Friday, February 22, 2013

1Step2U (Part2): Meeting rasmi pertama

Meeting rasmi bersama penyelia.. Meeting rasmi yang pertama diadakan di bilik JTK.. Hari Isnin kalau x silap.. Malam yang sama, ada latihan softball kat belakang blok E pukul 10... Meeting start pukul 9.. Diam2, yaya berharap meeting cepat abis... Tanda protes, yaya ngan Aiman turun dengan berpakaian sukan, siap dgn kasut sukan dan air di tangan... Otw turun ke bilik JTK, kalau ada org tanya, ada meeting ke, yaya jawab, x nak gi softball.. Hehe.. protes la sangat... xde sape pun perasan protes itu.. takpe la, yang penting yaya tahu yang yaya tgh berusaha menyuarakan yang yaya nak gi soft ball..
Apa2 pun, dlm meeting ni la kami kena bentangkan apa yang kami dah buat setakat ni.. Kami unit tajaan bagitau la idea bernas kami nak menjana pendapatan... Wakil pembentang dari unit kami ialah ketua unit, Syukeri... Zulaikha terpaksa skip meeting ni sbb dia ada meeting larian gegar... Idea2 kami...
  1. call syarikat2
  2. jualan kerepek
  3. jualan roti
  4. Kutipan derma drpd org awam.. Minimum rm150..
  5. happy request
Jualan roti akan diuruskan oleh Zulaikha, kerepek, yaya ngan zana deal dgn Ira. Happy request under Syukeri.. Masalahnya, kitorang belum decide lagi nak jadikan barang apa untuk di-happyrequest-kan.. Tu je la yang kitorang boleh buat setakat ini..

Melalui meeting pertama ni, kitorang tau la kerenah encik penyelia kitorang.. Kalau nak bekerja dgn beliau, mesti precise.. Bagi tarikh dan masa yang tepat.. Contohnya macam roti, En Faiz nak sample dulu.. Jadi kitorang cakap kat beliau yang kitorang akan bagi sample tu hari isnin... Kemudian beliau balas, 
"okay 12 tgh malam saya nak ada kat depan bilik saya... "
Cepat2 kitorang fix balik masa tu, siap beri tarikh hari isnin tersebut dan masanya, jam 2100.. Individu yang bertanggungjawab menyediakan sample ialah Zulaikha... 
Unit2 lain pun kena teruk gak.. teknikal, kena design banner dan bagi sebelum dateline, program, nak kena prepare LDK, hubungan luar, nak kena decide penceramah jemputan... Semuanya pakai duit.. Kami yang tajaan ni memang stres la bila dengar bayaran untuk penceramah sampai rm200 seorang, barang2 untuk program, banner, hadiah para peserta.. kami hanya mampu memejamkan mata dan berdoa agar dibuka pintu hati ceo2 sykt2 agar menaja program kecil kami... Sepanjang meeting tu, nasib baik la ada pengerusi JKP, Fazri dan Pengarah projek, Afdhal.. Mereka berdua yang duduk di sisi encik faiz, kadang2 memberikan signal kpd kami, bagaimana kami harus respon kpd soalan2 encik Faiz.. Kadang kadang, diorang buat isyarat, kadang gerak bibir.. 

Meeting tu memang sangat lama.. Abis dalam pukul 11:30.. 30 minit untuk softbal... Dgn x warm up-nya, Yaya dgn Aiman main softball.. berlatih throwing jer pun...

 Sampai nanti
Next:Gerak kerja unit tajaan.. kami pembungkus kerepek!!

No comments: