Monday, March 4, 2013

1Step2U (Part 6): Perkampungan Tajaan di Pejabat KKTK

Memandangkan surat VC dah selamat tiba,(walaupun surat tu tak hijau, ada headletter UM, tapi tak berwarna, tulisan semua hitam putih, memang suspect kertas photostat jugak la... ) Kami ahli Unit tajaan pun boleh la mula menghubungi syarikat2 secara sah.. Kami boleh memulakan aktiviti menelefon syarikat2 yang kami telah kumpulkan maklumat.. Dari sykt makanan n minuman kpd pakaian, kasut, dan juga pejabat2 kerajaan.. 
Majoriti yang kami telefon tu semuanya cakap, 
hantar proporsal... 
Ada gak yang suruh e-mailkan proposal.. Kitorang hanya menurut perintah jer.. Ada gak syarikat yang tak dapat dihubungi, sibuk, salah nombor... well itu lumrah.. kalau nak dapat jer memanjang, memang tak la... Ada gak syarikat yang cakap,
Akaun 2012 dah tutup la..
Maklum la, dah akhir tahun... Kamdar lak cakap.
Call tahun depan..
hehehe.. Masalahnya, tahun depan tu kami sibuk dgn final exam dan nak balik kampung.. Agak2 pejabat bagi ke kitorang menyibuk kat situ?? Nak wat camne.. kitorang ikut jer apa yang diorang cakap... 

Setelah kami mendapatkan tunjuk ajar abang Wan, kakitangan pejabat KKTK, kitorang pun memulakan aktiviti mengefaks... Jujur yaya cakap, yaya mengelat sikit.. Yaya in charge of faxing the documents.. Yang lain sibuk menelefon.. Yaya tau yang yaya xleh nak lari dari tanggungjawab menelefon tu.. so, buat sementara ni, selagi boleh, yaya mengelak.. hehe... maafkan yaya.. 
Memang sepanjang minggu study week tu, kitorang yang conquer telefon pejabat.. Projek2 lain yang nak guna telefon terpaksa menunggu kitorang.. Hahaha...*gelak jahat*

Satu hal mengenai aktiviti mengefaks ni, yaya tertekan giler bila mesin tu takleh nak handle proposal tajaan yang mempunyai 7 muka surat.. Kitorang terpaksa suap satu-satu... Masa mula2 guna, kitorang xde experience lagi, memang banyak kali gak la terpaksa cancel faks tu.. sebabnya, mesin tu scan 2 pages sekali gus.. Nak taknak, kena la faks dari awal lagi... Stresssss sangat!! Kalau satu dua muka surat takpa, ni sembilan muka surat!! Lama2 bila dah mahir, dah ada pengetahuan bahawa mesin ni boleh disuapkan sehelai demi sehelai, yaya dah boleh fakskan surat sambil curi2 tidur.. Hahaha... 

Yaya boleh cakap yang aktiviti bebudak tajaan kat pejabat ni ibarat satu perkampungan sebab, En Sabri, felo KKTK pernah terserempak dgn kitorang kat dalam pejabat, dia cakap,
Eh, ada perkampungan kat sini??
Hehe.. maaf sebab menyemak kat sini... Maklum la... projek dah dekat, tapi duit xde.. Mana taknya aktiviti kami dikatakan sbg perkampungan, instead of sitting on the provided chairs, we sat on the floor.. hehe.. Kerusi ada 2, kami berempat.. takkan 2 nak duduk atas kerusi, yang lain berdiri?? So, yg menelefon jer duduk kat kerusi, yang lain duduk atas lantai.. Lagipun, lebih senang nak handle mesin faks tu bila duduk kat lantai..

Masa study week, bila tgk kami gigih menelefon selama 2 hari berturut-turut, Fazri pesan kat Syukeri,
Stop dulu telefon, study untuk exam dulu...
oh, thaks Fazri sebab memahami... Hakikatnya, yaya x berapa nak study pun masa study week tu... main game jer memanjang... bila dah xleh nak control main game tu, Yaya uninstall game2 tersebut dan selepas itu, yaya boleh study dgn tenang.. Yea!!! 

Exam kat alam Universiti ni kan x straight, ada gap yg banyak.. so, kadang2, masa gap tu, kami buat follow up... Fazri gak muncul dgn idea mendapatkan nombor telefon pembekal2 kolej... Maka, bermulalah aktiviti menelefon supplier kolej...

Kali ni, yang turun ke pejabat hanya Zana dan Yaya.. Huh, nak tak nak, dah tiba masanya yaya membuat panggilan... Ayat tipikalnya ialah,
Helo, sy dr universiti Malaya, Kolej Kediaman ke-3... Boleh hubungkan saya ke bahagian tajaan?
Tak pun ayat;
Helo, sy dr Universiti Malaya, Kolej kediaman ke-3.. Saya menelefon untuk mendapatkan tajaan untuk projek kolej.. Apa prosedurnye ek?
Hehehe.. First time telefon, org yg angkat tu bagi yaya nombor handphone person in charge... Nak tak nak, kena la call orang tu.. Bila dah call, dia cakap xleh bagi.. Sebabnya, dia baru bg tajaan dan dia nak simpan tajaan akan datang untuk dinner kolej.. (Malam Anugerah Kurshiah(MAK) take note... ) Call yang kedua, org yg angkat telefon tu cakap kat yaya supaya cakap kuat sikit (Baaaaaiiikk!!) Pastu dia mintak nombor untuk dihubungi, sebabnya, person in charge tu xde... (cis, dah marah aku, nak mintak nombor pulak..) banyak yang yaya dah lupa, tapi, yang paling segar dalam ingatan, Regno DIY.. (ewah2, siap promo nama kedai kat sini lak..) Dia cakap, nak bagi hamper boleh? Yaya kata okay jer.. Pastu dia suruh hantar proposal.. by hand!!! Nasib baik la kedai dia kat Pantai Dalam jer... boleh la gi sana naik kereta Zaim..

Kesimpulannya, memang nak call syarikat2 ni terrifying... Tapi, bila dah call sekali, excited lak nak call lagi.. lebih2 lagi bila dapat feedback positif... Alhamdulillah... Yaya gak perasan, lebih senang nak deal dgn supplier kolej.. mungkin sebab diorang dah biasa dgn benda2 ni kot...

Sekian..
Hidup Berani Jadi Berani..
Next: SKMJ2 dan 18 Januari Dalam Ingatan..

No comments: