Tuesday, March 20, 2012

Result Mid Semester 2

Semalam, yaya diberitahu bahawa result mid semester exam dah keluar.. Tersentap jantung ni bila diberitakan berita sebegitu... Cemas kot.. Moment of truth.. So, Yaya ngan kawan2 pun bercadang nak pegi ambil result dr Enck Mahassan petang nanti..
Masa lecture, kami diingatkan sekali lagi yang result dah keluar oleh PA yaya, Encik Mahassan.. Beliau berkata "Result midsem dah keluar.. Kamu dah boleh ambil kat PA masing2. Kumpulan saya, ada 2, T2 dan P3.. nak ambik boleh.. Petang sikit ek.. pukul 4... saya saje je, nak kasi debar sikit..."
Ha'ah, debar.. memang berdebar..

Terasa jantung menendang dada.. 4:15, selepas kelas tutorial tamat, dan selapas sesi memakan keropok lekor yang dibawa oleh Syafiq, kami memulakan perjalanan ke bilik encik Mahassan. huhuhu.. seram giler...

Sampai je kat blok pensyarah, dah ada budak group P3 kat dalam tu.. So, kami menanti.. Dalam penantian, kami membincangkan rancangan mengadakan jamuan group.. Tak lama lepas tu, giliran kami...

Sementara menunggu nama yaya dipanggil, yaya melihat-lihat bilik encik mahassan ni.. Baru yaya perasan, ada ayat2 HAKA dalam bilik beliau.. Terus diri ini menerjah memori masa tgk Lord Of The Ring punya behind the scene... hehe..

Okay, nama Yaya pun dipanggil.. Encik mahassan senyum.. okay, tu petanda baik tu.. Yaya menjeling ke arah result Yaya... Alhamdulillah, semuanya okay.. Melebihi jangkaan pun ada.. Alhamdulillah..

So, Yaya dah buat yang terbaik untuk midsem, kini, yaya kena buat yang lebih baik untuk final... Doakan Yaya...

Sekian,
Hidup Berani, Jadi Berani..

No comments: