara itu, biro aturcara n protokol mengisi slot ni.. Kitorang belajar lagu ulat bulu..
Ada sang ulat buluPunya kaki seribuSiapa jumpa kakiku, kakikuJikalau tak dapat terpaksaku melompatDengan kaki seribu kurang satu
Ada 6 versi, satu yg normal, dan lagi 5, tukar huruf vokal dlm lagu kpd huruf a,e,i,o,u.. Hehe menarik, same macam lagu bapa ku pulang yg cikgu Mazlina ajar masa sek ren dulu.. Banyak la game yg dimainkan mase menuggu pukul 9:30..
Then demo silat drpd pelajar UIAM bermula.. masa silat okay lg, wlpn dah start ngantuk, tp bile ceramah rasuah start, dah x tahan... tersengguk-sengguk la jugak.. Apa yg yaya ingat, penceramah tu cakap... "Rasuah akan membuatkan kita dlm delima(dilemma la)" Beliau gak ada tanya sama ada duit yg ibu kita bg kalau kita tolong dia tu rasuah atau tak.. Bagi yaya, tu mcm upah.. tp penceramah tu ckp, itu TITIK-TITIK RASUAH... Ntah la, x tau knape, tp yaya ingat yg ni jer setelah berjam-jam ceramah.. Mungkin sebab yg lain2 tu, Yaya tido kot.. =)
Habis ceramah, ada la sesi basuhan dr Biro Disiplin.. n sebelum dilepaskan utk ke bilik, PP Zol bg lg satu pesanan
Dalam dunia ni, apa yang paling besar? Anak murid yg pertama mnjawab, gunung-ganang, anak murid yg kedua menjawab matahari, anak murid yang ketiga menjawab, bumi(anak murid yg keempat x di-mention plak utk teka teki kali ni) Semua itu benar, tapi yg paling besar sekali dalam hidup kita ialah HAWA NAFSU
Beliau gak berpesan, "bg menjadi insan yg berjaya, kta hendaklah mengawal nafsu kita.. x kiralah, nafsu makan, tudur, dan lain-lain.." bak kata pepatah, ikut hati mati, ikut nafsu lesu.. Then back to room n bath, solat, n sleep..
No comments:
Post a Comment