Monday, February 7, 2011

Perjalananku mendapatkan Lesen II

Assalamualaikum...
Alhamdulillah tanggal 1 februari yang lalu, saya telah mendapat satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak saya kenali... Saya tidak menjawab panggilan tersebut... Lalu pemanggil itu menelefon bapa saya. Saya diberitahu bahawa saya telah mendapat lesen L.... Hahahaha... Sooner than i thought... Pada keesokan harinya, 2 Feb, saya belajar memandu..

Aku menjejakkan kakiku ke luar rumah pada pukul 11:25 pagi memandangkan janji temuku pada pukul 11:30 pagi.. Aku tiba di SDC Pantai Dlm pd pukul 11:32 pagi.. agak lewat, tp tbelum ada seiapa menantiku lagi... Pada pukul 11:45 pagi, sebuah kereta kancil dengan nombor pendaftaran yang tidak sempat aku perhatikan kerana dihambat perasaan nervous yang melampau tiba.. Pemandunya memanggilku, dan aku pergi ke arahnya.. aku dibawa ke SDC PJ untuk belajar memandu di litar... perkara pertama yang aku pelajari ialah:

BUKIT
Bagiku, bukit agak sukar... perlu fokus...
Nak dapatkan timing yang betul untuk brek kat atas bukit, agak susah... nak buat balancing pun tak kurang susah gak... masa nak turun bukit senang, kawal brek je...

TIGA PENJURU

Part yang mencabar dalam tiga penjuru ni ialan sesi memaut stereng yang mampu melenguhkan tangan anda di samping memandikan anda dengan peluh... kiraan2nya juga haruslah diingati.. diingatkan kepada individu2 yang baru, warm up dulu sblm memandu...=)

PARKING
Siapa kata tak susah... memang tak susah, cume payah sikit je, bak kata ustazahku, Ustazah Halimah... yg payahnya, nak kira tiang, n paut stereng...

Berdasarkan ulasan, yang memayahkan sesuatu pemanduan di litar ialah,
  1. Fokus yang kurang.. Boleh diatasi dengan cara baca doa naik kenderaan sebelum mula bergerak dan peka, bukan pekak
  2. Step2 yang x diingati... Atasinya dengan menghafal step2 yang telah diajari... praktis dalam sesi2 pemanduan yang akan datang..
  3. Paut stereng... Kat umah, buatlah senaman yang patut, bagi menguatkan biseps dan triseps anda, agar memaut stereng bukan alansan untuk anda tidak memandu.. malah dengan biseps dan triseps yang kuat, anda boleh menarik brek tangan dengan lebih efektif... jangan lupe warm up....
  4. Mengira... Ni pun boleh menjadi satu masalah? so next driving session, BRING YOUR CALCULATOR! hehehe, acah je... fokus pd tiang2 yg mesti dikira di samping praktis selalu.. nanti dah biasa, takde hal punye...
Sesi driving yg seterusnya, belum disetkan lagi tarikhnya, so till then... Ingat!!! Praktis tau...

1 comment: