Untuk meeting rasmi yang kedua, yaya bertanggungjawab membentangan perkembangan unit kami dalam mesyarat tersebut(asal ayat skema sangat ni??).. Meeting kali ni diadakan di bilik BKP.. Bilik Kegiatan Pelajar... (penambahan perkataan bilik kat depan akronim BKP tu memang lewah, tapi, kalau xde perkataan bilik tu rasa pelik lak... ) Memang nervous sangat la, maklum la, dah tengok true colours en Faiz masa dalam meeting, risau gak sebab perkembangan kami x banyak.. Time tu, kami cuma dah kumpulkan maklumat sykt2, bungkus kerepek, jual muffin... tu jer tak banyak pun...
Nasib baik, last minute, kami diberitahu yang en Faiz xdpt datang meeting tu.. selamat aku... Maka dengan agak tenang, aku membentangkan perkembangan kami.. Pengerusi dan pengarah faham yang kami xleh nak wat apa2 lagi, sebab kelulusan HEP untuk projek tu belum dapat lagi... Meeting malam tu, abis agak awal... so, maknanya, tidur awal...
esoknya, Yaya ngan Zu ke HEP, sebab nak tanya pasal dana 1M4U.. Kami ni projek kesukarelawanan, jadi, kami layak untuk memohon dana tersebut... Masa kat HEP, kami ditolak ke unit luar kampus... Kat situ, kami berjumpa dgn encik K...(memang orang panggil dia K... Nama dia khairul kalau x silap..) Sebenarnya, Fazri suruh kami jumpa dgn en S...(Fazri cakap nama dia S Ramli... tapi orang panggil S jer..) tapi En S tgh jumpa orang lain, maka kami bertemu dgn en K di pejabatnya... Nervous gak, macam nak kena interview lak masa kami serahkan KKP dgn proposal tajaan kpd beliau... Mungkin beliau malas nak baca, beliau tanya kami sinopsis projek tersebut... Nasib baik aku dah study dulu sebelum serang HEP... Menurut en K, kami layak, tapi kalau nak dapatkan borang, kena ada surat hijau dulu...
Hijau?? Apa yang hijau???
rupa2nya, surat kelulusan TNC tu berwarna hijau... cis... Masa kami nak balik, en S bagi kami borang untuk apply dana 1M4U tu... Alhamdulillah, dah ada progress...
Okay, berbalik kpd meeting2 yang kami hadapi... meeting yang paling tragis bila en Faiz marah unit tajaan sebab tak banyak perkembangan... Masa tu, meeting yang ke-3.. kat bilik BKP gak... Zulaikha bentangkan perkembangan masa tu... lepas jer Zu abis bentang, en Faiz:
TU JE UNIT TAJAAN???
Memang masa tu kami tergamam abis... Nasib baik Syukeri decide nak bentang pasal UNESCO yang x pasti tu... Boleh la gak cover, tapi en Faiz still x puas hati... Yaya senyap jer sepanjang meeting tu... xde mood.. bukannya kami xnak buat kerja, kami dah ke pejaat kolej dah, nak fakskan proporsal, tapi org pejabat x bagi sbb projek xdpt kelulusan VC untuk mengutip sumbangan, tajaan, atau derma... so, kami memang xleh nak wat apa2... Sedih kot.. Masa tu baru la terasa stress jadi unit tajaan ni... Abis meeting, terus balik bilik, tido.. penat...
Meeting2 yang seterusnya pun diadakan kat bilik BKP.. kecuali meeting2 yang tak rasmi.. itu, kat pokok tanjung pun boleh buat... Meeting memang penting sebab masa ni la kitorang boleh tau perkembangan unit2 lain.. dan masa ni jugaklah, kami unit tajaan ni nak tau berapa banyak duit yang ada pada bendahari, dan berapa banyak duit yang projek ni perlukan lagi.. Kami gak dapat cadangan2 ttg cara2 nak dapatkan dana untuk projek ni, di samping dimarahi sbb xde progress..
Till Then,
Live brave, be bold...
Maaf, entry kali ni agak melalut...
Next: Cari duit... Surat VC dah tiba!!!
Till Then,
Live brave, be bold...
Maaf, entry kali ni agak melalut...
Next: Cari duit... Surat VC dah tiba!!!
3 comments:
wah..banyak boleh belajar kat sini ni..saya n geng2 1st year kat upm ni kena organize program kebajikan..kitorang buat dekat pusat perlindungan penu melaka bersama dengan anak2 yatim..korang ada senarai tajaan yang kami boleh mohon untuk taja program kami?
=)
Pasal tajaan, tgk gak kumpulan sasaran korang apa.. kalau prog kebajikan berunsurkan kesukarelawanan, boleh minta dari 1M4U.. Tapi tu kena uruskan awal.. Rasanya boleh gak mintak dari baitulmal kot.. Cuba jer nasib dengan random companies.. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.. kalau x dpt, cuba lagi.. memang susah nak cari tajaan sekarang ni, tapi x mustahil.. Usaha terakhir nak dptkan dana adalah dengan buat jualan.. Nak buat jualan, yg penting sekali konsisten.. jangan hangat-hangat tahi ayam.. tak pun pergi buat kutipan derma.. Memang frustrating, kalau cari tajaan, tapi bila time projek berlangsung, memang puas hati.. Good luck.. :)
Post a Comment