Sunday, December 9, 2012

Kembara Ilmu:

Hujung minggu yang padat.. cukup padat.. Semuanya bermula dengan panggilan telefon daripada Afdhal, pengarah projek 1Step2U(OSTU) pada malam hari jumaat yang sunyi.. Ketika itu, aku sedang mengadu nasib kepada Ainul kerana aku x dapat balik rumah kerana keluargaku telah berada di kampung.. Ainul juga senasib denganku..
Kembali semula ke panggilan telefon.. Aku cemas, maklumla, pengarah telefon, selalunya beliau berhubung dengan ketua biro sahaja.. Hmm.. nak tak nak aku kena jawab..
"Assalamualaikum," aku membuka bicara
"Waalaikummussalam, Fatin ada kat mana ni?"
"Ermm, Fatin ada kat bilik.."
"kat kolej ek?"
"yep, kat kolej.. "
"Sabtu ahad ni free kan?"
"Ye, saya free.. "
"Fatin jadi fesi(facililtator) ek.. Turun bawah sekarang, kat tanjung, terima kasih,"afdhal memutuskan talian...
"...."
Beginilah caranya yaya terjebak dengan program ini.. Walaupun sejak hari rabu lagi Yaya dah bagitau Fazri yang yaya nak tarik diri sbb nak balik rumah, Afdhal macam tau2 jer yang yaya x dapat balik rumah.. Yaya bidan terjun jer.. So segala kekurangan maafkanlah yaya.. Yaya akan mencuba sedaya upaya untuk menjadi lebih baik untuk program OSTU nanti..

Kembara ilmu ni satu program yang dianjurkan oleh badan NGO yang mempunyai hubungan dengan alumni kolej.. So, kami sbg warga KKTK memang akan membantu mereka dengan sepenuh hati..
Program ini disertai oleh 38 orang pelajar yang berusia antar 12 hingga ke 18 tahun.. So, ada sesetengah tu, xyah nak "akak" sangat la.. Namun, yaya merahsiakan usia yaya yang masih muda ini dari mereka..
Program ini berlangsung selama 2 hari, jam 1200 sabtu sehingga jam 1400 hari ahad.. Perasan jadi PM sekejap, walhal x layak pun.. At least yaya berjaya menimba pengalaman yang precious...
Overall seronok la.. Hari sabtu bermula dgn ice breaking dgn group masing2.. Kami x kekal sebagai fesi group2 tersebut pun, so, masa tu kami cuma assist sesi taaruf tu.. Yaya dapat group 2 dgn PM Zul.. Budak2 tu nak nama group Big Bang.. So, macam biasa, kami kena buat cheers.. pm Zul ada sumabangkan idea, namun mereka x leh nak synchronise.. so, yaya cadangkan cheers Boom Shakalaka kolej ketiga sebab big bang, dalam lagu fantastic baby, diorang ada sebut boom shakalaka...
Selesai taaruf, mereka ber-LDK.. Kami fesi tak terlibat sangat.. tengok2 jer..
Kemudian, mereka ber-explore race.. Yaya x lari dgn diorang, Yaya jaga checkpoint.. Checkpoint Yaya Pokok Tanjung.. Keju(Cheese)!! Ingatkan jauh2.. Yaya jaga checkpoint dgn pm Amin, pm yang juga merupakan fesi, merangkap pengurus pasukan sofbol, dan merangkap presiden kolej.. Yaya x tau lak yang checkpoint Yaya ni check point last.. SO memang berzaman lah kami menunggu.. Lebih sejam la jugak.. Yaya dah buat banyak origami swan dah.. ada 5 ekor semuanya.. tu pun sebab kertas dah x ukup, baru yaya stop.. Apa2 pun, kat checkpoint tanjung ni, task kitorang ialah radio rosak.. teks untuk radio rosak ni ada 2.. yang pertama bahasa melayu, yang kedua, bahasa inggeris.. Yang bahasa inggeris ni sebenarnya, teks tongue twister.. so memang agak mustahil la kalau diorang nak berjaya.. Entah kenapa, semua orang pilih no2.. No 1 x menarik bagi diorang.. Maka terbeli lah lidah mereka.. Teksnya ialah:
Mr. See owned a saw,
And Mr. Soar owned a seesaw.
Now See's saw sawed Soar's seesaw
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Sebenarnya, panjang lagi tapi kami dah potong.. Actual text:
 Mr. See owned a saw,
And Mr. Soar owned a seesaw.
Now See's saw sawed Soar's seesaw
Before Soar saw See,
Which made Soar sore.
Had Soar seen See's saw
Before See sawed Soar's seesaw,
See's saw would not have sawed
Soar's seesaw.
So See's saw sawed Soar's seesaw.
But it was sad to see Soar so sore
Just because See's saw sawed
Soar's seesaw!
Basically, memang diorang x dapat la.. Nasib baik xde yang cakap sarsi.. hehe.. Ada satu group ni, diorang dah xde idea sangat, ahli kumpulan diorang cakap kat ahli yang lain, "yang penting ada see, saw, seesaw.. tu je.. " Nampak tak keterdesakan mereka.. Yaya denda group yang yaya handle nyanyi lagu negeri melaka dgn buat cheers kumpulan.. Akhirnya, dapat gak yaya dengar lagu melaka.. Kumpulan yang Yaya handle ni kumpulan teletubies.. Comel kan nama..
Malam, ada LDK lagi.. Budak2 lelaki buat ikrar, dan budak2 perempuan ubah suai lirik lagu Kalau Berpacaran supaya bertepatan dengan kembara ilmu ni... Kumpulan big bang gabung dgn kumpulan awesome(kump 5), ubah suai lirik.. So, yaya tau lirik diorang jer la sbb yaya ada la assist sikit2.. Diorang kena ubah suai bahagian chorus..:
Mari kawan-kawan,
Kita bina azam,
tingkatkan pegangan,
demi masa depan..
biar susah dulu,
senang kemudian,
bentuk diri, menjadi, insan terbilang.. 
Dah selesai LDK, minum malam, pastu tido.. Yea!! Patutnya la, tapi yaya join debat.. buka join dgr jer.. Seronok mendengar.. Memang membuka perspektif.. Jam 0045 baru balik bilik, walhal 2300 dah boleh tido dah.. Kami diingatkan agar mengejutkan para peserta pd jam 0600 hari ahad..
0600?? Maka, yaya pun bangunlah jam 0500.. Maklumlah, nak mandi, gosok tudung.. Yaya siap pukul 0545.. Siap pakai tudung, yaya tido jap.. jam 0559 yaya terbangun dan 5 saat lepas tu, kak fatimah call, suruh kejutkan budak..
Lepas solat subuh, kami beriadah.. Menari 11 lagu yang secara total berdurasi 32 minit.. Dah macam Minggu Interaksi Kurshiah dah.. Tapi seriously, memang macam MHS.. pm2 semua post kat fb yang diorang tgh mini MHS kat Istanbul, Turki.. Pastu siap tag Yaya.. Sejak bila lak yaya join diorang gi Turki ni..
Lepas riadh makan.. Pastu kami naik bas dan meronda seluruh UM.. bermula dgn akademi pengajian melayu(APM), akademi pengajian Islam(API) dan Rimba Ilmu, Fakulti Undang2, dan DTC.. Patutnya kami singgah ke Fakulti sastera dan sains sosial(FSSS) dan jug fakulti Sains, tapi dah overrun.. X sempat nak singgah, just lalu jer.. Penat giler berjalan, walaupun naik bas, tapi seriusly memenatkan.. kat fac law, jumpa vending machine yang ada air yang mampu menghilangkan dahaga... Namun Yaya ada duit rm10 jer.. sabar jer la.. Pastu, bila naik bas, pihak penganjur belikan kami fesi2 air.. Yeay!! Alhamdulillah, thanks datin.. I really x10 appreciate it.. I am sure i am not the only one who appreciated it.. each and every one of us were really thankful..
Selesai lawatan, majlis penutup.. Girls nyanyi lagu Kalau Berpacaran *remake* boys lak baca ikrar yang terbaik.. Pastu ada penyampaian sijil utk peserta, penghargaan buat kolej, dan lain2.. Bila majlis dah bersurai, fesi2 buat menari lagu tema(lagu gemuruh Faizal Tahir) dan Xi Shua Shua.. Extra, persembahan cheers kolej.. Yaya buat sekali dgn diorang, tapi bukan atas pentas la.. Tergamam budak big bang tengok cheers boom shakalaka.. Apa yang diorang buat tu x terbanding dgn apa yg pm2 buat.. Cheers yang kitorang buat ialah, Boom shakalaka ngan hakka kurshiah, anak sejati, kurshiah pantang kalah, dan terima kasih..
Next, lunch dan menghantar mereka menaiki bas.. Tata... See you next time..

Yaya nak amik kesempatan ni nak cakap thanks kpd pm afdhal sebab call yaya, n pm fazri yang sudi ajak yaya join.. Kpd semua yang terlibat, pengalam yang yaya dapat memang x ternilai..

Sampai nanti,
Hidup Berani, jadi berani..

1 comment:

namia said...

kena jugak jd fasi. ahahha. x pe. pengalaman tuh yang bernilai. :D