Thursday, September 20, 2012

Generasi Muda

Post kali ni sekadar menyuarakan kekecewaan yaya atas sikap generasi muda, pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara..
Rasa kecewa betul bila memerhatikan generasi muda yang tak endah akan bahasa yang mereka pertuturkan.. Yaya tak kisah sangat kalau pasal penggunaan bahasa rojak.. Selagi boleh difahami dan maksud kata2 tu elok.. Yaya okay jer.. Tapi bila dengar atau lihat mereka menggunakan 'f word' rasa tersentak tangkai jantung yaya.. Macam mana mereka boleh menggunakan perkataan tersebut? Macam mana mereka boleh tergamak menujukan perkataan tersebut kpd sesorang?
Kadang2 yaya pelik.. Mereka sebenarnya faham atau tidak maksud perkataan2 yang mereka pertuturkan? Mereka tergamak menggunakan perkataan sedemikian dan kadang-kala disertakan dengan isyarat tangan sekali..
Yaya tahu.. Kadang2 bila amarah menguasai jiwa.. Sukar sekali nak mengawal segala tindak tanduk.. Sebab itulah, kita kena sentiasa berdamping dengan istighfar.. Kalau marah sangat ketika berdiri.. Duduklah.. Kalau duduk pun tak jalan, baring.. Kalau dah baring pun masih rasa perasaan marah di setiap inci tubuh, berwuduklah.. Basahkan lidah dengan istighfar.. Mula2 memang lah susah nak biasakan diri dengan istighfar.. Asyik cakap perkataan yang x berfaedah jer.. Contohnya 'damn'.. Cuba ubah sikit2.. Kalau dah tersasul tu cepat2 istighfar..
Yaya tertanya-tanya apa penyebab yang membuatkan mereka menggunakan perkataan2 tersebut.. Yaya tak rasa seorang melayu akan dibesarkan dengan penerapan nilai2 negatif.. Jadi yang tinggal hanyalah pengarub rakan sebaya dan pengaruh media.. Terlalu banyak menonton rancangan2 yang membawa pengarub negatif.. Kalau rasa diri tu tak mampu nak membezakan baik dan buruk sesuatu itu, tolonglah jauhi benda2 yang sedemikian.. Kadang2 media ni bertindak sebagai mesin brain wash yang akan membentuk peribadi diri.. Akan terbit di pemikiran si penonton.. 'kalau dia boleh buat kenapa aku tak boleh? Kalau dia boleh cakap, kenapa aku tak boleh cakap?' 'wah coolnya sebut perkataan.... '
Yaya bersyukur sangat2 yang yaya dibesarkan tanpa pengaruh2 negatif tu.. Kawan2 yaya semuanya tak menggunakan perkataan2 tu.. At least depan yaya diorang tak gunakan la.. Belakang yaya, yaya tak tau..
Tolonglah pulihkan bangsa kita daripada penyakit ni.. Sedib bila yaya tengok diorang.. Yaya dapat rasakan yang bangsa kita sedang runtuh sedikit demi sedikit.. Sejujurnya, yaya kasihankan diorang.. Terpaksa mendepani cabaran globalisasi yang mana maklumat tak mengenal batasan.. Baik maklumat yang positif mahupun yang negatif..

Sekian..
Bahasa menunjukkan bangsa
Hidup berani jadi berani..

No comments: