Thursday, May 2, 2013

Rekod 24 jam

Ngeeee~
Rasanya inilah pertama kalinya dalam hidup yaya, dah lebih 24 jam yaya tak tido.. Tidak sedikit pun.. Mahupun sekadar tersengguk dalam kelas dan kuliah... Ni dah boleh dikira sbg hyperactivity tahap gaban dah ni..
Alhamdulillah la x terlelap langsung dalam kelas.. Ingatkan nak tido sekejap masa kkm(kelas kemahiran maklumat).. Maklum la.. Kelas tu buat kat library.. Sejuk.. Ada air cond dan yaya lak duduk belakang sekali... Elok jer yaya letak kepala nak berlayar ke alam mimpi, lecturer tu cakap,
"dgr betul2 ye kuliah kali ni.. Nanti kamu tak tahu macam mana nak buat tugasan bahagian D"
Terus terbatal niat jahat nak tidur dalam kelas..
Semuanya bermula semalam, pada hari buruh, 1 mei 2013.. Yaya tido petang.. Dari jam 1645 sampai 1940.. Agak melampau tido petang bawak ke senja.. Malam tu, ingat nak buat tutorial yg berlambak, so nak tido pukul 3.. Jadi yaya minum teh suam... Buat tutorial sampai pukul 3... Then masuk beradu... Bergolek atas katil sabil menutup mata.. Tapi tak terlena gak.. Golek2 lagi.. Berpusing.. Rotate.. Dalam keadaan mata terpejam.. Still x lena.. Tgk2 jam dah pukul 4.. Dah sejam berguling atas katil, masih belum terlena..
Yaya x berputus asa, terus cuba utk tido.. Sebab esoknya ada kelas calculus yg lecturernya agak strict bila ada org tido dlm kelas..
Akhirnya, azan subuh berkumandang... So, yaya pun berputus asa la nak tido.. Terus bersiap nak gi kelas...
Yaya tak tau mana tubuh yaya dapat energy nak terus sedar.. Hehe.. Mungkin sebab yaya tau yang yaya tak tido malam, so yaya amik proper breakfast.. Tu yg membekalkan tenaga sepanjang hari tu...
Sekarang ni dah start ngantuk.. Tapi yaya nak siapkan tutorial math method dulu... Gambatte!!!
Till then,
Live brave be bold..
Oyasumi ne...
Nya~

No comments: