Friday, February 22, 2013

1Step2U(Part3): Gerak Kerja Kami Unit Tajaan

Komen en Faiz mengenai roti tu ialah,
sedap!!
Hehe sebenarnya, ada teknik rahsia di sini.. Syukeri dan zana yang membahagikan sample roti kacang merah tersebut memberikan bahagian yang banyak inti kpd en Faiz dan Dr Norizah.. Hehe itu yang sedap tu.... Plan roti ni dah elok dah cuma mak cik supplier roti tu, sgt sibuk sampai x dpt nak melayan kehendak kami.. Maka operasi roti 1Step dibatalkan...(sedap2 jer bagi nama operasi.. Hehe)...
Untuk operasi kerepek 1stepsedap, kami memilh 5kg kerepek pedas basah, 5kg pedas kering, dan 5kg pisang.. Malangnya, supplier xdapat nak supply kerepek pisang sbb banjir katanya... Yaya pun x faham apa connectionnya.. Namun begitu, supplier memberikan kami 1 paket kerepek pisang 500g untuk sample katanya..

Semangat yaya nak bungkus kerepek, yaya post kat fb agar mana2 ajk yang free dapat meluangkan masa nak sama2 membungkus kerepek.. Namun begitu, hanya 4 org ajk tajaan dan bendahari sahaja yang turun.. Takpelah, masing2 sibuk... Kami pun bersama-sama membungkus 10 kg kerepek... Bergelak ketawa bersama-sama..

Selesai membungkus, kerepek2 tersebut dibahagikan kpd ajk2 OSTU...

Selain kerepek, Sahira, supplier kerepek atau lebih dikenali dgn nama ira teknikal, ada offer muffin, kami ambik jer la offer tesebut... Yaya, aiman dan zulaikha meronda dari bilik ke bilik untuk menjual kerepek dan muffin tersebut.. Alhmdulillah la ada yang nak beli... Bertambah sikit pendapatan projek... Fazri ada tawarkan booth masa projek larian gegar, tapi kami sebulat suara menolak sebab xde benda untuk dijual. Lebih-lebih lagi bila deal roti 1step x berjaya.. Nasib baik x amibil offer booth tu... sebabnya, masa event tersebut berlangsung, hujan lebat sangat.. Tambahan pula, yaya ngn syukeri join larian tu.. Zulaikha lak jadi ajk larian gegar... Takkan nak depend pada Zana sorang.. kesian dia...

Highlight untuk gerak kerja kami ni ialah operasi kerepek 1stepsedap... Overall, operasi kerepek 1stepsedap ni, diadakan sebanyak 3 musim.. Setiap musim digandakan bilangannya.. Alhamdulillah sold out.. kalau x, defisit la jawabnya.. Musim pertama, hanya kami unit tajaan yang bungkus..

musim kedua, ajk2 lain ada back up.. kami, bebudak softball boleh lepas tangan dan pergi training pukul 10.. Hasilnya, xde QC bertugas, tu yang macam x consisten sikit kerepek tu... Takpe, dimaafkan...

Musim ke-3 special sikit.. hanya melibatkan kerepek pedas basah dan bika(tapioca) sahaja.. masing2 30 kg.. so, memang perlukan tenaga kerja yang banyak.. Alhamdulillah, ramai yang turun masa tu.. Yaya cuma boleh jadi QC jer sbb yaya selesema masa tu.. bersin x putus2.. Sampaikan bila yaya berhenti bersin untuk seketika, fazri cakap
Fatin,
Yaya pandang,
Sekali lagi
Ooo nak mintak yaya bersin sekali lagi ek... Cis, menganjing aku yer.. Sy x mintak bersin2 ni.. nak wat camne, yaya cuma boleh bertugas memeriksa sebarang kebocoran yang ada pada paket kerepek...tetiba jer sealer mengalami masalah.. kilang pembungkusan terpaksa dihentikan seketika kerana masalah tersebut.. Untuk masalah ini, kami mendappatkan bantuan mekanik professional, merangkap pengerusi JKP AKTUAL...

Ni la dia encik pengerusi.. Jangan bagitau Fazri yaya post gambar2 ni ek... 

Terserlah kegigihan beliau..
Yaya pelik mana Fazri dapat screw driver tu.. Biarlah.. Fazri, masa tgh repair benda ni, dia berkata
Memang la, pengerusi JKP memang selalu buat kerja2 macam ni... 
Sarkastik... Yaya menyambung...
Pengerusi JKP bekerja sambilan sebagai mekanik... 
Dalam jam 2330, yaya stil bersin... Mereka kasihankan yaya, mereka mengarahkan yaya balik bilik, rehat..
Dah la fatin, gi balik bilik rehat...
Fatin pun menurut perintah...(eh eh, Fatin lak tetiba... ) Keesokan harinya, Syukeri mesej..
Malam ni pukul 9 kat dewan kurshiah, ada lagi 10 kg kerepek pedas basah belum bungkus, kita habiskan.. kita2 jer..
Maka 9 malam, kami unit tajaan bekerjasama membungkus kerepek.. Afdhal join sekali, jadi teman berborak.. Afdhal cakap
Korang pernah terfikir tak korang masuk UM ni tetiba kena cari duit, bungkus kerepek.. 
Aku berfikir sejenak.. Kemudian menggeleng.. Afdhal sambung lagi..
Iya lah kan.. mak ayah korang hantar korang ke sini nak korang belajar... Tetiba korang kat sini nak bungkus kerepek...
suasana sunyi seketika... Beliau sambung lagi..
Aku tengok korang ni dah macam makcik2 kat rumah orang tua... bungkus kerepek
Kami tergelak.. Syukeri menyampuk dgn gaya percakapan orang tua dari perak.. tak reti aku nak menggambarkannya di sini
Kome dah siap menjahit dah? 
Dan semua ketawa... Alhamdulillah malam tu dapat banyak lagi bekalan kerepek untuk dijual... Dengan kerjasama ajk2 lain, kami berjaya menghabiskan kerepek2 tu.. muahahahaha...

Till Then..
Live brave be bold
next: Official meeting again... At bilik BKP be mentally and physically prepared..

No comments: