Monday, February 28, 2011

Perjalananku Mendapatkan Lesen VII -Epilog-

Assalamualikum..
Hari ni merupakan hari yang panjang... Yaya berjaga dari pukul 6:30 pagi sampai sekarang nie, 6:35 petang(macam tak biasa pulak)... Hari yang penuh dengan penantian... Macam biasa, 7:00 hantar adik... Die meragam... 7:45 sampai rumah.. Breakfast, n gosok baju serta tudung.. 9:30 ke RD driving Entreprise... Ingat nak bayar baki yuran, tapi x bukak lagi.. Balik rumah balik.. 9:50 ke sana semula.. Office masih belum bukak.. Ku menanti... 9:57, office dibuka... Ku bayar yuran... Settlekan semuanya... Kak Isma said good luck..

10:15, Abang Romy datang... Dia suruh aku masuk kereta, dan dia keluar.. ke mana, aku tidak tahu.. Then die masuk semula dengan fail di tangan...
Abg Romy: Lesen L ada?
Aku: Ada
Abang Romy: IC?
Aku: Ada
Abang Romy: (Membuka semula pintunya dan menutupnya kembali.. kemudian dia berkata) Pintu tak tutup rapat
Aku:.....

Malu sekali.... Kami sampai di SDC pada pukul 10:25. Aku mendaftarkan diriku dan menyepikan diri buat seketika... Kemudian Soliha, temanku menghampiriku dan mengajakku duduk di sampingnya... Nombor giliranku ialah 57 sesi 2 dan Sol, 22 sesi 1, ulangan... Aku terlihat kelibat Hazeem... Nombor gilirannya, 1 sesi 1...
Acara menunggu pun bermula... Sol pergi menjalani ujiannya, dan aku bersendirian ditemani buku yang tidak aku punyai minat untuk baca... Dari jauh kuperhatikan Sol memakirkan kenderaannya... Bagus, dia lulus... Tahniah kawan..

Apabila tiba gilirannku, pada pukul 1:15 tengah hari, aku teringat kata2 abangku yang merungut tentang kereta dengan klac tinggi.. Aku berdoa agar keretaku OK... Untuk ujian litar, aku dapat kereta bernombor pendaftaran BGX.... Just nice, cume seat belt masalah sikit... Plastiknya dah tiada, dan aku terkial-kial mengenakannya memandangkan orang di hadapanku telah turun dari bukit... Aku tergesa-gesa membetulkan tempat duduk, cermin2 dan mengenakan tali pinggang... Kemudian, aku memulakan perjalanan... Semuanya OK... Dalam kkalutan untuk meluruskan kereta yang aku parkir, aku tertkan hon... Tapi nampaknya, tiada sesiapa yang memberikan respon... Tiga penjuru pula, Alhamdulillah tiada masalah... Litar tamat pukul 1:30 petang...

Rest sampai pukul 2..
Aku menanti dengan penuh kesabaran.. Aku tiada hati untuk membaca buku Nafas Terakhir karya Murad Arshad, dan aku tidak berminat untuk membuat sudoku... Ke menanti dan terus menanti... Kadang kala aku melukiskan segaris senyuman buat orang yang lalu di hadapanku, dan senyumanku itu dibalas dengan sebuah senyuman juga... Terbit di sanubariku keinginan untuk tidur.. Di saat itu, aku tidak lagi takut kepada JPJ yang garang seperti yang diperkatakan oleh temanku... yang penting aku nak cepat habis dan pulang ke rumah lalu tidur... 3:44 petang, nomborku diseru... Aku diarahkan menaiki kereta yang bernombor 10... Aku menuruti arahan itu....

Aku membuka pintu belakang lalu meletakkan beg kesayanganku di atas kerusi... Aku membuka pintu pemandu dan melangkah masuk sambil mengucapkan salam, doa kesejahteraan buat encik JPJ... Dia membalas... Aku melakukan apa yang patut dan memulakan perjalanan...

