Friday, May 4, 2012

T2: Menjejak Sisa-sisa Perjuangan

Huh.. Nama yang gempak untuk ekspedisi kami.. Nama ni yaya amik drpd interview yang bebudak lelaki buat.. diorang kata, nama rancangan ni menjejak sisa2 perjuangan.. so, yaya amik je la nama yang gempak ni..
Dalam ekspedisi ni, kami budak2 T2 nak jadikannya sebagai aktiviti kami bersama-sama yang terakhir... Huhu sedih... Kami akan memanjat bukit konkrit di Akademi Pengajian Islam(API) dan menyaksikan matahari terbit bersama-sama...

11 April 2012
Yaya bangun seawal 4:30 pagi hari tu... Nak tengok matahari terbit la katakan... Hehe sebenarnya, yaya nak download anime memandangkan internet teramatlah laju pagi-pagi buta.. Sementara encik lappy mendownload, yaya bersiap-siap nak menghadiri ekspedisi tu.. Janji pukul 6:15 pagi, so, 6:10 pagi, lepas solat subuh dan shut down lappy, yaya gerak dari bilik..
Kat foyer D, xde sesiapa.. so yaya amik kesempatan ni gi cucuk duit.. Tetiba, dgr lak suara Musab.. "Ha, sorang..." Oh, mereka dah ada di sini rupanya... Namun demikan, yaya seorang je perempuan dalam kalangan mereka.. So yaya merayau-rayau jap..
6:30 pagi, gadis2 T2 masih belum muncul.. Kemudian, Azmina tiba dan menemani Yaya.. Farhana menyusul..
Ni nak tengok matahari terbit ke nak tgk matahari terpacak atas kepala ni?? apa2 la...
6:45, kami gerak dari KK-12... Yaya separuh berlari-lari anak nak mengejarkan matahari terbit tu.. Dah la  API agak jauh dari KK-12... kalau Yaya berlari-lari anak, Farhana lak berjoging.. Yaya jalan dgn shaqina...
Dalam perjalanan, yaya ditegur Naim... "Fatin.." sengaja yaya x menyahut.. Bukannya apa, takut dia panggil Fatin Amanina.. Setelah pasti dia memanggil yaya, maka yaya pun menyahut..
Naim: Fatin..
Yaya: Yep..
Naim: Kenapa bawak beg?
Yaya: Saje...
Naim: Nak jadi Mr Z ek, ke hulu hilir bawak beg...
Yaya: .....
Huh, Yaya tau la yaya sorang jer yang bawak beg, salah ke??? Hmmm bawak beg ni memang dah menjadi identiti yaya.. Seronok kot bawak beg, xde la berat poket seluar... Masa naim cakap pasal Mr Z, terbayang di minda imej Mr Z masa paper Algebra kat dewan peperiksaan.. Stress sebab x dpt jawab soalan... Huhu...
Sampai je kat API terdetik di hati yaya.. "Mak aihhh, tinggi betul bukit ni.." Apa2 la..
Perlahan-lahan, kami daki bukit konkrit tersebut.... Dengan harapan dapat la tgk sang mentari menerjah bumi, walaupun hakikatnya bumi dah disinari mentari.. Kadang2 berjenti seketika untuk mengambil nafas.. Memang tak cukup nafas la mendaki... Tercungap-cungap..
Setelah beberapa minit, akhirnya sampai gak di puncak... Ada bendera Malaysia terpacak kat situ.. Huh, dah macam gunung dah.. nampaknya, rakyat Malaysia dah conquer bukit tu...
Kami duduk di tebing bukit.. sekadar nak melepaskan lelah. masing2 terdiam. cuba mengembalikan nafas kepada normal... Masa tgh kepenatan tu, terbayang la anerobic respiration, lactic acid, dan segala-galanya yang sewaktu dgnnya...
Kitorang amik gambar kat situ.. seronok.. Walaupun kempunan nak tgk matahari terbit, dapat tgk pemandangan dari perspektif itu pun dah cukup menggembirakan.. 19 tahun yaya kat KL ni... tak pernah yaya tgk tmpat yaya membesar ni dati perspektif yang macam tu... Pagi tu mendung sikit... so matahari x berapa nak mencucuk mata.. oaky la tu...
Yaya terdengar Pa'an cakap... "Nama bukit ni bukit cinta..." X tau la betul ke tak.. Tp yaya rasa yaya tau kenapa namanya macam tu.. Ada 2 teori yg bleh dikemukakan:

  1. Bukit ni dah menyaksikan banyak sumpah setia pasangan kekasih
  2. BerCINTA nak naik bukit ni...
Bagi yaya, teori no 2 lebih masuk akal
Tgh bersantai atas bukit, mama yaya mesej... "seronok tgk sunrise atas katil??"
huh, mama yaya x percaya yg yaya bangun awal nak tgk sunrise.. Apa2 lah...
Tak berapa lama lepas tu, hujan mula turun.. renyai2... Harap je bawak beg, tapi payung x bawak.. So kami rushing nak balik kolej... Namun begitu, ada je yang buat tak endah... Yaya bukannya apa, yaya nak kekal sihat untuk paper statistics keesokan harinya... Nasib baik la hujan renyai2 tu sekejap-sekejap jer...
Sambil turun, yaya mengira bilangan anak tangga.. lebih kurang 198 anak tangga.. Tapi yaya rasa yaya salah kira sebab kepenatan.. Labih kurang la ke...
Sampai jer kat kolej, kami makan sarapan sama2... Terlupa pasal exam kejap... Berseronok.. release stress yg diakibatkan oleh paper algebra yang epic...

Petang tu, yaya study cam biasa... Masa yaya kat toilet nak amik wuduk nak solat asar, yaya rasa macam bumi ni bergegar.. Perasaannyer sama macam masa yaya kat Langkawi masa tsunami dulu... Hati yaya dah menjerit suruh yaya tinggalkan bangunan.. Yaya tau bangunan kat Malaysia x dibina untuk menahan gegaran gempa bumi.. Jadi, ada probability bangunan tu boleh runtuh (huh mentang2 la keesokan harinya exam stas & probability, nak cakap pasal probability lak..).. Tapi yaya tgk orang lain yg kat toilet tu rileks jer..So yaya yakinkan diri yaya yang kaki yaya lenguh sebab mendaki bukit pagi tadi dan kelaparan sebab tak makan tengah hari.. Kemudian, roommate yaya balik bilik.. Wani berkata,
"Awak ada rasa apa2 yang pelik tak tadi?" Jeng jeng jeng... Nampaknya betul la gempa bumi dah berlaku.. Memang mendebarkan.. Hilang mood nak study... Lama gak la mood tu nak datang balik...

Apa2 pun, Yaya berseronok giler hari tu... Mengenangkan soalan algebra & calculus yg teramat susah, ekspedisi ni memang membantu nak release stress... 

So, masa untuk gambar...
Me... Early in the morning

Subuh yang Hening.. Mengimbas kenangan MHS

It was dark





The sun is rising

The road that diverged

Yaya: Mak aihhh, tinggi betul bukit ni!!

On the way to the top.. Pa'an felt like Superman in this pic

Take 5.. Out of breath

Ijat... Musab.. Min.. 

Musab

Amal n min.. Way to the top


Looong way to go



almost there

peace :)

Finally, i am at the top

New Perspective

Fatin n Wani

Paying oxygen debt


It's going to rain.. Hope nobody set fire to the rain..

On the way down the hill 

Take five..
Wani, Nadia, Fatin

The drain that we have to cross

Yeah!!!




Makan berdamai




Okay... Seriusly, dah malas nak captionkan gambar2 ni... Tengok jer la ek.. Kalau latar belakang dia gelap, maksudnya sebelum mendaki bukit.. Kalu terang, sama ada tgh daki atau dah kat atas bukit atau tgh turun.. Enjoy..

































Teringin nak bergambar di Rumah Pengetua Kolej.. :)




No comments: