Semuanya bermula dengan pagi 2 Ramadhan 1434H.. Selepas bersahur, adik yaya, Firdaus, sengaja memprovok kesedihan di hati ini dengan menunjukkan klip video kemusnahan Probe.. Kesedihan terus menggamit jiwa ini (overrr jer..)... Tatkala itu, kreativiti menguasai diri. Idea nak buat replika Probe dengan menggunakan barang-barang yang sedia ada di rumah mencurah-curah.. Selesai jer solat subuh, jam 0630, yaya memeulakan misi..
Mula-mula sekali, yaya lakarkan gambar Probe dalam buku sketch Yaya.. Lepas tu, yaya pecahkan badan Probe ke bentuk cakera (disk) supaya Yaya dapat bentukkan badan Probe ke bentuk 3D...
Selesai proses lakaran, yaya teruskan dengan proses memotong kadbod daripada kotak kepada bentuk-bentuk yang yaya perlukan untuk membina Probe (Probe mini). Memang mecabar la proses nak potong bentuk-bentuk ni. Bukannya apa, gunting yang Yaya gunakan agak kecil, jadi menyukarkan proses mengguntung kadbod yang tebal dan keras. Cabaran yang lebih besar lagi, bila yaya nak lukiskan bentuk yang yaya nak atas kadbod sebelum yaya menggunting bentuk-bentuk tu.. Tak sia-sia belajar lukis guna jangka lukis (compasses). Senang sikit nak lukis bulatan, sudut 60 darjah, 90 darjah, lukis bisection, dan banyak lagi.. Tak sia-sia fokus kat kelas Miss Chan masa form 3 dulu..
Seterusnya, ke fasa pembinaan.. Yaya tebuk lubang kat pusat (center) disks yang akan membentuk badan probe. Tebuk jer dengan compasses sampai tembus. Lepas tu, guna lidi penyapu sebagai 'tulang belakang' replika tu. Maka terhasillah badan probe.. Yaya siap bina badan Probe dalam pukul 8:30 pagi.. Lepas tu yaya tidur.. Maklumla, 'burung hantu' kan tak tidur malam.. waktu pagi jer la kitorang boleh tidur...
Walaupun yaya tidur, neuron-neuron dalam kepala ni ligat buat tindak balas kimia bagi mencetuskan idea macam mana nak bina tangan-tangan Probe. Pukul 11 pagi, Yaya bangun, yaya mula consturct tangan-tangan probe dalam imaginasi.
Waktu malam baru la Yaya berkesempatan nak sambung misi membina Probe ni.. Malam tu Yaya tak pergi solat Terwih di surau, solat kat rumah jer sebab mama yaya selesema... Lepas Isyak, yaya sambung projek Probe..
Pembinaan tangan Probe tak se-smooth yang yaya imaginasikan. Maklumla, imaginasi tak dipengaruhi fizik. Realiti, kita kena ambil kira fizik. Hasilnya, tangan-tangan Probe agak comot.. Sesi pembinaan waktu malam ni lebih messy berbanding waktu pagi. sebabnya, kali ni yaya terpaksa bermain dengan gam sebab nak balut disk-disk badan Probe dengan warna-warna yang sepatutnya. Yaya tak dapat nak cari kertas warna yang sama warna dengan warna ungu gelap pada badan probe. Penyelesaiannya, yaya warnakan kertas A4 dengan warna yang yaya nak. Sabrina tolong warnakan sebab dia malas nak gi study, jadi dia sengaja offer pertolongan supaya dia tak di suruh gi study untuk UPSR.
Pukul 1 pagi, akhirnya selesai. Maka sesi fotografi bersama A.R Probe..
A.R Probe |
Tengok warna ungu gelap tu pelik sikit. Sebabnya itu ialah kertas A4 putih yang diwarnakan.. :) |
This is quite creepy |
Hidup berani, jadi berani,
Harap-harap Adudu bina semula Probe dalam musim ke-3 nanti..
Akan kurinduimu Probe..
Sekian..
No comments:
Post a Comment