Monday, January 2, 2012

Ambidexterity

Korang tau tak definition "ambidexterity" ni?
First time Yaya dgr perkataan ni masa tgk anime Prince of tennis dulu... Inui kata, Ryoma Echizen ni ada Ambidexterity.. Tak lama lepas tu, Tezuka juga dikatakan mempunyai Ambidexterity..
Okay, kembali kpd tajuk utama...
AMBIDEXTERITY ialah kebolehan seseorang untuk menggunakan kedua-dua bahagian tubuh (tangan ialah contoh yg sesuai..) dgn kadar yang sama... Dalam kes Ryoma dan Tezuka, mereka berdua boleh bermain tennis dengan kedua-dua belah tangan walaupun hakikat yg tangan kiri diorang lebih dominan..
Menarikkan??
Yaya buat entry ni sebenarnya, untuk memulakan blog ni pd Tahun 2012 dgn sasaran Yaya utk tahun ni... Iaitu,
DEVELOPING AMBIDEXTERITY IN MYSELF...

Sebenarnya, sejak Yaya sekolah rendah lagi, Yaya dah berazam nak belajar menulis dgn tangan kiri... Punca utama impian yg dikatakan mengarut oleh rakan2 lain itu ialah hakikat bahawa, tangan kanan yaya pun perlukan rehat gak kadang2.. Especially masa menyalin nota yg panjang, poor right hand.. Sebenarnya, kesian gak tangan kiri, sebab selalu dapat job x seseronok apa yg tangan kanan buat...

Bila masuk sekolah menengah, Yaya terfikir sesuatu, kalau orang yg right-handed, otak kiri mereka yg berkembang, membuatkan mereka lebih kepada pemikiran secara logik, dan org yg left-handed, menjadi pemikir yg kreatif disebabkan otak kanan mereka yg lebih berkembang, Macam mana dgn orang yg Ambidextrous ni??? Bukankah potensi otak mereka lebih tinggi sebab kedua-dua hemisfera otak mereka berkembang bersama-sama?

Walaupun Yaya baru jer officially menjadikan ambidexterity ni sebagai sasaran tahun ni, Yaya dah lama dah start berlatih, bermula lepas SPM, cuma x konsisten jer, tak tau apa benda nak tulis... dah masuk PASUM, ada gak la tulis sikit2 kat diary(what? i have a diary??) Skang ni, ada bnyak benda nak tulis, tp x de masa la plak... Harap2 sasaran ni dpt dicapai...

Satu benda yg comel pasal ambidexterity ni ialah perkataan tu sendiri, perasan x, ambiDEXTERity.. Hehe, teringat kat Dexter Morgan... Kalaulah UniFi ni, Yaya subscribe FOXCrime..

Sekian,
Hidup Berani Jadi Berani..

No comments: