Lama tak update.. Straight to the point, cuti semester 1 yaya...
Well, cuti semester 1 yaya cuma berlangsung selama 3 minggu.. orang normal yg lain sume cuti 4 minggu.. Yaya 3 minggu jer sebab ada perkampungan OSTU minggu yang terakhir tu..
Cuti semester yang singkat ini hanya diisi dgn menonton anime yg dah di-download... Banyak kot dah download... Seronok.. Yaya isi masa dgn tgk anime dan kurangkan online fb.. Bukannya apa.. cuma nak escape dari tugas sbg ajk tajaan.. hehe.. (ish ish ish... tak patut, tak patut..)
Minggu kedua cuti, yaya dapat missed calls dari afdhal.. bukannya sengaja taknak angkat telefon.. Afdhal telefon pagi2.. time tu henfon off, so, memang x dapat nak angkat la... Hari kedua pun sama, missed calls jer.. Yaya saje jer tak nak call balik.. nak escape... (maaf Afdhal..).. Hari ketiga, dah takleh nak escape dah.. Afdhal call dalam pukul 2:30 petang.. masa tu tgh makan sambil tgk cite Kyou Kara Maoh... Tersedak sekejap bila tgk nombor Afdhal.. Nak tak nak kena angkat...
Dah angkat tu, Afhal cakap, "budak2 tajaan semua tak nak angkat telefon.." Yaya cuma tertawa, "hehehe.. kenapa call?" Rupa2nya, ada syarikat yg call dia, cakap diorang nak bagi tajaan tapi tak tau camne nak salurkan tajaan tu.. so, Afdhal nak yaya call balik syarikat tu dan explain details yang sepenuhnya... Masalahnya, yaya pun tak berapa sure pasal prosedurnya... maka, bermulalah sesi penyelidikan, macam mana nak salurkan duit tajaan kpd projek kolej melalui bendahari UM..
Mangsa2 untuk yaya tanyakan soalan2 ni ialah, Aiman selaku bendahari projek dan Fazri yg merupakan pengerusi JKP.. Nasib baik diorang online time tu...
Setelah mengenal pasti kaedah yang harus dilakukan, maka yaya pun mengumpulkan segenap kekuatan untuk mendail nombor telefon syarikat tersebut...
Rupa-rupanya, pihak sykt tersebut tak tau no akaun bendahari UM yg ada dalam proposal tu bank mana.. dan memburukkan lagi keadaan, yaya pun tak tau.. maka, yaya terpaksa hang up telefon untuk melakukan penyelidikan... Tang tu gak la, UniFi nak loading sebentar bersama-sama kitkat.. cis... Ni la hasil penyelidikan tu..
No akaun Bendahari UM: 14400006835050(CIMB)Yaya mati2 ingat no akaun tu Bank Islam.. Nasib baikla, staf syarikat tu tahu yang pangkal 14400 tu bukan bank Islam..
Dah selesaikan misteri bank, yaya telefon balik.. dah settle isu bank, yaya mintakla staf tu fakskan bukti pemberian tajaan tu ke kolej.. Masalah lain lak timbul... dalam proposal takde no faks kolej.. kyaaaaa!!
So, kena hang up sekali lagi sbb nak menyiasat no faks kktk.. Huhu... Hasil penyiasatan,
KOLEJ KEDIAMAN KETIGA
(Tuanku Kurshiah)
Third Residential College
Tel: +603-79673417
Fax: +603-79579496
E-mail: kolej3@um.edu.my
Pengetua / Master
Encik Jamaludin Yacob
Kali ni, kalau ada lagi yang tak kena, yaya dah tak tau dah... Alhamdulillah, semuanya okay, staf sykt tu mintak nama penuh yaya sebab nak letak att:"nama" kat bukti yang bakal difakskan tu.. Yaya cakap, letak nama Afdhal jer.. hehe.. Dia terus fakskan kot resit bank in tu.. pantas dan efisyen kan...
Alhamdulillah, dapat tajaan.. yaya x tanye lak dia nak bagi berapa, segan... hehe.. Dah settle tu, bagi tau Afdhal ngan Fazri.. pastu fazri cakap, confirmkan dgn kolej.. Nak tak nak, kena call kolej lak... nasib baik dah buat siasatan pasal kolej, so, taula no tel pejabat kolej...
Sekali lagi, segenap kekuatan dikumpulkan untuk menelefon kolej lak.. Staf kolej angtak telefon, dia cakap."kolej kediaman tuanku kurshiah.." Yaya pun tanya la, ada tak dapat faks resit bank in atas nama Projek 1 Step 2 U.. Dia cakap ada.. So yaya minta jasa baik beliau untuk menyimpankan resit tu elok2.. Takut hilang nanti, takleh nak claim dari Bendahari UM...
Alhamdulillah, yaya berjaya menangani halangan ini.. penat kot telefon banyak2 kali...
Selesai jer urusan itu, yaya menyambung cuti yaya dgn lebih banyak anime.. Cuti 3 minggu tu yaya berjaya habiskan, 3 season Kyou Kara Maoh, Cyborg 009, 2 season Digimon, 2 season kuroshitsuji, Angelic Layer, Tantei Gakuen Q... Ada lagi kot yang tak mention.. hehehe takpelah..
Till Then,
Live Brave Be Bold..
Next: Tak nak balik kolej awal!!!!
No comments:
Post a Comment