Tuesday, July 16, 2013

Kitaran

"Maka, kitarannya pun bermula"
Ayat ni dah lama berlegar-legar dalam minda Yaya. Sejak sebelum final exam sem 2 lagi.

Sebenarnya, kitaran yang yaya maksudkan ialah kitaran kehidupan. Macam mana sesuatu atau seseorang itu melihat sesuatu itu berlaku berulang kali, cuma subjek yang melakukan aktiviti itu sahaja yang berbeza. Sebagai contohnya, kita ambil cikgu-cikgu kat sekolah yang saban tahun menyaksikan kemasukan murid-murid baru kat sekolah. Prosesnya tetap sama, cuma murid-muridnya yang berubah.

Masa zaman asasi dan sebelumnya dulu, Yaya tak berapa nak cakna pasal kitaran ni, tapi sekarang ni, kitaran tu makin jelas. terutamanya bila masuk semester 2 kat UM. Mana taknya, Yaya bakal bergelar senior di UM, tambah-tambah lagi, Alhamdulillah, yaya dapat stay kolej. Tu yang berlakunya proses pembukaan mata. Yaya lihat macam mana pihak pengurusan kolej bersedia untuk mengambil pelajar-pelajar baru. Dari persediaan penginapan sampai la ke pelantikan Pemudahcara Mahasiswa (PM). Yaya juga bakal melihat bagaimana kerenah pelajar tahun pertama. Bukan itu sahaja, ada la kawan-kawan sebaya yaya yang berjuang melalui jalan STPM dapat offer masuk universiti. Walaupun kitorang sebaya, nanti, kalau jumpa kat UM, yaya dah jadi senior diorang. Tak kurang juga junior-junior yang dapat sambung degree. Hmm.. sedikit sebanyak rasa diri ni dah tu sikit memandangkan yaya ni bakal bergelar senior second year.

Rasanya, kesedaran yaya terhadap kitaran ni berpunca daripada usia yang makin meningkat dan sekali gus menandakan pengalaman yang makin bertambah dan perspektif yang makin luas.

Kalau dulu, yaya cuma budak tadika yang menangis setiap kali nak pergi tadika. Masa berlalu, yaya jadi budak sekolah rendah yang tak berapa nak menonjol. Cuma masa darjah 6 baru nak shining sikit. Kemudian, masa terus berlalu, dan yaya melangkah ke alam sekolah menengah, di mana, kalau masa darjah 6 dulu rasa kita lah yang paling tua kat sekolah tu, tapi di sekolah menengah ni, masa form 1, kita la yang paling muda. Senior-senior yang ramai sangat. Belajar benda-benda baru, petangue, marble-pult, kawad kaki, buat roket air, buat bom hidrogen, dan macam-macam lagi. Mula mengenal erti tanggungjawab dan bonding antara sahabat dan guru. Yaya langsung tak perasan pasal kewujudan kitaran tu masa zaman ni. Yaya sekadar living my life. Mungkin sebab masa ni yaya masih 'hijau' lagi. Sekarang ni, bila pergi balik ke sekolah, nostalgia lama menggamit kalbu. Melihatkan pelajar-pelajar lepak di perhentian bas seleas waktu sekalah, duduk di bangku sekolah menunggu ibu bapa, guru-guru berjalan laju menuju ke kelas, sukatan pelajarn yang masih tak berubah. terlintas di hati kecil ini, "dulu, aku macam ni..."

Sekarang, yaya bakal menyaksikan kemasukan pelajar-pelajar baru ke UM. Bukan sebagai Pemudahcara Mahasiswa, tapi sekadar seorang senior second year.

Sekian,
Hidup Berani Jadi Berani..
"So, let the cycle begins..."

No comments: