Battlefield LIVE ni ialah salah satu daripada pelbagai acara yang diaadakan sempena Minggu Manifestasi Islam (MMI).. Game ni rasanya, macam main counter strike kot.. Cuma versi LIVE la.. Dgn senapang yang ada scope.. sniper... dan lain2...
Group 1Step2U bercadang nak join event ni.. Masalah timbul bila nak kumpulkan pemain.. 10 org satu group dan setiap sorang kena bayar yuran penyertaan rm20... Mula2 dah cukup 10 dah.. Pastu tetiba ada yang xleh nak masuk.. ada hal lain la, ada event lain la, sakit kaki la... Macam2 perangai..
Setelah berbincang dan berkompromi, maka terciptalah barisan battlefield OSTU... Ahli2 dalam group 1Step2Battlefield ni ialah,
- Khairil Hafiz
- Syukeri
- Afif
- Pojie Huhu
- Zulaikha
- Aiman
- Azami
- Iffa
- Ira Hadis
- Fatin Nur Nadia
Pada pukul 8:30 pagi, 10 Mac 2013.. Kami berkumpul di pokok Tanjung dan memulakan langkah menuju ke medan pertempuran... Medan pertempuran tu ialah Canseleri..Mainly kat tmpt parking jer.. Kalau ada kat tingkat atas pun Sniper la tu... Hehehe..
Bila dah sampai sana, kami diberitahu bahawa, satu group hanya 8 orang, maka 2 orang terpaksa dikeluarkan.. Yang dikeluarkan ialah, Pojie Huhu dan Ira Hadis... Dua2 tu AJK MMI... Kak Ira dah excited dah nak bertempur dgn group OSTU... Siap dah pakai baju purple OSTU dah... Pastu terpaksa join group lain... Si Pojie lak, dari kat pokok tanjung lagi, xnak dgr cakap orang.. dia xnak tukar baju OSTU.. belum basuh lagi katanya.. Dia pakai baju Sukmum warna biru terang.. memang menarik perhatian betul..
Group 1step merupakan group pertama yang bermain.. Kami main game kubu pertahanan.. ada 2 pasukan, satu defender, dan satu lagi attacker... kami jadi defend.. Agak nervous la masa nak main tu.. Nervous memang nervous, tapi, bila dah start main, tak ingat dunia dah.. tembak merata-rata.. Tgh terhendap-hendap memerhatikan musuh, sedar2 jer nyawa dah kurang satu... Lama2 nyawa abis, kena cari marshall untuk refill nyawa... Game first ni, kami gagal mempertahankan kubu apabila pasukan attacker berjaya mendapatkan battle box.. Huhuhu.. Sedih, tapi seronok...
Next team 3 dan 4 lak yang battle.. Kami duduk kat luar, hanya memerhati sambil membincangkan strategi... Siap lukis pelan lagi... kalau x berjaya gak, tak tau nak kata apa...
Next battle, kami lawan kumpulan 5.. Kumpulan Pojie Huhu, kak Ira dan Afdhal yang muncul entah dari mana... 1step lawan 1step nampaknya.. Kali ni, kami jadi attacker... Tak sempat nak approach Canseleri lagi, dah hilan 4 nyawa di tangan sniper.. huhuhu.. dah alang2 nyawa tinggal satu, so lari jer la ke canseleri untuk cari marshall supaya tambah nyawa.. Alhamdulillah, tak mati lak time tu... hehe
Batlle punya battle, banyak la gak hit org.. hahaha.. seronok.. Tapi yg tak seronoknya, kitorang x jumpa battle box... Kalau x jumpa, camne nak cari??? 10 minit main, tak jumpa... Bila dah abis battle, tanya kat bebudak kump 5.. diorang pun x tau katne battle box tu... Nampaknya, game kali ni memang didesign supaya kitorang kalah.. Camne nak curi kalau battle box tu xde??.. Tak kisah la yang tu.. yang penting seronok...
Tinggi harapan kami nak main satu game lagi.. maka kami lepak di tepi tasik sambil menunggu battle kumpulan2 lain... Kumpulan 2 dan 3, kumpulan 4 dan 5.. Battle kali ni xde battle box dah.. Main hunting.. semua diberi 10 nyawa dan xleh refill... Pandai2 nak survive.. Masa kami tgh tunggu tu, salah seorang Marshall tu cakap,
lepas ni korang lawan Marshall nak?
pada kitorang.. tu yang tinggi harapan kami nak main lagi...
Alhamdulillah, harapan menjadi kenyataan.. Dapat main lagi.. Kali ni 12 orang lawan 4 org Marshall dan seorang budak darjah 2 bernama Akmal... group tu gabungan bebudak MMI dgn OSTU.. so, nama group tu ialah, 1StepMMI2U... Main hunting lagi... kami attacker.. Marshal2 semua dah siap sedia kat Canseleri..
Baru nak approach canseleri, kena tembak.. habis satu nyawa.. cis,.. sniper pakai camouflage rumput... Tak perasan dia dok terhendap-hendap kat pokok renek... Setelah berjaya men-down-kan sniper, kami pun mara ke tmpt parking... baru nak masuk, kena tembak lagi.. Memang xleh nak masuk langsung.. huhuhu.. Baru dapat masuk sekejap, senapang tu dah mengerang panjang, menandakan nyawa tu dah abis... huhuuhu.. sedih... Rupa2nya, si Akmal yg duduk balik kereta.. menembak kami ramai2... 5 nyawa kot abis kat budak tu... Yaya mati di tangan Marshall berbaju cokelat.. Dah mati, dok lepak jer la kat tgh2 battlefield tu.. huhu..
Dah abis pertempuran tu, Marshall berbaju cokelat offer kami..
Sapa nak main lagi, Meh sini.. Gi kat atas..
Dia hidupkan balik kami.. Yea!! main lagi!! Kami secure site kat atas tu.. satu canseleri kami pusing.. cari penceroboh... Rupa2nya penceroboh2 tu kat bwh... menembak kami yg berada di atas.. sekali kena tembak.. kami tunduk... Pojie dgn rileksnyer, berdiri dan menembak musuh di bawah... bajet jer.. Yaya lak terhendap-hendap di sebalik pokok renek cuba mengenal pasti kedudukan musuh.. yaya dapat detect sorang.. pakai camouflage rumput.. tembak3.. Akhrinya, senapang yaya cakap "casualty" tu maksudnya, musuh tu dah mati.. Yea!!! tak tau la sape yang bunuh.. tapi org kat bwh tu dah mati...
Tetiba, kena tembak lagi.. oooo ada dua orang ek.. Yaya cuba la lagi detect orang tu... Dapat gak kesan.. Marshall berbaju cokelat, berlindung dalam semak.. memang nak kena tgk guna scope senapang baru la nampak... Tembak menembak berlaku lagi.. Akhirnya, penceroboh tu tewas...
Seronok sangat... kami sekali lagi secure parameter... kemudian yaya turun ke tmpt parking dgn Aiman dan Zu.. tetiba jer yaya dgr bunyi siren menandakan game tamat.. dan senapang yaya lak bersuara "mission complete!" Alhamdulillah selesai.. Disebabkan kami dah secure parameter, maksudnya, memang xde org lain lagi dah belakang kami.. kami ni barisan terakhir la lebih kurang... Marshall baju hitam tanya,
berapa ramai korang bunuh
yaya tanya balik..
camne nak tahu??
Dia cakap,
tgk kat skrin tu.. H berapa?
Kat skrin yaya, tertulis,
HP 7
H 1
K 2
S 0
itulah score yaya kat last game ni...
Memang best... Tak rugi la rm20.. Dapat rasa mcm mana situasi peperangan... Lebih2 lagi dgn kejadian di Lahad Datu ni.. Rasa la gak perasaan pasukan keselamatan kat sana... Walaupun perasaan kita kat sini tak se-thrill diorang.. Kami ada 5 nyawa, boleh refill.. mereka... Nyawa cuma satu.. Tetiba rasa macam nak angkat senjata dan bertempur kat sana...
Memang penat sangat, tapi berbaloi... tak sia-sia rm20..
Ohya, tadi masa first game Yaya guna Scorpion Sub-Machine Gun... Second game yaya guna Commando Carbine... Berat meh.. penat nak pikul senapang tu ke Canseleri... Tapi sedap la pakai sbb laras senjata tu panjang sikit.. so senang nak tgk musuh menggunakan scope...
Game third dan last.. guna senjata yang sama... Asalnya nak guna commando carbine lagi, tapi Afif pun nak guna senapang tu.. so Yaya tukar la dgn dia punya Scorpion Sub-Machine Gun...
Ni lak Commando Carbain |
Ni la battle box... Tekan butang hitam dulu, pastu baru attacker boleh ambil box ni dan bawa keluar dari kubu defender |
Apa2 pun.. Yaya have fun.. Menumpaskan penceroboh... Hehe Marshall2 tu sendiri yang cakap bila dah abis game,
Jadi, kitorang ni macam sulu la..
hehe lebih kurang macam tu la Marshall... Mana taknya, dah diorang terhendap-hendap dalam semak... Menyorok dalam semak di sebalik pokok... Macam nak menceroboh canseleri...
Masa tgh pegang senjata-senjata tu, rasa macam ada dlm citer Gunslinger Girl pun ada... hehe.. Maafkan fantasiku.. Masa tgh pegang senapang tu, yaya peluk jer senapang tu macam bebudak dalam citer gunslinger girl... Hehehe...
Gunslinger Girl |
Sekian
Live Brave, Be Bold..
"Inilah, barisan kita.. Yang ikhlas berjuang... "
P/s: masa nak naikkan semangat, kami bertakbir.. Afif gak bagi ucapan.. dimulakan dengan "Hari ini, kita akan syahid...." Siapa xnak mati syahid???
No comments:
Post a Comment