Huh, dgn UPU yg dah mula membuka taliannya, perasaan cemas ni makin menjadi-jadi pulak... Yaya masih bingung nak pilih apa untuk program Ijazah Sarjana Muda nanti... Eh, bingung? Hehe itu Yaya minggu lepas, Yaya minggu ni dah tak berapa bingung sangat dah...
Minggu lepas merupakan minggu yg paling stress.. Dihimpit oleh pelbagai tekanan, dgn borang penasihat akademik x hantar, test bio kuasa dua, tutorial berlambak, dan pilihan program ijazah sarjana muda...
Sebenarnya, Yaya x hantar borang PA sebab Yaya x tau nak isi apa untuk pilihan Prog Ijazah SM... Pening fikir, penat berdebat, nak menangis jer rasanyer...
Yaya tersepit, antara minat Yaya dgn kehendak ibu bapa, antara minat dgn permintaan dunia, antara keinginan dgn persaingan, antara kehendak yaya dgn kemampuan yaya, antara kehendak parents dgn kemampuan Yaya...
Parents suruh ambil medik... Yaya... xtau, yaya mampu bwk ke tidak... Yaya terfikir,
Nak ke aku habiskan masa dewasa aku dengan buku? sentiasa menghafal?
Fikir jer pun dah penat, bukan tu jer, nak jadi doktor ni bnyk stepnyer.. Lama perjalannya menuntut ilmu... Yaya ada gak berdebat dgn kawan2 yg minat nak jd doktor, Amalina namanya, dan kitorang panggil Amal
(bukan amalina yg selalu tu tau.. Ni Amal tutorial mate..)
Yaya: Cuba cerita sikit, kenapa nak jadi doktor?
Amal: Doktor bleh tolong orang, kerja tu mulia..
Yaya: Habis kerja lain x bleh tolong orang? X mulia?
Amal: Okay, cuba bayangkan, kau masuk satu bilik tu, ada org sakit, Apa dia cakap?
Yaya: (senyap)
Amal: Mesti dia jerit "Doktor!!!" Ada dia jerit, "Peguam!!!"?
Yaya: (=,=')
Okay, yaya terkelu sebentar besama KitKat..
Apa2 pun, Yaya still x rasa yg perubatan kena dgn jiwa Yaya...
Jiwaku mendambakan sesuatu yg lain, sesuatu yg aku lebih cenderung kepadanya...
Masa lecture Dr Fakhrul beliau berkongsi pengalamannya mcm mana suatu ketika dahulu, ibu bapanya menyuruhnya menjadi doktor.. Di saat itu, apa yg menghalan beliau drpd mengambil medic ialah, kenyataan bahawa mcm mana beliau x berapa ngam dgn bio dan thought:
Boleh ke aku nak jadi doktor ni? Karang, x beraya dgn anak beranak karang..
Di saat itu, aku sedar yg beliau alami apa yg aku alami... Beliau berjanji kepada ibu beliau bahawa beliau akan dptkan jugak title Doktor tu, tp bukan dlm bidang perubatan... Kalaulah mama yaya pun menerima janji itu, Yaya rasa, Yaya akan jadi lebih tenang...
Hari jumaat minggu lepas, Yaya akhirnay membuat keputusan... Tak muktamad pun..
Pd borang utk PA:
Pilihan Proram Ijazah Sarjana Muda:
Pilihan 1: MATEMATIK
Pilihan 2: FIZIK
Pilihan 3: MBBS(medic)
Pilihan 4: GENETIK DAN BIOLOGI MOLEKUL
Hehe berani x pilihan Yaya? Well. Live brave be bold la katekan... Yaya x tau Yaya bleh survive ke tak, sebab tu la namanya masa depan kan? Masa yg kt depan xkan dpt dikejar, melainkan dia yg dtg pd kita, Apa yg kita kena buat, bersedia fizikal dan mentak utk smbut kedatangannya nanti... Doakan Yaya barjaya ek..
Yaya memang suka maths sejak dulu lg.. I always think that numbers are amazing...
Oh, Yaya lupa nak announce berita baik yg bleh dikatakan dah basi jugak la.. Mulai 2012, 40% drpd intake tahun satu UM akan di isi oleh pelajar PASUM... Bagi yg x dpt jd salah satu drpd 40%, still boleh compete kat UPU, so peluang berganda bg pelajar PASUM yea!!!
Sekian,
Kenang daku dalam doamu...
Hidup Berani Jadi Berani..
P/s: dlm post "He Speaks The Language of Mine" Yaya ada ckp yg Yaya tertanya-tanya sama ada MrZ ada tatu ANBU x? Hari ni, Mr Z dah x gunakan simbol Uchiha lg dah, beliau gunakan simbul ANBU dgn initial MZ
(Mohd Zahurin) pd bhagian atasnyer.. Hehehe.. ANBU kot, mcm Kakashi...