Sunday, January 15, 2012

Respect, Appreciate, Like, Love

Sebenarnya, Yaya nak buat entry ni tahun lepas, tp xde masa lak, so, hari ni, Yaya nak berkongsi sikit pesanan Dr Fakhrul masa lecture ke-2 beliau dgn bebudak Hayat 1 pada semester 1 yg lalu...

Dr Fakhrul ada bagi pesanan mengenai prinsip dlm berhubungan.. Menurut beliau, dalam berkenalan dgn seseorang, kita mest mematuhi step2 yg tertentu. Bak kata New Kids On The Block, Steb By Step...

Langkah pertama ialah, Respect atau Hormat... Dalam berhubungan, rasa hormat tu mesti ada, ni penting sebab dgn adanya rasa hormat, kita x akan melampaui batas...
Langkah kedua ialah Appreciate atau menghargai... Apabila kita menghargai sesuatu itu, kita akan lebih menjaganya, kalau dalam perhubungan, sikap menghargai ni akan menyebabkan sesuatu hubungan itu lebih bersifat kekal..
Langkah ketiga, Like atau suka.. bila kita dah hormat dan hargai seseorang itu, barulah kita boleh suka pada mereka...
Langkah keempat, Love, atau Cinta.. Bila dah hormat, hargai, suka, barulah cinta tu boleh wujud..

Bila Yaya fikirkan balik, ada betulnya juga, apa yg Dr Fakhrul cakap... 4 step ni membuatkan kita lebih mengenali seseorang itu... Kiat xkan melampaui bata perhubungan selagi kita perpegang kepada 4 step ni.. Perasaan hormat akan menghalang kita memburukkan orang yg kita kenali, sikap menghargai akan membuatkan kita menjaga hubungan yg kita ada sehabis baik.. Bila basic hormat dan hargai tu dah ada, perasaan suka pasti timbul.. Perasaan suka akan menggerakkan perhubungan, menimbulkan keselesaan.. Last sekali, cinta... Tak salah kot kalau Yaya cakap yg cinta ni adalah lanjutan kepada perasaan suka... X semestinya setiap perhubingan itu akan berakhir dgn percintaan, Okay jer kalau setakat suka... Tp yg paling penting, jagalah batas2 dlm percintaan...

Tu je lah yg Yaya nak kongsikan.. Lecture dgn Dr Fakhrul uutk semester2 ni pun dah habis dah, next week lecturer lain pulak ganti... Yaya akan merindui "free advices" yg Dr Fakhrul bagi.. Sebelum Yaya lupa, masa lecture terakhir dulu, Dr Fakhrul ada gak pesan...

  1. Jgn lupa akar umbi
  2. Dah menjadi lumrah kehidupan ni, yang outstanding akan dpt perhatian, so, jdlah org yg lain dari yang lain...
Sekian,
Respect, Appreciate, Like, Love
Live Brave Be Bold

No comments: