Sem ni yaya amik complex analysis.. Course analisis yang ketiga dalam 3 semester berturut-turut.. cuma kali ni, the playground is complex plane while before, the playground is real number line..
Masa yaya tgh buat pre-read utk kelas nisenester baru, azam baru, yaya mendapati bahawa kandungannya agak sama dengan intro analysis.. Proving method dia pun lebih kurang jer.. Yaya x tau dah berapa banyak kali yaya baca prove yang sama tu.. tapi yaya still agak lambat kalau nak produce that kind of proof(hakikatnya, nak kena tgk nota baru boleh produce proof tu).. Semua sedia maklum yang course analisis memang payah.. Sampaikan, yaya bermonolog sendirian,
"kenapa la aku amik subjek ni??"
Semuanya bermula pada 10 september 2014 yang lalu.. Kelas yaya pukul 11, modern physics, tapi pukul 9 yaya dah terpacak dah kat ISM.. Kat ISM, jumpa kak arina, yaya bgtau dia yang yaya nak try fizik moden pagi ni, pastu dia habaq mai yang dia kelas hari ni xde.. cis, penat jer aku terpacak awal2 kat ism.. next class, pukul 2 ptg nanti..
Then, kak arina ajak yaya masuk kelas Complex Analysis.. Asalnya, yaya tolak sebab yaya dah amik 4 subjek math.. takut xleh nak bawak lak nanti.. ingat subjek2 ni macam barang? letak dalam beg pastu angkut? tolonglah, dia nak komitmen.. Pastu Zulaikha lak datang, ajak masuk kelas kompleks..dia cakap,
Masuk jer, tak amik pun xpe
Yaya xnak masuk sbb nanti mcm bg harapan palsu kat prof Suzeini sbb nmpk macam ramai yg amik, tp sebenarnya sikit jer.. Akhirnya, yaya tewas.. Yaya masuk gak kelas tu..
Bila kelas tu bermula jer, yaya ibarat jatuh cinta pandang pertama.. Hehe.. tak tau terus terpikat... Tapi rasanya, antara sebab yang mendorong ialah prof Suzeini tu sendiri dan ayayt yang prof ada ungkapkan masa kelas tu..
Everything that you will be asked in exam is something that you have seen
Maka, akhirnya setelah menimbangkan semua kemungkinan, yaya amik gak Complex Analisis, dan drop Modern Physics... So, sem ni, yaya amik 5 subjek math.. 3 subjek level 2, 2 subjek level 3..
dan, dengan agak sedihnya yaya umumkan yang yaya ada kelas hari Jumaat sem ni.. Huhuhu.. Takpe, akan ku manfaatkan masa tu utk study..
oh ya, yaya lupa nak habaq mai.. sem ni yaya bawak kereta gi UM..
Sekian
Hidup Berani Jadi Berani..
No comments:
Post a Comment