Wednesday, February 23, 2011

Sebuah Perkongsian

Khas buat teman-temanku yang bergelar gadis dan wanita

Rasulullah SAW telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang bagi mereka daripada mencium bau syurga.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka, iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang da golongan kedua, ialah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget(sanggul/fesyen rambut). Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungghnya, bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh" Riwayat Muslim

Dulu masa yaya pergi mukhayyam arabi kat smakl, teman2 sebaya di smakl pernah cakap pasal hadis ni.. Mereka sekadar menegur sahabat2 ku yang sanggulny terlalu tinggi... Sehari sebelum SPM, yaya belek2 buku solusi, nak cari idea buat karangan, terjumpa artikel yang mengandungi hadis ni...

Istilah berpakaian tetapi telanjang merujuk kepada wanita yang menutup sebahagian auratnya, tetapi mendedahkan bahagian yang lain atau memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk tubuh, atau memakai pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan....

Rasulullah SAW memberi peringatan ini kepada kita, kaum hawa kerana baginda sayang akan kita... Baginda tersangat ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke dalam syurga...

Jadi, ladies, memang best ikut fesyen semasa, tapi kalau terlalu dikejarkan yang dunia, takut yang akhirat tercicir pulak... Tak salah berfesyen, tapi biarlah ikut syariat... Macam fesyen baju jarang skarang nie... Pakai inner memang menutup tubuh, tp tidak melindungi bentuk tubuh daripada dilihat orang...

Yaya sedar sapelah yaya untuk menegur orang.. Yaya pun tak perfect, tp bak kate cikgu zahrin, "Masih belum terlambat". Yaya akan cunb berubah menjadi yang lebih baik... Selagi matahari belum terbit dari barat, pintu taubat masih terbuka... Masih belum terlambat...

Assalamualikum, SEBARKAN SALAM...

No comments: