Aku bermimpi pelik dan aneh..
Orang Portugis dan orang Perancis berada di Melaka. Aku dan beberapa orang lain yang datang dari Kuala Lumpur menjadi jurubahasa.. Orang-orang tempatan menjadi orang bawahan kuasa penjajah itu. Di saat itu, aku di pihak Perancis. Namun aku tidak lagi mahu terlibat dalam konflik itu.. Maka aku dan kawan-kawanku berusaha untuk melarikan diri kembali ke Kuala Lumpur.. Dengan menaiki LRT... Dari mana datangnya LRT tu, aku pun tak tahu.. Dalam usaha kami meloloskan diri, menyelinap di sebalik semak-samun, jerami padi, dan sebagainya, suatu suara menyergahku..
"Nadia!!! Bangun!!!"
Mataku terbuntang luas. Hati kecilku agak kecewa memikirkan sambungan mimpi itu. aku cuba menyambung kembali tidurku, namun suara itu menyergahku kembali..
Aku bangun lantas menuju ke dapur. Ibuku belum siap memasak lagi.. Tgh potong sayur. Maka aku pun membantu ibuku memasak... Sambil memasak, aku melihat ke luar rumah.. Kucing-kucing di belakang rumah kelihatan agak aktif. Aku menatap mata salah seekor kucing. Sepasang mata itu kelihatan agak terkejut. Neuron-neuron di otakku pantas menghasilkan suatu drama sebabak yang dibintangi sang kucing.
Babak 1
Kucing 1: Mata terbuntang luas, telinga bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Kenapa pulak dengan manusia-manusia ini? Awal pulak diorang bangun hari ni..
Kucing 2: Aku tak kisah, yang penting aku dapat makanan aku..
Kucing 1: Semua rumah menyala lampunya. Harap-harap diorang bagi la makanan kat aku.
*tamat*1 R
Aku berkata kepada ibuku,
"Ibu, kucing-kucing semua terkejut tengok semua rumah bangun awal"
"Awak tak tahu, tadi dia dah cakap kat ibu dah.. "ooo bulan puasa ek..." balas ibuku, bergurau..
Aku terkelu sejenak..
Drama tambahan bermain di mindaku.
Babak 0.5
Kucing 3: Memandang ibuku dengan pandangan yang sinis. Bulan puasa ke? tersenyum sinis.
*tamat*
Titik penting di sini ialah, Ramadhan telah tiba. Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga amalan-amalan kita semuanya diterima Allah..
~Tamat~
Hidup Berani, Jadi Berani
Sekian.
No comments:
Post a Comment