Disebabkan duit still tak berapa nak banyak.. Maka kami terpaksa mengadakan projek mini SelangkahKeMasjid Jamek 2 (SKMJ 2).. Kalau ikutkan, bukan selangkah dahla.. ini dah dua langkah dah... Hari yang menjadi pilihan untuk aktiviti ini ialah, 17 Januari 2013.. Hari Khamis.. Last paper Yaya untuk semester tersebut ialah, pada 16 Januari.. Paper Gelombang..
Untuk operasi kedua ni, kami dah improvise sikit berdasarkan pengajaran masa SKMJ dulu.. Kali ni kami bercadang nak gerak petang, lepas Zohor, supaya pekerja2 tu takleh nak bagi alasan "Belum pecah telur,", "bos xde", dan lain2 lagi..
Pada 17 Januari tu jugaklah, Afdhal suruh kami mengefaks semula proposal tajaan kpd sebuah sykt ni.. Menurut Afdhal, sykt tu ada call dia dan dia kata nak bagi tajaan.. Dia gak cakap yg dia xdpt pun proposal kami... Nak taknak, SKMJ 2 ni terpaksa didelay.. Operasi hanya dijalankan setelah kami selesai menelefon dan mengefaks proposal kpd sykt tersebut.... Bila dah settle, jam menunjukkan pukul 3:30 petang, tu pun kami xdpt nak menghubungi pejabat sykt tu.. So, kami hold dulu... Kemudian, kami pertimbangkan semula SKMJ 2 ni.. Bila difikirkan ini ialah peluang terakhir untuk SKMJ ini berlangsung, kami kuatkan semangat dan mengambil langkah pertama ke dlm operasi SKMJ 2..
Sampai jer kat Masjid Jamek, kami terus pegi kedai2 yang ada kat situ.. Nak mintak tajaan.. Tak tau la langkah kiri ke apa, tapi kedai pertama yang kami masuk, bos kedai tu buat tak layan jer kami.. Macam kami ni tak wujud lak... Give up dgn kedai tersebut, kami teruskan ke kedai yang lain... Ada yang menolak, ada yg sudi memberi...
Setelah penat merayau, akhirnya, kami berehat sebentar sambil minum air kelapa.. (Hahaha... shopping sekejap..) Memikirkan hari yg semakin petang, kami buat keputusan nak balik... takut nanti xde bas.. Kami gak bercadang nak gi UM Food Court Village untuk mendapatkan personal donation dr gerai2 tersebut... Sampai je kat kolej, hujan turun selebat-lebatnya... Nampaknya, Operasi Food Court terpaksa ditangguhkan ke hari esok...
SKMJ 2 ni tak sebagus SKMJ... Tak tau la kenapa... kami dah tunggu masa bos2 semua ada, kami x pegi awal sangat.. dan kami gak tak pegi waktu cuti sekolah... Namun begitu, nasib tak menyebelahi kami.. Kutipan yg kami berjaya lakukan hanyalah sebanyak RM 6... Jumlah tu lebih sikit drpd jumlah yg kami belanjakan untuk operasi kali ni... So, tak tolak modal, pent jer dapat.. Takpe.. kami ni tabah orangnya...
Sekian..
Hidup Berani, Jadi Berani
"Kami ni tabah orangnya" haks...haks.. XD
Next: Memori 18 Januari
No comments:
Post a Comment