Dua minggu yang lalu, Yaya, Ella, n Zaid telah keluar bersama-sama ke tempat lepak kegemaran zaid.. Aktiviti ini diadakan kerana kami bertiga boleh dikatakan dah kemaruk nak berjumpa, namun masa sering x mengizinkan... Khamis, 26 April 2012, kami bertiga bertemu enam mata, okay, 8 mata, memandangkan masa tu Yaya pakai cermin mata...
Dari rumah, pukul 10 pagi, dan bas tiba pukul 10:30 pagi... Sampai kat tempat lepak kegemaran Zaid, kami ke A&W.. Yaya ngan ella beli root beer... Zaid x beli sbb dia x bleh minum air gas.. Hehe.. Pastu, kami beli lunch kat McD.. Asalnya, kami nak beli lunch pd pukul 11:00 pagi, tp, McD cawangan tersebut xde apa2 lg yg bleh dibeli... Tambahan pula, kalau beli pukul 12 tgh hari, dapat murah sikit.. Jadi, kami pun menunggu selama 1 jam.. Zaid menceritakan mengenai Paranormal Activity.. Kenapa la cerita pasal benda2 seram ni?? Yaya dah la penakut...
Setelah bosan menunggu, Yaya membuat keputusan singgah ke kedai buku Easy Excess.. Yaya tinggalkan Ella ngan Zaid berborak berdua.. Banyak giler buku on sale kat sana... Buku John Grisham pun ada.. Ketika yaya sedang melihat buku2 yang banyak itu, yaya terlihat ella berdiri di pintu masuk bersama-sama seseorang yang agak familiar... Orang tersebut ialah Elyasha!!! Kawan sekolah rendah yaya... Ely x ingat pd yaya.. Huhu.. xpe la.. Yaya memang x menonjol pun masa kecik2 dulu.. Hehe dari kecik sampai sekarang x reti nak menonjolkan diri..
Akibat kebosanan, Zaid dan Ella pun menyertai Yaya di kedai tersebut... Yaya membelikan ella sebuah buku sebagai hadiah hari jadinya dan Yaya juga membeli sebuah buku John Grisham untuk diri Yaya sendiri..
Setelah sekian lama menanti, akhirnya pukul 12 pun tiba.. Kami membeli makanan tengah hari kami... dan mula menuju ke tempat lepak kegemaran Zaid..
Kami berseronok di sana.. makan-makan.. Aktiviti ini diadakan sebagai sambutan untuk Hari Jadi Ella yang baru berlalu, menyambut kebebasan yaya dari belenggu peperiksaan dan untuk Zaid yang bakal menyahut panggilan PLKN... Ni la punca nama 3 dalam 1... Zaid sgt hyper... Dia nyanyi kuat2 sampai naik atas meja.. Dia stress kot.. Nasib baik x ramai orang kat situ...
Kami bertiga mencipta kenangan agar dapat dikenang di masa hadapan kelak.. Pukul 2:30 kami gerak balik ke rumah, tp sebelum tu, pegi solat dulu... Pukul 3, dah abis solat, singgah Popular.. Yaya ngan ella terpaku melihat buku2 yang dijual separuh harga manakal Zaid pula sibuk membelek buku 'abangnya', Lee Chong Wei... Kesian Zaid.. Asal keluar dgn Yaya jer mesti kena singgah kedai buku.. Lama lak tu tersangkut kat situ...
Sebelum balik, Ella belanja kitorang ais krim... Yummy... Perbualan menarik Ella ngan Zaid berkenaan dgn perisa ais krim..
Ella: Zaid, kau nak ais krim ape?
Zaid: Strawberi..
Ella: Strwberi ape?
Zaid: Strawberi cinta...
dan kami pun tergelak bersama-sama... Huh, x terjangka langsung Zaid bagi jawapan camtu..
Asalnya yaya nak ais krim flavour twist coklat, tp coklat xde... Jadi Yaya pun beralih ke Strawberi cinta juga.. Hehehe.. Ella je beli air krim choco top...
Seronok sangat hari tu... Berseronok sampai kepenatan.. Masa naik bas, bas tu berayun-ayun, seolah-olah mendodoikan Yaya agar tertidur.. Nasib baik Yaya dah biasa berperasaan camtu masa kat dewan kuliah.. Jadi xde la terkesan sangat... Sayu pulak rasanya nak melepaskan Zaid ke PLKN... Apa2 pun, Yaya doakan yang terbaik buat Zaid...
Sampai nanti,
Hidup berani, Jadi Berani..
No comments:
Post a Comment