Saturday, March 2, 2013

1Step2U (Part 5):Alternatif SKMJ... Surat VC dah tiba!!!

Progress unit tajaan masih tak banyak... projek lagi 2 bulan, surat VC still x dapat lagi.. Terdesak nak dapatkan dana, kami ahli unit tajaan bersedia mengorbankan cuti study week kami untuk berjalan-jalan di ibu kota KL untuk medapatkan sumbangan peribadai drpd peniaga2 tempatan di samping menyerahkan proporsal kpd syarikat2 yang berpotensi... Cadangan untuk projek mini unit tajaan ni datang dari Aiman, bendahari kami... Dengan ini, yaya menamakan projek mini ini sebagai, SelangkahKeMasjidJamek*SKMJ*... (suka hati jer.. over...)

Okay, kawasan sasaran kami ialah masjid jamek... Masa tu tgh cuti study week, 24/12/12.. Yaya yang cadangkan tarikh ni sbb time ni masih awal study week dan bukannya cuti umum.. kalau cuti umum, nanti bos kpd kedai2 x datang dan anak2 buahnya x leh nak bagi duit sesuka hati... Kami memang x balik ke rumah la cuti... Ingatkan, masa tarikh ni, surat VC dah ada, bolah la kami mendapatkan sumbangan dgn hati yang tenang... rupa-rupanya, surat tu still sangkut kat HEP lagi.. penat dah unit tajaan, unit hubungan luar, dan Fazri mendesak pihak yang terbabit agar mempercepatkan projek, namun semua tu tak berkesan.. Nak taknak, projek mini SKMJ mesti berjalan... Yaya ingat lagi masa kitorang tgh berbincang mengenai projek mini ni, nampak lak Afdhal dgn beg2nya.. nampak sangat nak balik rumah dah... Have fun ye... Apa2 pun, masa tu, beliau jalan tegak jer... kami gelakkan beliau.. rupa2nya, beliau salah bantal masa tidur semalam... hehe... kesian lak kat tuan pengarah... Takpe2 kan dah nak balik rumah dah...

Mini projek ini diadakan pada hari Isnin, yaya n zu sangat excited nak berpeleseran di KL.. eh eh. salah, nak memohon tajaan.. Kami dah bawak semua dokumen yang diperlukan, jaket UM, kad matrik... Awal giler siap.. Kami merupakan pelajar Pakej Makanan.. tapi, pagi tu, kami bungkus jer sarapan kami.. hehe.. siap bwk bekal nak gi Masjid Jamek.. Oh, lupa nak bgtau, girls tajaan semuanya berbaju kurung...

Sebelum bertolak, kami adakan short meeting kat pokok tanjung... pukul 8 pagi kot rasanya masa tu.. awal giler... tgh bincang2 nampak lak Fazri dgn begnya yang menandakan bahawa beliau akan pulang ke rumah beliau di N9(untungla~~) melihatkan kami yang berbaju kurung, beliau berkata..
korang ni nak sapu Masjid Jamek ke??
Hehehe.. xde la.. saje je nak berpakaian formal.. Fazri gak cakap,
Awalnya korang nak gi... *tgk jam* korang nak tolong diorang bukak kedai ke...
Hehehe, xde la sampai mcm tu sekali... saje je nak gerak awal, takut nanti sesak... Setelah selesai short meeting bersama-sama Fazri, kami decide nak ke Masjid Jamek dgn menaiki bas, kemudiannya LRT.. Maka kami beserta Fazri mengorak langkah meninggalkan Kolej Kediaman Tuanku Kurshiah(KKTK) menuju ke UM central... Kemudian, kami menaiki bas rapid KL menuju ke LRT Universiti.. di situ, kami berpisah haluan, fazri meneruskan perjalanan nak balik rumah, dan kami menuju ke Masjid Jamek dgn harapan setinggi gunung...

Sampai kat Majid Jamek, memang kedai x bukak lagi.. maka kami menghabiskan masa dgn berusaha mencari tandas sebab ada yg nak ke tandas... Bila kedai2 semua dah mula bukak, baru la kami mula approach kedai satu per satu... banyak betul halangan, mula2 kami tiba2 terperasan yang kami x bwk salinan dokumen yang mencukupi.. Maka bermula lah perjalanan mencari kedai photostat di Masjid Jamek.. Alhamdulillah jumpa satu.. namun begitu, mahal betul perkhidmatannya... taubat dah,, xnak photostat kat masjid Jamek lagi...

Dlm mini prjek SKMJ ni, kami approach kedai2 yg berpotensi dan serahkan proposal tajaan serta KKP kepada mereka untuk pertimbangan pihak mereka.. Kalau mereka berminat mereka akan hubungi kami.. kalau mereka x berminat... *krikk krikkk krrriiikkk*
Selain itu, kami gak berusaha meminta sumbangan peribadai drpd kedai2 di masjid jamek.. Ada yg bg respon yg baik, ada yg tolak... Yg menolak, mereka berikan alasan,
Bos takde...
ataupun,
Belum pecah telur lagi la dik..
takpun,
Bos datang petang..
Semua tu alasan2 tipikal.. cliche jer... Hmm agak langkah kiri la.. still, kami berjaya gak kumpulkan sedikit duit... Alhamdulillah.. Pengajaran yg kami dapati,

  1. jangan datang awal sangat
  2. pastikan bukan hari cuti umum, kalau x nanti, bos xde... pekerja xleh nak keluarkan duit sesuka hati..
  3. pastikan dokumen2 anda mencukupi
  4. datang waktu petang... bos masuk kerja petang kot.. biarlah, dia kan bos..
Memang penat sangat... tapi paid off la gak sebab berjaya gak raise money... Rasanya, baju kurung tu x beri effect pun... tapi xsalah... 
Dalam pukul 1:30 pm, kami dah penat sangat, kami pun pulang ke KKTK.. sampai je ke kolej, hari hujan....

2 hari selepas itu, 26/12/12, rabu... Syukeri bagitau yg surat VC dah dapat.. Alhamdulillah.. Tau apa maknanya??? permohonan dana 1M4U dah boleh submit!!! Proposal2 tajaan semua dah boleh faks... Namun, kehadiran surat VC ni agak menimbulkan kemusykilan.. menurut en K, surat ni sepatutnya berwarna hijau.. namun begitu, surat ini tidak berwarna hijau.. malahan, ia berwarna putih.. agak musykil di situ.. hmmm... Apa2 pun, nampaknya, hari yang sibuk bagi kami baru sahaja bermula... begitu juga dgn minggu peperiksaan kami... 26/12/12... hari kedua cuti study week kami... 

till then
live brave be bold...
Next: Perkampungan Unit Tajaan di Pejabat KKTK

No comments: