Saturday, December 31, 2011

Sepintas 2011

Pejam celik pejam celik, tahun 2011 ni cuma tinggal beberapa jam jer lagi.. Macam mana nak ringkaskan perjalanan hidup 365 hari dalam tahun 2011 ni dalam satu post jer ek?? Hmmm..

Yaya rasa, 2011 ni boleh dibahagikan kepada beberapa fasa..

  1. Fasa Selepas SPM
  2. Fasa Selepas Result SPM
  3. Fasa Sebelum Sambung pelajaran
  4. Fasa Asasi Semester 1
  5. Fasa Asasi Semester 2
Fasa2 tu pulak, ada la sub-fasa yg tersendiri.

Tahun yang agak panjang buat Yaya, dan tahun pertama Yaya bergiat aktif dalam aktiviti blogging..
Yaya kenal ramai orang, dan yaya jalan di pelbagai tempat yg berbeza. Yaya buat banyak eksperimen, Yaya menulis banyak benda... Memang mematangkan dan berinformasi..

Pengalaman yg x boleh dilupakan:
Ape ek?? Hmm banyak, rasa2nya, semua yg masih terpahat dalam minda dan ada gak yg dah diabadikan dlm blog ni... Antaranya,
  1. Holiday kat korea
  2. perjalanan buat lesen
  3. First time tgk wayang
  4. PASUM-life
  5. Eksperimen dgn ribbitto..
  6. etc..
Boleh dikatakan yg 2011 ni, merupakan tahun di mana corak hidup yaya xde pola yg konsisten sepanjang tahun....

Yaya harap yang Yaya takkan sesekali melupakan apa yg mata ni dah tengok, telinga ni dah dengar, lidah ni dah rasa, hidung ni dah hidu, kulit ni dah rasa, kaki ni dah jejak, otak ni dah interpret, hati ini dah alami, diri ini dah pelajari, dan pelbagai lagi gabungan kata nama dan kata kerja yang lain.....
Tak kiralah, perkara tu gembira, sedih, perit, sakit, pedih, tenang, seksa, stres, excitervous, kecewa, suka, duka, dan macam2 lagi kata sifat yg lain...

Kalau orang inggeris kata, "you are what you read" Yaya kata "kita ialah apa yang dah kita buat" 
Walau seperit mana memori tu, tapi itulah yg menunjukkan sapa diri kita.. Pengalaman yang kita dah alami tu membezakan kita dgn orang lain, Yaya mungkin sekolah kat SMKSP mcm kwn2 Yaya, tapi, apa yg Yaya dah alami berbeza dgn apa yg diorang dah alami.. Yaya mungkin menjalani PASUM-Life, tapi Yaya jamin my PASUM-Life will differ from others Asasian... 
I am proud to be me.. Just the way I am.. If I were given another chance, to live the life of mine once again, i'll never make a slight change in my life.. Problems need to be solved, not to be ran away from.. Face it.!! 
Hah, kan dah melalut dah... Okay, baik Yaya letak noktah cepat2 sebelum post ni jadi novel pulak, hehehe...

Sekian,
Berbanggalah dgn apa yg telah anda tempuhi,
Hidup Berani, Jadi Berani..

No comments: