Assalamualaikum...
Hehehehe.. dah 6 jam aku memandu... Kelas memandu ketiga telah berlangsung pada 18 Feb yang lalu.... Kali ni naik kereta BJB... Best... Kereta tu sungguh sweet dan baik... Tak nakal, dan sopan sekali... Aku tak mengalami masalah untuk memandu... Kalau ada problem pun berpunca daripada ketidakcekapan aku sendiri...
Kelas kali ni bermula pada pukul 10 pagi... Ketika aku masih di Pantai Dalam ni, cikgu telah berkata kepadaku...
Cikgu: Bawak kereta ni...(ke SDC)
Aku:....(tergamam tidak terkata-kata)
Cikgu: Boleh bawak tak?
Aku: Entah..
Cikgu: Tak yah la...
Akhirnya, cikgu itu yang memanadu ke SDC...
Sesampainya di SDC, aku duduk di tempat duduk memandu... Cikgu itu menyatakan hasratnya untuk pergi minum sebentar, dia bertanya kepadaku sama ada aku boleh memandu sendirian... Jawapanku seperti biasa, boleh kot... disertai dengan senyuman gugup... Dia meninggalkan aku sendirian dan aku memandu menuju ke bukit.....
Aku menggumam sendirian.. "Ya allah, lancarkanlah perjalananku seraya membaca doa naik kenderaan dengan bacaan surah Al-Fatihah pada permulaannya... Tiba giliran aku... Aku menekan minyak untuk mendaki bukit... Alamak! terlajak pulak, side mirror tak selari dengan tiang.. So, aku turun bukit dalam keadaan mengundur untuk re-daki bukit itu... Alhamdulillah, okay..
Kelas kali ni, aku berjaya reduce casualties... Kematian berjaya dikurangkan kerana aku semakin mahir.. Kelas kali ni hanya menyaksikan 2 kematian enjin... takpe, mati enjin sekarang, jangan depan JPJ dah lah... Insya Allah..
Untuk kelas yang berbaki 4 jam, aku akan memandu on the road... Goodbye litar.... I'll miss u, please be good with me when JPJ is around ok....
On that day i once agai drive my own way home... i am the one who hit the gas, brake, clutch, n change the gear, from gear 1 until 3...
Next class will be on Thursday, 24th Februari 2011.. Wish me luck...
No comments:
Post a Comment