Persoalannya, macam mana yaya boleh terjebak dengan projek ini??
Segalanya bermula ketika majlis pembentangan projek KKTK.. Yaya tertarik dengan idea JKP AKTUAL yang membentangkan projek CUDIPT.. Sebenarnya, yaya pernah terlibat dgn projek macam ni masa sekolah dulu, anjuran Kolej Kediaman ke-10 UM.. Nama program KMMJ.. Kem Motivasi Mesra Jaya.. Rasa berminat lak nak join, tapi kali ni sebagai fasi.. Kemudian, ketika berlangsungnya sesi temuduga untuk mencari AJK yang sesuai untuk projek ini, yaya pun pergilah.. Tengok2, dpt en Faiz lak yang temuduga.... Masa tu dah dapat rasa dah xde harapan... Maklumlah, yaya ni kan pendiam orangnya... Tapi yaya berpegang pada satu jer,
Kalau saya diberi peluang, saya akan buat sehabis baik.. Bagi saya peluang untuk improve diri saya..Sepanjang temuduga untuk projek-projek kolej, kami ditakutkan oleh para penemuduga yang mengatakan AJK Tajaan paling susah sekali.. Diam2, yaya berharap yang Yaya x jadi Unit tajaan...
Seminggu lepas tu, masa nak gi training softball kat padang, sewaktu yaya dan kwn2 softball tgh lepak2 kat pokok tanjung, Afdhal, pengarah projek 1Step2U memanggil yaya.. Risau gak.. Tetiba, beliau meminta yaya smskan nama penuh dan no matrik yaya ke nombor beliau... Nak tak nak bagi jer la... Beliau turut bertanya, yaya ni lepasan STPM ke? Yaya jawab, yaya PASUM.. Petang tu jugak, yaya dapat mesej dari Afdhal yang berbunyi,
Assalamualaikum, tahniah, anda telah terpilih untk menjadi ajk C.U.D.I.P.T. Sila hadir ke perjumpaan x formal pada pukul 9 malam, hari selasa. Disiplin adalah keutamaan. Terima kasih.Yaya xlah terkejut sangat masa dapat mesej tu sbb yaya dah dapat rasa dah bila Adhal mintak maklumat yaya pagi tu.. Apa2 pun, yaya bersyukur... Alhamdulillah...
Hari selasa pun tiba, meeting diadakan di dewan kurshiah.. Kali pertama semua ajk bertemu.. Setelah memperkenalkan diri masing2, kami diingatkan agar lebih confident.. Maklumlah, nak handle budak2 kan... Yaya diberitahu yang yaya merupakan ajk tajaan.. Nak tak nak, redha jer la...
Unit Tajaan diketuaki oleh Syukeri, satu2nya kumbang di unit tajaan ini... Selain yaya, Zana dan Zulaikha turut dipertanggungjawabkam untuk mencari tajaan.. Habis jer meeting x formal ni, kami bebudak unit tajaan buat short meeting kami sendiri, just nak berkenalan, berkongsi idea nak mendapatkan tajaan dan bertukar-tukar no tel.. Zana n syukeri tua setahun dari yaya ngan zulaikha, jadi kami ni muda la.. hehe
Beberapa hari selepas meeting x rasmi tu, ada perjumpaan Majlis Tertinggi (MT) projek2 kolej.. Masa ni la projek OSTU ni mendapat bendahari baru.. Cik Nor Aiman Fatihah.. Juga budak math... Hehe.. Math rulz.. Maka lengkaplah barisan MT OSTU yang terdiri drpd Afdhal sbg pengarah, Fatimah sbg setiausaha, dan Aiman sebagai bendahari.. Sebagai unit tajaan, kami diselia oleh cik bendahari.. kebanyakan meeting x rasmi kami disertai oleh beliau..
Ketika projek baru sahaja bermula persediaannya, kami unit tajaan xleh nak buat banyak sangat sebab kami perlukan kebenaran melakukan projek dr pihak HEP dan kelulusan memohon dana/sumbangan/tajaan dari TNC.. Maka, kami hanya mampu memikirkan idea dan mengumpulkan maklumat syarikat2 yang berpotensi menaja.. Antara idea yang kami berjaya fikirkan ialah, menjual kerepek.. Nasib baiklah, ada ajk yang boleh menjadi pembekal kerepak pada harga yang agak rendah... Banyak gak perjumpaan unit tajaan yang kami adakan.. berbincang habis-habisan.... Bergelak ketawa bersama-sama.. Rasanya lebih banyak gelak dari berbincang.. Takpe, tu sebenarnya proses mengenal hati budi masing2.. Yaya, Zulaikha, dan Aiman tetap mencuri masa untuk menghadiri perjumpaan walaupun kami agak sibuk dengan latihan softball yang diadakan hampir setiap malam(pelik main softball malam2.. bukannya nampak sangat bola tu katne.. main tadah jer glove, kalau dapat sambut alhamdulillah.. Tapi softball memang seronok..) Selain kerepak, ami gak bercadang nak buat kutipan derma ala jogathon gitu.. bukan itu sahaja, kami juga bercadang untuk meluangkan masa meronda kota kuala lumpur untuk mendapatkan sumbangan dari kedai2 dan orang awam, tapi itu nanti, bila dah dapat kelulusan TNC..
Sampai nanti
next: Official Meeting, bilik JTK... Folks, meet En Faiz..
No comments:
Post a Comment