Setibanya aku di simpang keluar, Masya Allah, jam packed... banyak sungguh kereta.. Aku cuba menghimpit masuk
Encik JPJ: Angkat tangan, mintak nak keluar.
Yaya: (Angkat tangan dengan teragak-agak)
Encik JPJ: Angkat tangan.
Yaya: (angkat tangan dengan teragak-agak...)
Kemudian, sebuah van melalui kami(bukan nak bagi jalan...) dan individu yang duduk di sebelah pemandu tersenyum kepadaku.. Aku gagal mentafirkan senysuman itu, sama ada untuk mengeratkan silaturrahim atau untuk mentertawakan aku yang sedang diuji JPJ...

Semuanya berjalan lancar walaupun lalu lintas tidak berapa lancar... JPJ tersebut menyanyi di sebelahku mengikut lagu yang didendangkan oleh radio... Aku agak kecewa kerana lagu yang didendangkan tidak aku ketahui... =(

Malang bagiku kerana lalintas sesak, dan aku terlupa untuk menurunkan ghear 2 kepada 1... Lalu lintas turut sesak di kawasan yang agak berbukit, ah sudah, nak kene buat balancing tanpa tarik handbrake pulak... Aku tidak mahir melakukannya, lalu aku dengan selamba brek habis(memandangkan kereta bergerak agak lembab), lalu menarik handbrake... Kemudian aku buat balancing... dan meneruskan perjalanan..

Kami kembali ke SDC... apabila kereta berhenti, Encik JPJ berkata,"tarik handbrake dan free gear dulu"... Aku baru hendak berbuat demikian... Aku menuruti kata-katanya...
Encik JPJ: ISH bawak kereta macam mana ni...
Yaya: ....(hanya mendiamkan diri dan mempamerkan muka bersalah...)
Encik JPJ: Nak lulus tak?
Yaya: .... (diam dan hanya mengangguk)
Encik JPJ: Nah tanda tangan kat sini
Yaya: (Menurunkan tanda tangan...)
Encik JPJ: Orang Pantai Dalam, orang aku... Eh Orang pantai Dalam ek?
Yaya: Ye...

dan aku keluar dari kereta tersebut... ketika dalam perjalanan untuk menghantar kertas2 yang ada, abg Romy menahanku dan meminta kertas2 tersebut..
Abang Romy: Meh sini
Yaya: (memberikan kertas2 tersebut)
Abang Romy: (Membelek-belek kertas, memandangku, sambil mencapai pen) nak lulus tak?
Yaya: Nak,
Abang Romy: betul ni?
Yaya: Nak...
Abang Romy: (meletakkan pen) kalau tak nak, abang nak nak tanda gagal tadi.( mengembalikan kertas2 tersebut kpd ku...)

Aku berlalu.. dan memberikan kertas2 tersebut kepada petugas JPJ... Aku berjalan ke office SDC untuk memulangkan nombor dan kad.. Aku ditahan Abang Romy lagi... dia menyuruhku ke pejabat untuk memphotostat ic dan lesen L ku, aku menurut sahaja...

Kemudian, aku pulang ke rumah dihantar oleh abang Romy dengan menaiki BJB sayang....
Abang Romy: Awak tinggal kat Desa Aman kan?
Yaya: Tak, kat **********
Abang Romy: Ooo, kat **********
Yaya: Yep.. tapi dekat *******

Kemudian aku dihantarnya di simpang di rumahku, aku meninggalkan kereta dan mengucapkan terima kasih tatkala kakiku melangkah keluar...

Aku berjalan pulang ke rumah dan singgah sebentar untuk bermain dengan kucing yang sedang bermanja-manja dengan kereta jiranku... O-en namenye, kerana die oren... Tiada Ais Krim hari ini kerana tekakku sakit...

Apabila ibuku balik, dia memberiku Double Cheese Burger, Air Milo, dan Kentang goreng... Aku memakan Burger itu dengan gaya Castiel dalam Supernatural....

Alhamdulillah, semuanya ok... Untuk jalan raya, aku dapat 18/20.... tak cukup bagus...
Thanks to everybody that support me... I am a DRIVER.... hahahhahaha... Alhamdulillah...

Tamat

No comments: