4 disember 2012, dalam kenangan.. Kelas petang pukul 5-7 cancel.. so kami balik awal!! Alhamdulillah.. Sebaik sahaja kuliah kalkulus tamat, kami, Yaya, Zulaikha, dan Hidayah(Dayah) mengorak langkah menuju ke kolej.. Aiman x join sebab dia ada kelas lagi.. sampai pukul 5.. Macam biasa, kami pulang ke kolej melalui jalan pintas, atau nama inggerisnya, shortcut.. Mendahului kami, dalam perjalan itu ialah seorang senior kolej ke-3, x tau amik course ape.. Yang pastinya, kami berkongsi shortcut.. Sedang kami bergelak ketawa dalam perjalanan pulang ke kolej, kami terdengar anjing menganjing(woofing atau dalam bahasa melayunya, menyalak..)
Cis, kau masih di situ wahai sang anjingAbang yang mengetuai perjalanan kami itu, rileks jer.. Kami bertiga pulak dah agak ketakutan.. masing2 berpegangan tangan.. Yaya pegang tangan zu ngan dayah, dayah pegang tangan yaya dgn zu, zu pegang tangan Yaya dgn dayah.. Dapat bayangkan macam mana bentuk segi tiga yang kami buat?? Gunakan imaginasai*nada spongebob*... Yaya menarik tangan 2 sahabat yaya tu agar berpatah balik.. Namun, tarikan yaya ditentang oleh Zu yang berkeras agar kami terus mengekori abg tersebut.. Zulaikha menarik kami sambil berkata
Ikut abang tuuuberkali-kali.. Baiklah, yaya mengalah.. Sebaik sahaja abang tu memijak rumput tempat shortcut tersebut, muncul seekor lagi anjing hitam.. Jeng3.. Abang tu masih mengekalkan ke-macho-an.. sedikit pun tak terkejut dgn kehadiran anjing tersebut.. Yaya dah start tarik tangan Zu sekali lagi... Zu kemudian berkata lagi..
Ikut abang tuuuuu...
Kali ni yaya x mengalah.. Sebabnya, abang tu dah agak jauh meninggalkan kami dengan dua ekor anjing.. Cis!! x gentleman langsung.. Keju!!! Perlahan-lahan kami berpatah balik.. ikutkan desakan hati, dah lama yaya buka langkah seribu.. Namun, dayah berkata perlahan,
Jangan lari, jangan lari..Kami berjalan menuju ke bangunan blok A jabatan fizik.. Yaya menggumam
Rileks, rileks...Cukup sekadar didengari telinga yaya sahaja.. Sebaik sahaja kami dilindungi oleh bangunan, Zulaikha terus membuka langkah seribu.. Genggaman tangan yang sebentar tadi erat dilepaskan begitu sahaja.. Cis, nak ikut abang tu sangat tadi, sedar2 dia lari dulu.. Yaya menyusuli Zulaikha, meninggalkan dayah sendirian..
Dah memang style dayah jalan rileks2.. Tapi lepas rasa dah selamat, yaya dgn zu tunggu dayah.. Kami bersama-sama masuk ke bangunan jabatan fizik dalam keadaan tercungap-cungap sambil ketawa.. Mesti staff kat jabatan fizik tu pelik tengok kitorang.. Hehe merekat x mengalaminya..
Dari semalam lagi yaya dah terserempak dgn anjing tu.. Masa tu yaya dah selamat menggunakan jalan pintas dah.. cuma nak melangkah ke jalan tar.. kemudian, sang anjing menyalak kpd yaya.. tergamam sekejap.. Mata melilau mencari punca bunyi.. Rupa2nya sang anjing meyorok di dalam semak.. Terpaksa la yaya ikut jalan jauh sikit, sbbnya, kalau nak gi audi fzik kena lalu depan anjing tu.. Ntah apa2 ntah anjing tu.. dah menyorok tu menyorok la diam2.. Jangan la nak menyalak pulak.. kalau dia x menyalak, dah banyak dah manusia yang dia dapat gigit.. dia gi menyalak kenapa?? Nama jer tinggal kat universiti..
Masalah anjing ni dari masa yaya kat PASUM dulu dah berleluasa dah.. Masih segar dalam ingatan, nak ke audi, tapi jalan dihalang oleh 3 ekor anjing yang besar2.. Dari jauh lagi, nampak kami mendekat, mereka menyalak.. Memang x berani nak mampir langung la... Tak tau la kalau abang tu ada, dia lalu ke tak jalan tu..
Rasa2nya la kan, abang tu cover macho kot, maklum la, ada kami 3 gadis yang mengekorinya.. Lebih2 lagi bila dia dengar zu merengek-rengek..
Ikut abang tuuuu..Bayangkan, kalau dia x cover macho.. Sekali dia pun join kitorang berpegangan tangan ketakutan disalak oleh sang anijng... Apa2 pun, yaya respek dia la.. berani kot.. anjing hitam tu muncul dekat dgn dia kot.. x sampai 5 kaki dari dia.. Anjing hitam tu menyorok disebalik tangki air.. tu yang x perasan kewujudan dia tu.. Abang tu pulak sikit pun tak goyang...
Live brave, be bold..
Don't let dogs bite..
No comments:
Post a Comment